"Buat apa tu?"
Tersentak kecil Bunga bila ada seseorang mencuit bahunya dari tepi. Terus dia pusing ke tepi mahu melihat siapa. Tersengih wajah Pak Cik Nizam sambil memandangnya. Anak mata diliar ke sekeliling. Tiada orang. Hanya dia dan Pak Cik Nizam saja ada di dapur saat ini. Terus meremang satu badannya. Entah kenapa dia selalu rasa tak selesa saat duduk berdua begini dengan Pak Cik Nizam. Cara Pak Cik Nizam menatapnya buat dia rasa sangat tak selesa.
"Buat air?" Soal Nizam lembut.
Hanya anggukan yang dibalas oleh Bunga. Pek kopi 3 in 1 dikoyak laju lalu dicurah ke dalam gelasnya. Dia ingin cepat-cepat naik ke atas.
"Tak kan buat satu je... habis pak cik macam mana?" Soal Nizam sambil menyendeng dekat dengan Bunga. Laju Bunga menapak ke tepi.
"Err...Bunga tak tahu pakcik nak air apa. Pakcik buat sendirilah ya? Bunga dah nak naik atas." Jawab Bunga resah. Siap, pek kopi 3 in 1 terus dibuang ke dalam tong sampah. Selesai, gelas diangkat lalu deras dia mahu melangkah pergi.
Namun, deras Nizam menghadang dengan tubuhnya. Senyum nakal terukir di bibirnya. Lirikan matanya dibawa memandang Bunga atas dan juga bawah. Cantik. Kena pula pakai pajama berwarna merah buat dia tak keruan.
"Eh, tunggulah kejap, borak-borak dengan pakcik dulu. Awalnya nak naik atas. Naik atas buat apa, bukannya ada orang yang nak teman tidur—"
"Bunga..."
Deras Bunga dan Nizam pandang depan.
"Buat apa?" Soal Fateh sedikit keras.
"Bu-bunga buat air tadi, abang Fateh. Bunga dah nak naik atas." Jawab Bunga sedikit tergagap.
"Pergi naik."
Dengar saja ayat itu, deras Bunga berjalan pergi dari situ sambil menbawa gelas airnya tadi.
"Fateh, nak buat air juga—"
"Sekali lagi kau dekat dengan Bunga, pecah muka kau aku buat. Kau tak percaya, kau cuba."
"Eh, Fateh cakap apa—"
"Kau jangan ingat aku tak tahu apa ada dalam fikiran kau. Aku tahu. Mama aku, mungkin kau boleh tipu, tapi bukan aku. Kalau aku dapat tahu kau buat apa-apa dekat Bunga, memang pecah muka kau nanti. Kau jangan berani nak sentuh Bunga walau hujung rambut pun. Sekali lagi aku nampak, memang mati kau aku kerjakan." Kata Fateh keras. Kolar baju bapa tirinya itu kemudian dilepas kasar hingga terundur Nizam beberapa tapak ke belakang. Nizam tak terkata apa, cuma wajah itu tampak seolah-olah tak bersalah apa.
"Selagi aku hidup, kau jangan mimpi-mimpi nak dapat Bunga. Aku tak akan benarkan itu terjadi."
**********************
Flashback
"Kak Meen seronok tak hari ni?" Soal Amaya sedikit teruja. Kakaknya yang sedang berbaring di sebelahnya itu dipandang kejap. Tadi saja dia datang tidur bilik kakaknya. Dia kan penyibuk. Bukan apa, hari ini hari jadi kakaknya. Petang tadi kakaknya ada keluar berdua dengan abang Fateh, kekasih kakaknya itu. Dan sebab itu dia datang menyibuk ke sini. Dia cuma mahu tahu bagaimana perasaan kakaknya hari ini saja.
"Seronok." Jawab Ameena sepatah.
Amaya mencebik. "Mestilah seronok... petang tadi keluar celebrate dengan boyfriend, malam tadi celebrate dengan family pula. Tadi abang Fateh bagi Kak Meen apa?" Soal Amaya teruja. Tadi masa kakaknya balik, tak nampak pula dia apa-apa hadiah di tangan kakaknya. Lepas saja abang Fateh hantar depan rumah, Kak Meen terus berjalan perlahan naik ke atas biliknya.
Diam.
"Kak Meen, Maya tanya ni..." Rengek Amaya.
"Tak bagi apa." Jawab Ameena perlahan.
Terus terbangun Amaya dari baringnya. "Tak bagi apa-apa?! Seriously?" Soal Amaya keras.
"Macam mana boleh tak bagi apa-apa pula?"
Nafas lemah dihembus perlahan. "Abang Fateh terlupa. Kebelakangan ni kan abang Fateh busy dengan kerja dia. So, Kak Meen faham." Jawab Ameena. Riak wajahnya tampak begitu sedih.
"Tak! Tak! Maya tak faham. How seorang kekasih boleh lupa birthday kekasih dia huh? Dah lah lupa satu hal, lepastu satu hadiah pun tak ada bagi. Seriously? Abang Fateh tu sayang Kak Meen ke tak sebenarnya?" Soal Amaya keras.
"Dah tu, kalau tadi dia tak ingat birthday Kak Meen, untuk apa dia ajak Kak Meen keluar?"
"Abang Fateh minta akak temankan dia belikan barang buat seseorang." Jawab Ameena sedih.
"Siapa?"
"Bunga..."
End Flashback
Nafas berat, Amaya hembus perlahan. Buku sederhana tebal berwarna koko itu ditolak ke depan. Sudah berkali-kali dia membacanya dan berkali-kali juga dia faham semuanya. Namun, apa pun alasannya, tetap kakaknya tak patut diperlakukan sebegitu. Hati dan perasaan bukan satu mainan. Kenapa abang Fateh begitu tega menyakiti hati dan juga perasaan kakaknya jika hati dan jantung lelaki itu milik wanita lain?
Dia tidak faham.
Dan atas sebab ini lah dia cuba dekat dengan abang Fateh. Dia Ingin membalas rasa sakit kakaknya dulu. Namun, tanpa sedar, dia pula yang terjatuh hati makin dalam. Rasa yang dulu sudah ada makin bercambah dari hari ke hari.
Tapi, dia tak peduli. Sekalipun dia tidak dapat membalasnya, setidaknya abang Fateh bukan jadi milik Bunga. Dia akan jadikan abang Fateh sebagai miliknya. Dia akan pastikan itu terjadi.
Hi readers,
Maaf ambil masa yang lama untuk update cerita ini. Selepas ini author cuba untuk kerap update. Love ♥️
YOU ARE READING
Sweet Destiny
RomanceKerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga...