"Beli ning je?" Soal Mak Sakinah pada Cempaka. Beberapa biji telur, dua tin sardin dan juga satu bungkus kecil ikan bilis itu dimasukkan ke dalam plastik sederhana kecil berwarna putih. Wajah
penat Cempaka itu dipandang penuh kasihan.Cempaka sekadar mengangguk.
"Mu tokse cari laki ke Cempaka? Kalu mu cari laki, ringang sikit beban mu. Ado jugo orang tanggung. Aku kesian nengok mu ke hulu ke hilir hari-hari lagu ni." kata Mak Sakinah. Kesian dia lihat nasib Cempaka ini. Ke hulur ke hilir, buat itu, buat ini semata mencari sesuap nasi. Bukan saja ke mulutnya tapi ke mulut dua orang lain juga.
Duit dihulur pada Mak Sakinah untuk membayar harga barangnya tadi. "Kalu sayo nikoh, sape pulok nok jago mok dengan abe sayo kak? Bia lah saya hidup gini. Dakpe, saya biaso doh..." Jawab Cempaka perlahan. Sampai saat ini, dia langsung tak terfikir untuk mencari suami. Bukan apa, bila kahwin nanti, dia bimbang dia tiada masa untuk menjaga abang dan ibunya kerana sibuk uruskan rumah tangga. Tambah lagi, belum tentu suaminya itu nanti boleh terima ibu dan abangnya. Dari bertambah masalah, baik dia hidup begini saja. Biarlah dia perlu jadi anak dara tua asalkan keluarganya baik-baik saja.
"Kalu kakok mu masih ado...mesti hidup mu satu tak gini kan?" Soal Mak Sakinah perlahan. Kalau Seroja, kakak kepada Cempaka itu masih ada, dia yakin hidup keluarga Cempaka akan senang dari ini. Bukan apa, Seroja itu kahwin dengan orang berada. Cuma itulah, umur Seroja tak panjang. Kalau tidak, dia yakin tak begini nasib keluarga Cempaka. Semasa Seroja kahwin dengan lelaki dari Kuala Lumpur itu, dia boleh nampak senang sikit hidup keluarga Cempaka masa itu. Tapi sayang, senang itu cuma sekejap. Lepas Seroja dan suaminya itu meninggal dalam kemalangan, beginilah nasib keluarga Cempaka.
Diam.
"Mu, tak cuba cari anok saudara mu?"
"Nak buat gapo kak cari dia—"
"Mana tahu dia boleh tolong mu sikit-sikit. Buke sapo pun, keluarga dia jugok. Mu tak try cari ko?"
Wajah Cempaka mula berubah mendung. "Anok sedara saya dah bahagia dengan hidup dia kak. Sayo kalu buleh malas nak ganggu. Lagipun kami pun dah janji dulu tak akan kacau dia."
"Aku tak pehe sapa loni. Bakpo mu buwi Bunga ko dia?" Soal Mak Sakinah ingin tahu. Selepas arwah Seroja meninggal dunia, dia ada nampak anak perempuan Seroja, si Bunga itu dibawa pulang ke kampung. Tapi tak lama, dia dengar Bunga sudah dibawa ke Kuala Lumpur dan sampai ke hari ini, Bunga tak pernah pulang ke kampung. Dia tak tahu apa yang menyebabkan Bunga diambil dan dijaga oleh wanita kaya itu.
Kalau lah dia di tempat wanita kaya itu, tidaklah gila dia berhati murni mahu menjaga anak daripada suaminya dengan perempuan lain.
"Kalu Bunga duduk kampung ni kak, dia tak akan bahagio. Kak buleh tengok sendiri kami hidup satu keluarga gano. Sekurangnya kalu dia duk sano, hidup dia terjamin. Make pakai, sekolah cukup belako." Jawab Cempaka perlahan. Betul, dia yakin kalau kakak dia masih ada, kakak dia akan bersetuju dengan apa yang keluarganya buat. Menyerahkan Bunga yang masih kecil pada masa itu pada Engku Marissa, bukan satu kesilapan. Sekurangnya, hidup Bunga terjamin.
