Earphone wireless berwarna pink itu ditekan rapat ke lubang telinga. Tergedik-gedik dia di atas kerusi mengikut rentak muzik yang bermain di kedua telinganya itu. Sesekali aneka snek yang bersepah di atas meja dekat taman mini itu dicapai dan disumbat ke dalam mulut. Seronok betul jadi anak orang kaya. Duduk, goyang kaki tak ada buat apa. Tak sia-sia papanya berkahwin dengan mama, dapatlah dia merasa semua ini.
Tak lama, earphone yang lekat di kedua belah telinganya itu serasa ditarik kasar. Berdecit Natasya dibuatnya. Lantas, tubuh itu terus bangun dari kerusi. Mulut dibuka luas untuk memaki hamun sebelum matanya menjadi bulat.
"M-mummy Marissa..." Ujar Natasya sedikit gagap. Dia fikir siapa yang kacau dia tadi.
Tajam mata Engku Marissa menikam wajah Natasya. "Bukan main seronok lagi kau duduk dalam rumah ni. Berlagak macam anak mem besar dalam rumah ni. Dah lupa diri kau tu siapa dalam rumah ni?" Soal Engku Marissa keras.
"Err, kenapa mummy Marissa cakap macam tu? Tasya ada buat salah dekat Mummy Marissa ke?" Soal Natasya sedikit gugup. Menikus dia kejap. Mummy Marissa sangat menyeramkan. Lagi-lagi bila tengah marah. Dari dia kecil sampai besar, mummy Marissa memang tak pernah suka pada dia dan abangnya itu. Kata mummy Marissa, papanya adalah lintah yang mahu menyedut semua harta mama. Dalam rumah ini, hanya nenda saja yang boleh terima mereka.
Earphone Natasya yang dipegang dari tadi terus dibuang ke dalam kolam ikan. Makin bulat mata Natasya dibuatnya. Tak berkelip dia lihatnya.
"Ke-kenapa m-mummy Marissa buang Tasya punya?" Soal Natasya sedikit gagap. Kalau orang lain yang buat memang bergaduh kejap lagi, tapi sebab orang itu mummy Marissa, dia tak berani.
"Sebab itu selayaknya tempat dia. Sama macam kau." Kata Engku Marissa keras. Tajam kedua matanya menikam wajah Tasya. Dasar budak tak sedar diri, sama saja macam ayahnya itu. Sudahlah duduk di rumah ini atas dasar ihsan adiknya, tak sedar diri pula. Berani-beraninya budak tak sedar diri ini menghina anaknya. Jangan ingat dia tak tahu. Apa saja tentang Bunga, dalam tangannya.
"Maksud mummy Marissa?"
"Kau jangan ingat sepanjang aku tak ada dekat rumah, aku tak tahu apa yang kau dah buat pada anak aku. Aku tahu semuanya. Setiap patah kata yang terbit dari mulut kau pada anak aku, setiap perbuatan kau pada anak aku, semua aku tahu. Bukan main berlagak lagi kau ya dengan Bunga. Diri sendiri tak sedar pula. Kau dapat berteduh dekat rumah ni sebab adik aku. Ikutkan bapak kau yang tak guna tu, entah-entah sekarang kau anak beranak tengah duduk merempat bawah jambatan." Kata Engku Marissa keras. Sakit hatinya bila dia dapat tahu budak tak sedar diri depannya ini menampar wajah Bunga. Nasib Bunga melawan dan menamparnya kembali.
Natasya memang selalu cari pasal dengan Bunga. Dan dia tahu semua itu. Selama ini dia senyap saja dan tahan sabar, tapi bila Natasya sudah mula menyakiti Bunga, dia tak boleh tahan lagi sabarnya. Dia sendiri pun tak pernah berkasar dengan Bunga, mengapa orang lain sesukati hati membuat anaknya sebegitu.
"Kau dengar sini, aku nak ingatkan kau. Kau jangan lupa asal usul kau dari mana. Dalam rumah ni, antara aku dan mama kau, aku yang paling berkuasa. Kalau kau rasa, kau dengan abang kau dengan bapak kau sekali, nak duduk lama dalam rumah ni, sedar diri. Jangan sampai aku halau kau anak beranak keluar dari rumah ni sehelai sepinggang. Kau jangan main-main dengan aku. Apa saja yang melibatkan Bunga harus berhadapan dengan aku dulu. Sekali lagi aku dapat tahu kau cari pasal dengan Bunga, kau tengok apa akan jadi pada kau. Kau faham?"
"F-faham..."
Engku Marissa tersenyum sinis.
