Part 3 - Lepak di bilik guru

1.3K 32 1
                                    

Aku pun mengekori abang Rahman pergi ke bilik guru. Ketika pintu bilik guru terbuka, aku disambut oleh udara sejuk yang menyegarkan dari air-cond. Bilik guru tu pun tak banyak cikgu sebab kebanyakannya masih berada di stadium.

Tidak lama kemudian kami telah sampai ke meja dia. Abang Rahman ingin dapatkan satu kerusi untuk aku duduk, tetapi kerusi di sekelilingnya terletak dengan banyak buku ataupun fail-fail cikgu lain.

"Ok, macam ni. Awak duduk di kerusi." kata Cikgu Rahman. Dia mendekati mejanya dan duduk di atas mejanya dengan santai. Aku pun duduk lah kerusi dia. Bila aku duduk je, aku terlihat bonjolan dia yang besar depan mata aku. Dia duduk atas meja, so posisi dia lebih tinggi dari aku. Bonjolan dia yang besar tu memang depan-depan muka aku. Aku berasa janggal tetapi tergoda juga. Muka aku mula memanas sehingga aku dah dapat merasai kehangatan yang memancar bawah kulit muka aku.

Aku pun menelan ludah selepas terlihat bonjolan dia. Abang Rahman pun perasan reaksi aku lalu menutup bonjolannya yang besar menggunakan tangan dia.

Lepas tu abang Rahman pun pesan lah dekat aku. Rancangan Pengajaran Harian (RPT) aku wajib hantar setiap minggu kepada dia untuk cop dan tandatangan, dia minta satu hardcopy buku penyelia, kena datang tepat masa setiap hari, dan hal-hal yang lain. Bila dia pesan, perhatian aku asyik tertarik kepada bonjolan dia. Walaupun dia telah cuba menutup bonjolan yang besar dengan tangannya, tetapi tangannya tidak cukup besar untuk menutupnya dengan sepenuhnya.

"Saya rasa itu sahaja. Jangan buat hal di sekolah ni ye. Kalau tak, siap kau!" kata Cikgu Rahman.

"Jangan risau abang, aku budak baik. Aku berhasrat untuk menjadi guru pelatih yang paling cemerlang di sekolah ini!" gurau aku.

"Hahaha...bersaing dengan siapa lagi? Sekolah ni ada je kau seorang guru pelatih." kata Cikgu Rahman.

"Hehe..." aku membalas respon dia dengan senyuman.

"Terima kasih abang. Kalau takde apa lagi, aku nak balik stadium untuk bantu dorang ye." kata aku.

"Eh, janganlah rajin sangat. Rehat lah dulu. Sini kan best, ada air-con." kata Cikgu Rahman.

"Ok ke? Takutlah bila cikgu lain nampak aku curi tulang di sini." kata aku.

"Takpe, jadi cikgu ni, kena pandai curi tulang juga. Awak muda lagi nampaknya." kata Cikgu Rahman.

"Eh, tak baiklah abang ajar saya benda bukan-bukan." kata aku.

"Ini realiti lah, manusia hidup ni...kena rileks. Jadi cikgu tu penat tau." kata Cikgu Rahman sambil membuka pakej biskut kat tepi dia.

"Makan lah biskut. Free punya, tak makan, rugi." kata Cikgu Rahman.

"Hmm takpelah, aku diet." aku menolak biskut dia.

"Dah kurus sampai macam ni, nak diet apa lagi...aduh. Makan je lah." kata Cikgu Rahman.

"Abang ni kata aku kurus ke?" kata aku sambil memandang abang.

"Ye, kurus lah tu." kata Cikgu Rahman.

Tanpa berkata apa-apa, aku tahu ini peluang yang aku menanti-nantikan. Aku pun menarik lengan baju lengan aku ke atas dan menunjukkan otot biceps aku yang terlatih. Saat biceps aku terdedah, mata abang Rahman membesar.

"Wah...rupanya budak ni sleeper build." kata Cikgu Rahman. Kemudian, dia meluruskan tangannya dan memicit biceps aku lalu merasai kekerasan otot aku dengan senyuman yang nakal.

