SPECIAL CHAPTER

2.8K 122 6
                                    

Setahun Kemudian

TIGA HARI SEBELUM RAYA-
"Lambat lagi ke nak raya, tak sanggup" ujar Arzen, dia menoleh kearah jam dinding yang menunjukkan baru pukul 6 petang.

"Diam lah, aku dah haus ni allahu" kata Arayyan, entah kenapa harini rasa lama betul nak azan maghrib.

Aryan pula? Santai bermain game di telefon nya, dia sudah biasa dan tak pernah ponteng, lain lah kalau Arayyan, banyak kali ponteng dulu.

Azren pula sudah tidur, tak sanggup nak tengok kearah jam yang seakan stuck dekat jam 6.

"Abang Rayyan!" Adira sergah Arayyan dari belakang.

"eh budak kecik ni, jangan sampai aku makan kau dekat sini" kata Arayyan, dia tak main-main.

"Ish abang Rayyan ni, lemah lah Hahahahahah" kata Adira sambil ketawa dengan kuat.

Arayyan mengetap bibirnya, kalau kene buli dengan Aryan dia sudah biasa, tapi bila kene buli dengan budak kecik, lagi-lagi Adira, mahu naik angin pun ada.

"Kau, nasib kau ni comel, kalau tak aku dah hempas badan kecik kau tu" kata Arayyan dengan nada garang, Adira menjelir lidah.

Arayyan menjulingkan matanya, kalau dia lupa harini puasa, rasanya dia sudah naik baran.

"Kau buat apa kat sini budak? Pergi masuk dalam bilik kau sana, menyemak!" Ujar Arayyan, untung Adira ni bukan jenis yang cengeng bila orang bentak.

"Eleh abang Rayyan ni, orang pergi sini sebab nak pergi dekat abang Aryan jer" kata Adira sambil menjeling Arayyan, perasan gila mamat ni.

Adira mulai mendekat kearah Aryan, boyfriend dia!

"Abang Aryan wat pe tu" kata Adira dengan nada gedik, Arayyan sudah membuat muka tengok Adira menggedik dengan Aryan.

"Hmm...abang main game je ni, kenapa?" Kata Aryan dengan nada lembut, sebab inilah Adira suka dengan dia!

"Abang tau tak, tadi abang Rayyan marah tite lah" kata Adira sambil memuncungkan bibirnya.

Arayyan yang dari jauh sudah menganga, marah mende?

"Iye? Jahatnya abang Rayyan tu kan" kata Aryan sambil melirik kearah Arayyan yang sudah mengetap bibir.

"Kan abang kan"

Arayyan terpaksa diam, sudahlah dia lapar, budak tu pula mencabar kesabaran dia.

Arayyan terpaksa diam, sudahlah dia lapar, budak tu pula mencabar kesabaran dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak bangun" kata Haura sambil menggoncang badan Adrean.

Terpinga-pinga Adrean, dia rasa macam ada gempa.

"Apa kau ni...ngantuk tahu tak..." kata Adrean dengan mata dia yang masih tertutup.

"Bangun lahh! Dah pagi raya ni" kata Haura, dia memukul dada Adrean.

The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-Where stories live. Discover now