Harini Sabtu, tapi aku tetap pergi sekolah juga. Aku kena membantu mengemaskan stor alatan sukan serta cat dinding blok sekolah. Pun bukan sebab rajin ke apa, aku kena buat dua aktiviti sekolah, satu bersifat akademik dan satu lagi kokurikulum untuk laporan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) aku. So yang aktiviti harini kiralah aktiviti kokurikulum.
Baik hati juga abang Rahman. Aku pun tak expect dia datang tolong harini sebab dia dah banyak tolong aku untuk luluskan paperwork jalankan aktiviti cat dinding, pemilihan cat, memaksa eh bukan, mencari murid-murid yang ingin membantu cat dinding, dan sebagainya. Kesian abang Rahman kena datang sekolah pada hari Sabtu, tapi dia kata itu biasa je. Dia kata cikgu takde masa rehat pun...
Beberapa jam kemudian, semua aktiviti pun telah selesai. Murid-murid yang datang membantu pun balik ke rumah dorang. Sekolah ni tinggal je aku, dan abang Rahman (dan pengawal keselamatan di tepi pintu sekolah.)
Wajahnya berpeluh setelah bekerja keras tadi. Aku duduk di sebuah bangku dengan cat yang bersepah di muka aku.
"Faiz, biar aku bersihkan muka kau." bisiknya, matanya yang lelah tetapi penuh kasih sayang menatapku.
Wajahnya menghampiri aku dengan perlahan. Dengan gerakan yang lembut, dia menggosok muka aku dengan jarinya yang hangat dan lembut untuk membersihkan cat tersebut. Aku merasai kelembutan sentuhan jarinya yang agak menenangkan. Sentuhan ini membuatku aku rasa dihargai dan diingini oleh abang Rahman.
Saat terakhir cat itu hilang, dia menatapku dengan penuh kelembutan, tersenyum lembut. "Sudah bersih." kata Cikgu Rahman. Kemudian, dia tepuk muka aku beberapa kali dengan nakal.
"Te-terima kasih, abang." kata aku. Aku tak tahu nak respon apa selain daripada terima kasih.
"Kalau saya? Muka saya ada terkena cat tak?" kata abang Rahman. Muka abang Rahman sangat bersih dan hanya dibasahi oleh peluh sahaja.
"Oh, ada cat kat sini..." aku pura-pura terkejut dan bohong. Tangan aku membelai mukanya, melakukan "pembersihan" yang tidak perlu. Aku menggosok wajahnya dengan lembut menggunakan jari-jariku. Jariku tergelitik oleh kekasaran janggutnya.
"Sudah bersih ke?" kata abang Rahman.
"Ada sikit lagi..." aku bohong lagi semata-mata untuk membelai mukanya untuk beberapa saat lagi.
"Terima kasih, Faiz..." kata abang Rahman.
Ketika ini, aku merasai tarikan yang kuat untuk mendekati dan mencium bibirnya. Namun, dalam diriku juga ada keraguan. Aku tidak tahu dia gay ke tak. Ada sesaat di mana aku merasa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan aku, tapi aku tidak pasti. Aku hanya boleh biarkan mata aku yang penuh keinginan untuk berbicara.
Pada akhirnya, kami berdua duduk di atas bangku. Udara sekeliling dipenuhi dengan keintiman yang baru kami rasakan.
"Abang harini free ke?" kata aku.
"Saya free je. Nak buat apa?" kata Cikgu Rahman.
"Nak pergi makan lunch tak?" kata aku.
"Jom! Saya pun dah lapar ni." kata Cikgu Rahman dengan penuh semangat.
Kami berdua pun bertolak pergi ke mamak terdekat untuk makan lunch. Aku bawa motor sendiri, so tak dapatlah satu kereta dengan abang Rahman. Masa makan tu kita pun borak-borak lah. Selama ini kami hanya bercakap pasal sekolah je, so kalini merupakan peluang yang baik untuk kenali dia. Secara ringkasnya, tahap pendidikannya Sarjana Pendidikan Kesihatan dan Jasmani, belum berkeluarga, minat gym, bola sepak, dan telah menjadi cikgu untuk 10 tahun.