Aku terkejut dengan sentuhan tiba-tiba itu. Aku rasa tergoda pulak, terutamanya bila dia mulai mengurut biceps aku dengan lembut.

"Biceps kamu memang besar. Jealousnya saya..." kata Cikgu Rahman dengan suara yang penuh kekaguman.

"Abang punya lagi besarlah, cuba tunjuk saya." kata aku.

"Saya punya kecik je." kata Cikgu Rahman. Tanpa membuang masa, dia pun berhenti meraba biceps aku dan tarik lengan bajunya ke atas dan dedahkan otot biceps dia yang besar. Aku pun merasai kekuatan serta kekerasan biceps dia dengan lembut.

"Saya dah kata memang kecik je." kata Cikgu Rahman.

"Abang ni memang jenis rendah diri ye...besar gila biceps. Keras lagi. Apa latihan biceps yang awak buat?" kata aku dengan perasaan ingin tahu yang kuat. Aku pun berhenti meraba biceps dia.

"Saya buat chin-up je. 20 kali satu rep bagi saya tu small case." kata Cikgu Rahman dengan penuh kepercayaan dirinya.

"Wah...dahsyat lah abang ni. Lepas ni kena panggil awak abang sado."

"Hahaha..." Cikgu Rahman rasa terhibur dan ketawa.

"Dah, dah, abang tariklah balik lengan baju awak ni. Kalau tak aku kena panggil polis ni." kata aku.

"Eh, apa pasal panggil polis pulak?" kata Cikgu Rahman.

"Nak lapor kes sorotan senjata..." kata aku sambil memicit biceps dia.

"Budak ni...Terhibur pulak saya dengar. Hahaha..." kata Cikgu Rahman.

Then kami berdua pun lepak di bilik guru lah untuk sementara, then kembali ke stadium untuk membantu perjalanan aktiviti yang seterusnya.

Aku memang rasa bertuah dapat guru pembimbing yang mesra, baik hati, lawak dan...seksi.

Beberapa minggu kemudian...

Masa pun berlalu dengan cepat. Kehidupan aku di sekolah pun biasa-biasa je. Aku dulu pernah ajar tuisyen, so mengajar di kelas tu takdelah beza sangat. Aku pun selalu bantu cikgu yang lain bila aku free. Walaupun aku hanya mengajar dua kelas, tetapi aku selalu kena gantikan masa cikgu yang lain serta bangun awal setiap hari. Takpelah, betapa penat dan sibuk pun, empat bulan je aku di sekolah ni.

Motivasi aku yang lain untuk teruskan latihan mengajar tu abang Rahman. Aku memang selalu lepak dengan dia di kantin dan bilik dia.

Senyumnya yang ikhlas dan mesra membuatkan hati aku berdebar-debar setiap kali aku melihatnya. Tengok senyuman dia je aku dah bersemangat. Dia juga suka bergurau dengan aku. Ada satu kali, aku tengah fokus dalam penulisan RPH aku dan tiba-tiba, aku perasan telinga aku kena sentuh. Pelakunya abang Rahman...lepas dia buat tu dia belok kepala dengan senyuman yang nakal atas muka dia. Kebanyakkan masa dia memang usik aku dengan menyentuh bahu aku lah...urut aku ke apa. Aku pun tak tahu itu setakat gurauan ke ada benda yang lebih mendalam...haha.

Lepas tu, walaupun dia selalu gurau pasal curi tulang, tetapi aku dapat melihat bahawa dia seorang yang membuat kerja dengan efektif dan tidak membuang masa pada benda-benda remeh. Bukan itu sahaja, aku pun dapat mencuci mata setiap hari...dia memang suka pakai baju ketat-ketat, tak kira lah baku sukan ke atau baju kemeja. Pakaian yang ketat memang menunjukkan badannya yang berotot. Best gila dapat tengok pemandangan begini hari-hari.

Seorang yang mesra, rajin, efektif, dan seksi...Dia telah menjadi motivasi aku untuk belajar lebih giat, bekerja lebih keras, dan berusaha menjadi guru pelatih yang membanggakannya.

Penyelia aku, Cinta aku.Where stories live. Discover now