End - Perpisahan

1.1K 38 1
                                    

Hari terakhir aku berada di sekolah ni

Pada hari yang bermakna ini, aku diberikan hadiah oleh rakan guru dan kakitangan sekolah sebagai penghargaan atas sumbangan aku selama tempoh latihan mengajar. Bagi aku, hadiah ini melambangkan penghormatan dan pengiktirafan dari rakan sekerja. Tak sia-sia aku selalu membantu pihak sekolah dalam kelas gantian, gotong-royong, serta melatih murid untuk acara sukan.

Ketika aku masuk ke bilik darjah, aku disambut oleh senyuman ceria murid-murid aku. Mereka telah menyediakan jamuan kecil untuk aku (dua kelas yang aku ajar bekerjasama adakan jamuan tersebut. Banyak lukisan yang comel dilukis oleh muridku di atas whiteboard. Pelbagai jenis makanan disusun atas meja.

Mereka berkongsi cerita-cerita lucu dan kenangan selama aku menjadi guru mereka. Ada juga yang menulis surat dan kad ucapan untuk aku bagi menunjukkan penghargaan mereka terhadap aku. Pada akhir jamuan, mereka berkumpul dan memeluk aku dan mengucapkan selamat tinggal.

Selapas jamuan itu, aku pun meninggalkan bilik darjah dengan perasaan yang gembira dan bersyukur.

Aku telah mengucapkan selamat tinggal pada rakan guru aku serta murid-murid aku. Hanya seorang sahaja yang belum aku jumpa lagi.

Abang Rahman...

Kereta dia ada di car park. Harini dia memang sengaja elakkan daripada berjumpa aku. Setiap kali aku berada di sekitarnya, dia akan beralih ke tempat yang lain.

Aku masih tersakiti dengan aksinya, tetapi aku masih ingin berjumpa dengan dia untuk kali terakhir. Aku ingin dapatkan jawapan dari dia, tak kisahlah jawapan tu menyakiti aku ke tak. Lepas dapatkan jawapan, aku akan hormat segala keputusan yang dia buat.

Aku ada Plan A untuk berjumpa dengan dia. Aku pun pergi lah stor sukan dulu. Kunci stor sukan kini dipegang oleh aku, dan kunci backup berada di tangan abang Rahman.

Aku masuk ke dalam stor sukan dan mula call dia. Seperti yang dijangkakan, dia memang tak angkat call aku. Tanpa berputus asa, aku cuba call dia sekali lagi. Tetapi lagi sekali, tiada jawapan.

Jangan risau, ini hanyalah Plan A aku sahaja. Aku pun mula mesej dia.

Aku:
"Angkat call pls"
"Urgent"
"Kaki budak cedera dlm stor sukan masa alihkan alatan sukan.

Lepas menhantar mesej tu, aku hanya boleh mengharapkan bohong yang nampak bodoh ni boleh dapatkan perhatian dia.

Selepas beberapa saat mesej itu dihantar, aku dapat call. Bila aku tengok fon, orang yang call tu abang Rahman. Aku rasa lega kerana Plan B aku telah pun berjaya.

"Apa yang terjadi?" - Cikgu Rahman.

"Takde masa nak explain. Kaki budak berdarah sekarang, tolong ambil first aid kit dan datang ke stor sukan dulu." - Aku

"Ok." - Cikgu Rahman.

So far, Plan B aku masih berjalan dengan lancar. Plan B berjaya sebab aku tahu abang Rahman jenis orang yang mengambil berat pasal murid-murid. Kalau dia memang tak kisah pun, dia kena datang juga sebab ini kes emergency.

Aku pun menunggu ketibaan dia dengan hati yang berdebar-debar. Perasaan bimbang memenuhi fikiran aku. Aku bimbang dia akan terus tinggalkan stor sukan ketika dia tahu aku bohong. Aku bimbang dia akan benci aku selepas aku berbohong. Aku bimbang dia tak datang dan suruh orang yang paling dekat dekat stor untuk tolong aku.

Ada banyak keadaan dimana Plan B aku takkan berjaya.

Ketika aku masih risau dengan plan aku, aku nampak pintu stor sukan telah dibuka.

Abang Rahman melangkah masuk ke dalam stor sukan dengan tergesa-gesa. Tangannya memegang first aid kit dan kepalanya menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari murid yang cedera.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penyelia aku, Cinta aku.Where stories live. Discover now