"Tanam kemas-kemas apa yang aku cakap ni dalam kepala kau!" Kepala Natasya ditunjal kuat hingga terbelakang Natasya kejap dibuatnya.
Engku Marissa yang berjalan masuk ke dalam rumah itu ditatap oleh Natasya. Mukanya mula berubah masam. Kali dihentak pada lantai kuat. Tak guna! Ini mesti dua orang pembantu rumah itu yang mengadu pada mummy Marissa. Dua orang itu memang selalu menyebelahi Bunga.
"Tak guna! Tak guna! Tak guna!" Aneka snek yang berada di atas meja dilempar ke atas lantai bagi melepas geram. Tangan dikepal erat. Tak apa, siaplah nanti dua orang itu. Dia akan ajar mereka. Berani-beraninya mereka mengadu pada mummy Marissa apa yang dia buat pada Bunga. Tunggulah nasib mereka itu nanti.
************************
"Abang dengar tak abang yang saya cakap ni?!" Soal Engku Marlia kuat. Suaminya yang duduk berlunjur di atas katil sambil menekan telefon bimbit itu ditatap geram. Dari tadi dia bercakap seorang diri di depan meja solek ini, suaminya langsung tak membalas. Sakit pula hatinya.
"Dengar." Jawab Nizam malas.
"Habistu? Itu saja jawapan abang?" Soal Engku Marlia geram. Suaminya ini tak sayang pada Natasya ke? Boleh pula selamba saja jawab begitu bila dia cerita apa yang kakaknya kata pada Natasya tadi. Dia pula yang melebih.
Masih ingat lagi betapa sakit hatinya tadi bila Natasya cerita padanya apa yang kakaknya kata pada anak tirinya itu petang tadi. Kakaknya memang sudah melampau! Mentang-mentang ayahanda lebih sayang kakaknya, berani- beraninya kakaknya ugut anak tirinya begitu. Apa kakaknya ingat dia akan duduk diam saja?
"Dah tu, Lia nak abang buat apa?"
Rengusan dilepaskan.
"Kak Mar memang dah melampau! Dari dulu sampai sekarang, dia tak habis-habis sakitkan hati saya. Walaupun Tasya bukan anak Lia, tapi Lia yang besarkan dia dari kecil sampai besar."
"Dah lah, biasalah... salah Tasya juga. Siapa suruh dia pergi kacau Bunga. Memang lah Kak Mar marah. Lia tahu kan Kak Mar tu pantang orang usik anak dia tu?" Ucap Nizam malas.
"Dia fikir anak dia je? Habis Tasya tu?"
"Dahlah-"
Bangun, suaminya dihampiri. "Abang ni bila saja Lia cakap tentang Bunga, mesti abang akan jawab macam ni. Abang suka Bunga ke?" Soal Engku Marlia geram. Suaminya selalu begini. Anak sendiri tak kisah, anak orang kisah pula. Sudah lama dia perhatikan tingkah suaminya ini hinggakan dia pernah terfikir suaminya suka pada budak tak guna itu. Mana tahu, maklumlah Bunga itu cantik. Muda pula. Manalah tahu kot suaminya tersuka pada budak tak guna itu.
Teguk liur Nizam dibuatnya. Telefon bimbit di tangan diletak ke tepi. Bangun, isterinya itu dihampiri dan mahu dipeluk tapi cepat Engku Marlia mengelak. "Ya Allah, merepek apa ni? Bunga tu sebaya Tasya, tak kan lah abang suka Bunga pula. Abang ni dah umur berapa sayang, tak ada masa nak suka budak muda macam tu." Senyum kekok tergaris di bibirnya.
"Abang jangan macam-macam ya, kalau Lia dapat tahu abang ada secebis saja rasa suka pada budak tak guna, tahulah nasib abang nanti macam mana." Suaminya itu dijeling tajam.
"Mana ada lah sayang. Abang cuma sayang Lia je..." Ucap Nizam lembut. Isterinya itu kemudian dipeluk erat. Air liur diteguk laju. Tak, dia tak boleh hilang isterinya ini. Nanti musnahlah impian dia ingin memiliki seluruh harta keluarga Engku Mokhtar ini. Bukan senang dia mahu berada di tahap ini, jadi dia kena pastikan semua sesuai seperti rancangannya. Dia tak boleh hilang semua kemewahan ini. Dia tak mahu hidup miskin kembali seperti dulu. Jadi dia harus pastikan rancangannya baik-baik saja.
Hi readers ❤️
Agak-agak readers, Engku Marissa sayang tak dekat Bunga?
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...