Scarf knitted berwarna putih dikemaskan di atas kedua belah bahunya supaya tidak jatuh. Kedua tangan kemudian dibawa memeluk tubuh bila angin malam terasa menerpa tubuh. Rambut depan yang sedikit berkibar akibat ditiup angin diselit perlahan ke belakang telinga. Anak mata fokus memandang ke depan. Pemandangan yang terbentang di ruang mata hanya dipandang kosong. Lama kemudian, iris matanya diangkat memandang langit malam pula. Retina matanya menangkap beberapa lingkaran cahaya di langit yang hitam. Sesekali disambut dengan bunyi guruh. Kalau begini, biasanya sekejap lagi pasti nak hujan. Patutlah angin kuat semacam masuk ke biliknya tadi. Langsir putih di balkoni biliknya sampai saat ini masih tak henti-henti berkibar. Rasa macam tengah duduk tepi pantai pun ada juga sekarang. Rasa tenang saja dia sekarang.
Lengan digosok-gosok perlahan bila rasa sejuk menerpa tubuh. Bibir nipisnya tersenyum tipis. Pelukan di badan makin dieratkan. Mata dipejam rapat. Menghayati ketenangan ini. Ah! alangkah indahnya jika 'dia' masih ada disini. Berada di dalam situasi ini, entah kenapa tiba-tiba dia merasa kesunyian yang teramat sangat. Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu yang sekian lama dipendam menjengah ke hatinya. Dia tahu dia tak patut rasa begini tapi relung hatinya tak bisa berbohong. Cinta itu masih ada. Walaupun dua puluh dua tahun sudah berlalu, 'lelaki' itu masih tetap menjadi pemilik hatinya. Pengkhianatan yang diberi masih tidak bisa memadamkan rasa cintanya pada lelaki itu. Cintanya pada lelaki itu terlalu kuat. Disebabkan itulah dia masih hidup begini. Hidup dalam keadaan 'terjerat' dalam kenangan lama. Walau dua puluh dua tahun sudah berlalu, dia masih lagi dibayangi dengan 'kenangan' itu. Kenangan yang susah untuk dilupakan. Kenangan yang sangat menyakitkan.
Gelakan kecil terlepas dari bibir nipisnya. "Kau memang bodoh Marissa.." bisiknya perlahan. Ya bodoh. Dia memang bodoh. Bodoh apa? Bodoh kerana masih mencintai lelaki itu walau lelaki itu sudah menyakiti hatinya hingga ke lurah yang paling dalam sekali. Bukan setakat menyakiti, ditinggalkan lagi 'hasil pengkhianatan' itu.
Dua puluh dua tahun dia menghadap hasil pengkhianatan itu? Entah dari mana datang kekuatannya. Dia sendiri pun tak pasti.
Iris matanya kemudian dibawa ke seluruh ruang balkoni biliknya. Masih ingat lagi dia, dulu bila tiba saja malam, mereka berdua akan duduk disini dan mengira bintang di langit. Sesekali bunyi tawa senda mereka berdua akan mengisi ruangan balkoni ini. Kini? Kini dia sendiri saja. Tiada lagi gelak ketawa. Semua senyap saja.
Mata mula berkaca mahu tumpahkan air mata. Rintik hujan mula turun ke bumi, seolah-olah sedang menangisi hidupnya. Fikirannya tiba-tiba melayang ke suatu masa dulu. Suatu masa yang begitu 'indah' baginya. Walau ditimpa ujian, ada 'si dia' yang menemani. Ketika itu dia bukanlah Marissa yang sekarang. Masa itu dia masih boleh tersenyum walau sedih. Sekarang tiada lagi senyuman di bibirnya. Sekarang dia sudah jauh berubah. Kadang ada masa dia rasa dia tak kenal diri dia sendiri. Dia sudah jauh berubah.
Gelakan kecil terlepas lagi dari bibir. Mata makin berkaca-kaca dengan air mata. Dulu dia tak percaya sebuah pengkhianatan akan merubah diri seseorang dari ada 'jiwa' kepada 'tiada jiwa'. Sekarang bila terkena batang hidungnya, dia sangat percaya. Bukti? Tak perlu lihat jauh. Dia hanya perlu lihat dirinya sendiri. Dia seolah-olah seperti patung yang tidak bernyawa. Dia terlihat 'hidup' tapi nyatanya dia sudah lama 'mati'.
Semuanya kerana 'dia.'
Flashback
Air mata yang deras mengalir di pipi mulusnya disapu lembut. Mata kabur dengan air mata. Sesekali bahu terhinggut menahan sedu.
"Tak mengandung lagi kamu Marissa?"
"Enam tahun dah kahwin tak akanlah lah tak lekat-lekat lagi. Kamu merancang ke Marissa?"
"Orang lain beberapa bulan kahwin dah ada anak. Kamu ni dah berapa tahun tak lekat-lekat lagi. Apa yang susah sangat nak dapat anak ni?"
"Agaknya kamu mandul tak Marissa?"
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...