Makan pakai terjaga, bersekolah elok-elok. Kalau mereka yang jaga, belum tentu mereka dapat beri itu pada Bunga. Lagi satu, sekurangnya Bunga dapat kasih sayang seorang ibu dari Engku Marissa. Dia nampak naluri keibuan di mata Engku Marissa saat dia menatap Bunga."Tahu, tapi mu tak risau ko Cempaka? Mano tahu mok tiri Bunga tu jahat ko dio. Dia—"
"Kalu dia jahat, takdok dia sungguh nak Bunga tu dulu kak. Sayo tahu dia sayang Bunga..." Jawab Cempaka lagi. Sumpah, mereka tidak pernah meminta kepada Engku Marissa untuk mengambil Bunga, itu adalah keputusan Engku Marissa sendiri. Jujur, dia tak tahu atas sebab apa Engku Marissa mahu menjaga Bunga. Boleh jadi hati Engku Marissa luluh saat terpandang mata Bunga. Hanya Tuhan saja yang tahu itu.
Tapi dia pasti Engku Marissa berniat baik.
"Sayo balik dulu la kak deh? Nak masok buwi makang ko ma dengan abe." Kata Cempaka. Plastik putih itu dibimbit dan perlahan dia berjalan pulang menuju ke rumahnya.
**************************
Ameena Khalisa Binti Ahmad Khalish
Pusara yang berada di depannya itu ditatap dengan jiwa yang berkecamuk. Setiap kali dia melihat pusara ini, setiap kali itu dia menyesal.
Menyesal...
Kerana mempermainkan jiwa yang begitu ikhlas kepadanya. Menyesal... kerana memberi sinar harapan pada jiwa yang begitu tulus padanya dan menyesal... kerana menganggap hati dan perasaan itu hanya lah sebuah mainan saja.
Jika saja dia tidak bodoh waktu itu, pasti Ameena masih ada disini...bersamanya.
"Meen... Fateh datang," tutur Fateh perlahan.
"Meen... baik-baik saja kan dekat sana? Fateh minta maaf sekarang Fateh jarang datang tengok Meen, Fateh janji Fateh akan selalu datang lepas ni, Fateh..." Diam sejenak. Tubir matanya mula bergenang dengan air mata.
Sungguh, dia jarang menangis. Bukan jarang, hampir tidak pernah menitiskan air mata juga. Tapi bila mengingat dosanya pada Ameena, air mata laju saja mengalir turun. Sedar tak sedar, dua tahun sudah berlalu, dan hari ke hari, rasa bersalah itu makin hari makin menggunung tinggi. Kalaulah dulu dia tidak bodoh, pasti sekarang Ameena tidak pergi. Setidaknya, Ameena tidak pergi dengan rasa kecewa.
"Dah dua tahun Meen pergi, sampai saat ini Fateh sentiasa tanggung rasa bersalah. Fateh bodoh kan? Kalau bukan sebab Fateh, mesti Meen tak..." Setitis air mata jatuh ke pipinya. Dan sejenak itu, bayangan itu bermain di matanya.
"Fateh minta maaf..."
"Meen...maafkan Fateh kan?" Soal Fateh sedikit bergetar. Andai Ameena masih ada, dia lebih rela dibenci oleh Ameena dari ditinggal pergi begini. Dia mungkin tidak mencintai Ameena, tapi jujur dia menghargai keberadaan Ameena sebagai sahabatnya. Andai saja dia tidak bodoh waktu itu. Pasti saat ini, Ameena masih ada disini.
Hi readers ☺️
Author minta maaf kalau author salah tulis dialek Terengganu tu ya 😅 Feel free untuk tegur hehe.
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...