Masa tengah borak, aku sering tengok jam aku. Aku sedih bila tengok masa yang berlalu dengan begitu cepat. Ini kali pertama aku dapat lepak dengan abang Rahman di luar sekolah. Aku nak lepak lagi dengan dia...
"Kenapa asyik tengok jam je, cerita saya bosan ke?" kata Cikgu Rahman setelah memperhati perbuatan aku.
"Oh takde hal pun...cuma aku nak balik dan tengok bola petang ni." kata aku.
"Awak tinggal di bilik sewa kan?" tanya Cikgu Rahman.
"Haah." aku respon.
"TV di bilik sewa ni tak best lah tengok bola...datanglah ke rumah saya. Skrin besar, janji best." kata Cikgu Rahman.
Begitu sahaja aku dapat ajakan dari abang Rahman untuk pergi ke rumah dia. Wah... bestnya. Tak tahu lah cara pemakaian dia. Kalau dia jenis macam aku yang tak suka berbaju dan berseluar di dalam bilik, aku sumpah aku akan cuci mata aku sampai puas hati.
"Kalau abang ajak, mesti saya ikut." kata aku.
"Bagus....jom balik." kata Cikgu Rahman.
Abang Rahmam pun membayar duit di kuanter lalu pulang ke rumah dia. Aku pun naik motor dan mengekori kereta dia. Sepanjang perjalanan, hati aku berdebar-debar. Ada sesuatu dalam fikiran aku yang membuat aku tidak sabar untuk berada di sana.
Saat saya tiba di rumahnya, saya segera terpesona oleh keindahan rumahnya. Betul lah orang kata kerja cikgu ni memang kaya, haha.
Dia pun turun dari kereta dan menyambut aku masuk ke rumahnya. Aku pun letakkan kasut di luar dan lepak di ruang tamu dia. Aku duduk atas sofa dia yang lembut dan rehatkan kaki atas karpet berbulu di atas lantai.
"Faiz duduk sini dulu ye, saya nak mandi." kata Cikgu Rahman. Dia menuju ke bilik mandi sambil menarik bajunya ke atas. T-shirt dia akhirnya terlepas dari tubuhnya. Pemandangan otot-otot belakangnya yang besar dan terdefinisi terungkap di hadapan saya. Aku menelan air liuh setelah melihat otot-otot belakangnya yang begitu seksi...
Semasa abang Rahman tengah mandi, aku pun tengoklah sekeliling aku. Depan aku ada satu TV yang besar. Meja depan aku bersepah dengan pen merah serta buku-buku latihan muridnya.
Di salah satu sudut ruang tamu terdapat rak-rak buku yang penuh dengan koleksi buku. Aku mengeluarkan beberapa buku yang menarik perhatian saya. Dengan berhati-hatinya, aku membuka satu demi satu buku dan membaca beberapa muka surat pertama untuk mendapatkan gambaran tentang kandungan buku.
Aku letak balik buku-bukunya. Aku perasan rak-rak ini dikelilingi oleh foto-foto kenangan abang Rahman dengan keluarganya dan murid-muridnyan Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan dan keluarga bagi dia.
Selepas itu, aku pergi ke dapur yang terbuka dan bersih di sebelah kanan ruang tamu. Meja dapur adalah diperbuat dari kayu yang indah. Dapur ini dilengkapi dengan peralatan memasak yang lengkap.
"Buat apa kat dapur? Lapar lagi ke?" kata Cikgu Rahman sambil menepuk bahu aku.
Aku pusing kepala. Abang Rahman berdiri di depan aku tanpa baju, hanya ada tuala di pinggannya. Aroma shampoo dari tubuhnya dan kilauan air di kulitnya memancarkan daya tarikan yang tidak dapat dinafikan oleh aku.
"Tak-tak lapar." kata aku.
"Ok...kalau camtu, awak pergi mandi dulu. Lepas mandi kita tengok bola sama-sama." kata Cikgu Rahman.
"Baik..." kata aku.
YOU ARE READING
Penyelia aku, Cinta aku.
RomanceSepanjang latihan mengajar aku sebagai guru Pendidikan Jasmani, Cikgu Rahman telah banyak membimbing dan membantu aku. Aku mendapati diri mengagumi bukan sahaja kepakarannya tetapi juga kemesraannya. Lama-kelamaan, hubungan profesional kami perlaha...