Kabinet yang berada di dapur dibuka perlahan- lahan. Dah macam pencuri pun ada juga dia sekarang. Itulah tadi tak nak makan sangat, kan sekarang dah lapar. Mata ralit mencari sesuatu di dalam kabinet. Cari apa? Cari maggi kari! Dia rasa nak makan maggi sekarang. Ada je lagi lauk sisa makan malam tadi tapi dia nak makan ini!
"Mana maggi ni? Tak akan dah habis kot." Soal Bunga perlahan. Mata ralit perhati dalam kabinet cari plastik maggi. Eh tak jumpa pula. Rasa ada banyak lagi maggi. Orang dalam rumah ni bukan makan maggi sangat. Selalu orang yang suka habiskan maggi dalam rumah ini hanya dia dan abang Fateh saja. Ke dah habis? Alah. Dia dah kempunan sangat ni nak makan maggi ni.
Tangan digagau belek-belek makanan yang ada dalam kabinet. Kot-kot dia tak nampak ke plastik maggi padahal dah puas dah dia belek-belek dari tadi. Bukan apa, dia buka satu lampu je. Jadi tak terang sangat kawasan dapur sekarang ini.
"Kau buat apa?"
Terangkat sekejap bahu Bunga. Tangan diletak di dada menahan rasa terkejut. Deras dia bangkit dari bertinggung. Ingin tengok siapa yang telah tegurnya tadi walhal dia dah dapat cam dah suara itu. Suara itu. Siapa lagi kalau bukan...
"Abang Fateh..."
"Kau buat apa terhendap-hendap macam pencuri?" Soal Fateh keras. Tangan disilang ke dada. Mata tajam menatap wajah cantik Bunga.
"Tak ada buat apa. Bunga nak minum air."
Diam. Fateh tak cakap apa-apa.
"Err, Bunga naik dulu..."
"Kejap,"
Tak jadi Bunga mahu melangkah.
"Ada apa abang Fateh?"
"Aku lapar."
Lapar? Terangkat kening Bunga. Dia tak silap dengar kan? Rasanya abang Fateh dah makan dah tadi. Tak akanlah lapar lagi. Abang Fateh biasa bukannya jenis makan banyak sangat.
"Abang Fateh tak makan ke tadi?"
"Makan." Jawab Fateh selamba.
"Abang Fateh lapar lagi?"
"Hmm...aku lapar lagi. Masakkan aku maggi."
Lagi tinggi kening Bunga terangkat. "Abang Fateh nak Bunga masakkan abang Fateh maggi?" Telinga dia dah pekak ke apa ni?
"Ye lah. Dah alang-alang kau ada dekat dapur sekarang ni, baik aku suruh kau je masak untuk aku. Takkan aku nak kejut Mak Limah atau Cik Yam tolong masakkan aku maggi malam-malam macam ni." Ucap Fateh lagi selamba. Jujur, dia tak lapar pun sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa dia kalau boleh nak tengok muka Bunga. Kalau tak tengok sehari rasa macam tak lengkap hidup dia pun ada juga. Dia pun tak faham kenapa.
"Tapi..."
"Masak maggi untuk aku pun tak boleh? Suruh masak maggi je pun, bukan suruh buat apa pun."
Nafas lemah dilepaskan. Dia bukan tak nak masak untuk abang Fateh. Dia cuma tak selesa duduk berdua dengan abang Fateh. "Okey, Bunga masakkan maggi untuk abang Fateh."
"Masakkan dua plastik."
"Dua? Kenapa dua—"
"Jangan banyak tanya boleh? Aku lapar. Masak je lah. Banyak pula tanya." Sambung Fateh lagi.
Angguk. Nak tak nak ikut je lah kata bapak singa ni. Tak ikut kan mengamuk pula dia kejap lagi.
Tak lama kemudian...
Semangkuk besar maggi sup kari diletakkan di atas meja dapur. Berasap-asap lagi. Kecur juga liur Bunga. Tapi itulah nak masak untuk dia rasa malas pula sebab abang Fateh ada dekat dapur.
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...