BAB 4

495 35 12
                                    

Senyum ke telinga Engku Mokhtar saat retina matanya menangkap wajah Bunga yang sedang berjalan perlahan menuju ke arah meja makan.

"Ha turun pun si cantik ni. Meh-meh sini makan sama-sama." Senyuman gembira masih terukir di bibirnya. Engku Sarimah, Engku Marlia dan anak tirinya Natasya pula tayang wajah tak puas hati.

Bunga tersenyum tipis. Langkah kaki dibawa ke kerusi bersebelahan Engku Marissa. Kerusi ditarik perlahan dan duduknya dilabuhkan di sebelah mummynya itu. Setiap pergerakan Bunga dipandang tak lepas oleh Fateh. Ini kalau bukan disebabkan mummy Marissa ada di meja makan ini saat ini, memang tidaklah Bunga nak turun makan bawah sama-sama. Bunga lagi rela berlapar dari turun bawah menghadap semua.

"Hari ini baru atuk dapat makan dengan Bunga. Selalu Bunga berkurung saja dalam bilik. Banyak sangat ke assisgment kena buat sampai tak sempat nak makan sama-sama dengan atuk?" Soal Engku Mokhtar lembut. Wajah cantik Bunga ditatap redup. Dia tahu sangat kenapa Bunga tak mahu turun makan. Siapa lagi kalau bukan sebab isterinya dan anaknya si Marlia itu.

"Bunga minta maaf atuk," jawab Bunga perlahan. 

"Hm, tak apalah. Lepas ni, jangan skip makan ya? Buat kerja boleh tapi jangan lupa makan."

Angguk. "Baik atuk."

Engku Marissa yang duduk di sebelahnya dipandang. Nak tegur tapi tak berani pula. Mummy pun tak pandang dia langsung.

Tidak lama kemudian, masing-masing diam dan menikmati makanan. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja menghiasi sepi di meja makan.

"Marissa, ayah nak tanya, kes produk kamu yang viral hari itu, dah dapat ke siapa dalangnya?"

Geleng.

Berkerut dahi Engku Mokhtar. "Kamu tak siasat ke?" Pelik. Biasa anaknya menang pantang kalau benda-benda begini terjadi pada perniagaannya.

"Tak. Malas. Biar saja lah. Lagipun Mar yakin yang buat tu orangnya bukan cerdik mana."

"Dia dah cemarkan reputasi kamu. Ayahanda rasa tak sepatutnya kamu biarkan macam itu saja." Jawab Engku Mokhtar kurang senang.

"Mar bukan apa, Mar malas nak lawan orang yang bodoh ni. Biar dia fikir dia dah berjaya musnahkan Mar sedangkan Mar baik-baik saja." Nasi disuap ke dalam mulut sambil anak mata tepat menikam wajah adiknya, Engku Marlia.

"Hmm, kalau kamu cakap macam itu, ayahanda okey saja lah. Ayahanda yakin kamu buat keputusan yang terbaik." Jawab Engku Mokhtar. Walaupun pelik dengan keputusan anaknya, tapi dia pasti anaknya ini buat keputusan yang tepat.

"Ayahanda, Mar nak cakap sikit."

"Cakap apa?"

"Ayahanda pernah tanya Mar kan, Mar tak nak terlibat ke dalam urusan syarikat ayahanda?"

"Ya. Kenapa tu?"

"Mar rasa Mar dah bersedia nak terlibat sama dalam urusan syarikat ayahanda." Terpegun kejap Engku Sarimah, Engku Marlia dan juga suaminya Nizam. Apa mereka salah dengar?

"Ya Allah, betul ni?"

Angguk. "Betul."

"Alhamdulillah. Senang hati ayahanda dengar. Dah lama ayahanda nak dengar berita ni."

"Mar akan cuba sehabis baik untuk bantu ayahanda." Jawab Engku Marissa senang.

"Tak apa, tak apa, ayahanda faham. Kamu pun ada perniagaan kamu sendiri yang perlu kamu uruskan. Tak apa, asalkan Mar sudi nak terlibat sama pun ayahanda dah gembira sangat-sangat. Senang hati ayahanda dengar. Nanti bolehlah ayahanda serahkan syarikat tu pada Mar. Tak ada lah ayahanda risau sangat sebab syarikat tu diurus oleh orang yang selayaknya. Ayahanda yakin syarikat tu akan lebih baik di bawah jagaan Mar." Ucap Engku Mokhtar dengan terujanya.

Sweet DestinyWhere stories live. Discover now