To: Fateh
Bunga pergi kelas dengan Fateh kan?Send.
Beberapa minit kemudian...
From: Fateh
Yes mummy. Kejap lagi kami gerak.Engku Marissa tersenyum tipis dengan balasan anak saudaranya itu. Lega sekejap hatinya rasa. Telefon bimbitnya ditutup dan dibiarkan saja di atas meja. Cawan kopi yang sedikit berasap itu diangkat dan air kopi disisip perlahan. Anak matanya memandang saja orang yang sedang lalu lalang di depan meja yang sedang dia duduk sekarang ini. Sekarang, dia ada di sebuah hotel yang terletak di Negeri Sembilan. Sudah empat hari juga dia ada di sini. Ada urusan kerja sedikit di sini. Urusan perniagaan. Lagi dua hari macam itu urusan kerjanya akan selesai.
"Engku." Kepala segera ditoleh ke tepi bila suara pembantu peribadinya singgah ke telinganya. Cawan kopi diletak kembali di atas meja. Kening dijungkit pada Johan tanda bertanya kenapa.
"Berkenaan dengan kes tempohari."
"Proceed."
"Memang benar seperti yang Engku teka. Pelakunya adalah 'dia.'" Kata Johan ringkas.
Engku Marissa tersenyum tipis. Reaksi mukanya nampak biasa saja tapi apa yang bergelodak di dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu. Kenapa ya hidupnya selalu saja dikhianati oleh orang yang dia sangat percaya? Kenapa nasibnya selalu jadi begini? Apa salah dia hingga dia tak habis-habis diuji sebegini? Apa dosanya hingga sekali lagi dia diuji begini? Tangan yang berada di atas meja dikepal-kepal sedikit tanda tahan geram.
Jadi memang benar tekaannya selama ini yang mereka berdua yang perdajalnya? Kurang ajar! Termasuk ini, sudah tiga kali juga dia hadapi masalah-masalah ini. Apa yang jadi? Kira-kira dalam sebulan yang lepas, semua produk- produk kecantikannya telah diviralkan oleh seorang wanita di media sosial. Kata wanita itu, produk kecantikannya mengandungi merkuri serta bahan terlarang yang lain yang boleh membahayakan pengguna yang memakainya. Siap bukti bergambar lagi untuk menyokong kenyataannya itu. Lantaran dari itu, semua produknya menerima kecaman hebat di media sosial hinggakan pihaknya terpaksa tampil dan menjernihkan semua kebohongan wanita itu. Walau semuanya sudah kembali okey sekarang, dia masih lagi tak puas hati. Dia tekad tak akan lepaskan smua mudah-mudah begitu saja. Dia harus cari tahu siapa 'dalang' disebalik semua ini. Dia ingin cari tahu siapa insan yang berani merosakkan imejnya dan perniagaannya itu.
"Engku nak saya buat apa?" Soal Johan perlahan bila lama Engku Marissa mendiamkan diri.
"Tak payah buat apa-apa."
Terjungkit kening Johan kejap. Sekali lagi?
"Engku nak biarkan macam tu je?"
Kepala digeleng perlahan sekali. "No. Saya tak pernah lepaskan orang yang pandai-pandai cari masalah dengan saya mudah-mudah. Saya biarkan saja dulu supaya dia anggap bahawa dia sudah menang. Bila sudah tiba masanya, dia akan terima balasannya." Jawab Engku Marissa.
"Tapi..."
"Kamu bangkang apa kata saya?"
Kepala digeleng laju. Tubuh tegak menghadap bossnya. "Bukan Engku. Engku jangan salah faham. Saya yakin Engku ada rancangan lain. Saya cuma..saya cuma risaukan Cik Bunga."
Kening dijungkit sedikit ke atas supaya Johan menjelaskan lebih lanjut kata-katanya itu.
"Saya risau mereka target Cik Bunga pula selepas ini. Saya tak doakan tapi saya risau."
"Mereka tak akan berani." Jawab Engku Marissa yakin. Dia yakin mereka itu tak akan menyentuh Bunga. Sentuh Bunga sama saja macam sentuh dia. Nak tengok dia bertindak gila cubalah buat.
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...