Part 2 - Tubuh badannya

1.5K 34 1
                                    

Kami berdua pun borak-borak lah untuk sementara...

"Ada pa pe yang boleh saya tolong tak, abang?"

"Hmm...takde apa pun sebenarnya. Oh, kejap...Faiz awak boleh join sekali sesi zumba nanti." kata Cikgu Rahman sambil memandang aku.

"Boleh je..." kata aku.

"Baik, nanti awak menari di sini ye." kata Cikgu Rahman sambil menunjukkan jari telunjuknya di tepi pentas.

"Uhhn..menari atas pentas ke? Malulah saya..." kata aku.

"Eh! Bakal cikgu mana boleh malu-malu...tetap kena juga. Ini peluang awak hilangkan perasaan malu." kata Cikgu Rahman.

"Hmm...baiklah! Aku dengar kata abang." kata aku.

Aku tadi patut kekal diam je, sebab aku banyak mulut ni, aku terpaksa kena berzumba atas pentas. Malunya nanti semua mata tertumpu kat aku masa berzumba nanti...

Sebelum sesi berzumba tu, seperti biasalah, cikgu-cikgu susun pelajar mengikut tingkatan, ucapan pasal new year new me...Aku memang tak fokus sangat terhadap apa yang berlaku kerana aku nervous nak berzumba nanti.

Beberapa minit kemudian, bahu aku ditepuk oleh Cikgu Rahman.

"Go, Faiz, Go!" kata Cikgu Rahman. Sebelum aku ada peluang untuk berkata, dia memegang bahu aku lalu menolak aku ke tepi pentas. Atas pentas tu terdiri lah aku, beberapa orang murid, dan abang Rahman. Cikgu Rahman berdiri di paling depan pentas sekali. Kejap...abang pun menari sekali ke? Ketika ini aku berasa lega. Kalaulah abang yang sudah berusia ni berani untuk buat tarian-tarian yang memalukan, mesti aku boleh juga!

Sebelum berzumba tu, abang Rahman ada berikan sikit ucapan lalu dia suruh aku memperkenalkan diri. Malu pula aku bila murid-murid di bawah membalas perkenalan aku dengan tepukan yang kuat...haha.

Tak lama kemudiaan, sesi zumba pun telah bermula. Abang Rahman memulakan sesi berzumba dengan lagu-lagu black pink yang berdenyut dan tarian dia berjaya membangkitkan semangat murid-murid di depan. Biasalah, banyak je murid di belakang yang tak menari sebab malu.

Aku pun ikut je gerakan tarian dorang. Kebanyakkan masanya mata aku tertarik kepada gerakan abang Rahman. Saiz baju dan seluar yang dia pakai sebenarnya slim fit je. Pakaian dia memeluk tubuhnya dengan erat, terutamanya pada bahagian bontot dia. Pakaian sebegini memaparkan garis otot dia dengan setiap pergerakan. Sepanjang sesi zumba berlangsung, aku tidak dapat mengalihkan pandangan dari garisan otot-otot serta gerakan dia yang begitu bertenaga.

Sesi berzumba itu berlangsung untuk 30 minit. Agak penat juga menari untuk begitu lama, tapi takdelah penat sangat sebab aku memang biasa bersukan. Abang Rahman menepuk dada aku sambil berjalan ke tepi untuk berehat. Aku pun ikut lah dia dan duduk di sebelah dia.

Aku nampak dada abang Rahman bergerak naik turun dengan setiap hembusan nafas dia. Peluh yang mengalir turun dari dada abang melekat pada kain bajunya, membuatkan bentuk dadanya menonjol dengan jelas. Aku merenung dengan pandangan depan ni dengan penuhnya nafsu. Aku kena menahan diri untuk tidak koyakkan baju dia untuk meraba dan menyentuhnya. Aku mampu je bayangkan kehangatan dan kelembapan dari dadanya yang besar dan berpeluh.

"Uish. Abang dah basah teruk ni..." kata aku.

"Kan? Tengoklah baju saya ni...gelinya dah melekat." kata Cikgu Rahman sambil lap titisan peluh di leher dengan sapu tangan dia.

"Faiz tak bawa tisu ke?" kata Cikgu Rahman setelah nampak aku lap peluh sendiri gunakan tapak tangan.

"Tak bawa lah abang. Takpe tak banyak peluh pun." kata aku.

"Hmm aku pun takde tisu atau sapu tangan lebih...takpe, awak cuci je lah muka di bilik air." kata Cikgu Rahman.

"Ok, aku pergi cuci muka dulu..." kata aku sambil bangun. Cikgu Rahman pun telah tunjukkan bilik air terdekat kat aku.

"Kejap, saya nak pergi juga. Nak tukar baju." kata Cikgu Rahman lalu dia bangun dan mengekori aku. Tangan dia memegang satu gym bag yang ada bajunya.

Wow...bestnya dapat cuci mata nanti bila boleh nampak abang Rahman tukar baju depan aku. Hehehe. Aku ingatkan diri supaya muka aku tak nampak excited sangat.

Kami berdua pun masuklah bilik air di stadium. Bilik air ini merupakan bilik air untuk guru lelaki, so tak perlulah risau ada murid yang lain masuk sesuka hati dan kacau aku nikmati tubuh badan abang Rahman.

Depan kami ni ada satu cermin mata besar, aku pun tak berani nak tengok terus je badan abang Rahman. Aku pun pura-pura cuci lah muka, sentuh hidung ke sentuh sini sana ke, dan aku pastikan gerakan aku adalah perlahan so aku ada lebih banyak masa boleh stay dalam bilik air bersama abang Rahman.

Melalui cermin tu, aku pun nampaklah abang Rahman letak gym beg dia di atas singki dan mula menarik ke atas baju basahnya yang melekat erat pada tubuhnya. Titisan peluh bergulir turun dari tubuhnya dan mengalir melalui lekuk-lekuk ototnya.
Dadanya yang berbulu halus terlihat begitu seksi di bawah cahaya lampu. Kemudian, dia lapkan titisan peluh yang terperangkap dalam bulu dadanya dengan bajunya yang lembap dan hangat.

Oleh disebabkan aku tengok melalui cermin je...aku pun tak nampak tubuh badan keseluruhan dia. Tapi yang pasti tu, bahu dan tangan dia memang best...dada dia pun besar. Kalau aku boleh sesak nafas di antara tetek abang Rahman ni mesti best. Aku nampak tenang tapi dalam hati aku dah mula menjerit dah. Ahhhh seksinya badan dia.

Walaubagaimanapun, ini baru first day dan abang Rahman pun aku rasa dia straight...so aku pun nikmati je lah pandangan ni dengan senyap.

"Faiz, nanti pergi bilik saya ye, nak pesan sikit benda kat awak." kata Cikgu Rahman. Aku pun pusingkan kepala. Ketika dia bercakap, dia masih tak berbaju lagi. Mula-mula mata aku pun fokus kat wajah dia, tetapi mata aku tertarik kepada badannya, terutama dadanya yang berbulu. Aku perasan dadanya ada beberapa titisan peluh lagi. Macam nak rampas je baju dia dan lapkan dada dia...hehe.

"Baik abang..." kata aku.

Lepas pesanan dia, abang Rahman pun sambung memakai baju, kalini dia masih pakai baju slim fit yang menonjolkan otot-otot dia terutamanya otot dada dia. Memang suka show off ye abang Rahman...asyik pakai ketat-ketat. Tapi aku suka!

Penyelia aku, Cinta aku.Where stories live. Discover now