SERI 11

7.1K 272 7
                                    

"You pergi mana tadi?" Soal Darwina dengan wajah masam mencuka sebaik saja Fakrul menapak masuk ke dalam rumah.

Fakrul mendongak melihat ke arah isterinya yang berdiri berpeluk tubuh di anak tangga.

"Kan aku pergi shooting hari ni" Balas Fakrul acuh tak acuh. Malas benar hendak melayan perangai Darwina sekarang ini.

"You jangan nak tipu I. I pergi dekat set penggambaran tadi, manager you kata you langsung tak ke sana pun. Jadi ke mana you pergi?" Soal Darwina lagi.

"Eh, kau jangan nak bising-bising boleh tak? Serabutlah!" Fakrul sudah naik angin. Dia terus mendaki anak tangga tanpa mempedulikan Darwina di situ.

"You pergi cari perempuan tak guna tu ke?"

Langkah kaki Fakrul terus terhenti. Dia kekal berdiri di situ tanpa menoleh ke belakang.

"Betulkan? You ikut pergi cari perempuan tu? Kenapa? Perempuan tu dah mati ke?" Asak Darwina lagi.

"Can you just shut up your mouth!" Fakrul menjerkah kuat menyebabkan bahu Darwina naik terhinggut.

"Fakrul, Wina, apa yang bising-bising ni?" Datin Faridah yang baru keluar dari bilik tidur, terkejut mendengar bunyi bising yang datang dari arah tangga.

"Tak ada apa-apa lah ma. Rul masuk bilik dulu"

Darwina terus tunjuk protes. Kaki dihentak berkali-kali bersama penumbuk yang dikepal rapat. Tak guna betul lah Seri tu! Darwina memberontak dalam hati.

Fakrul melangkah masuk ke dalam bilik dengan langkah yang lemah. Dia menghala ke arah katil dan labuhkan duduk di situ. Dia menekur pandangan ke lantai. Tangan bertongkat di atas tilam. Berkali-kali dia melepaskan keluhan. Otaknya ligat berfikir tentang kehilangan Seri. Telefon bimbit Seri yang disimpan dalam poket seluarnya dikeluarkan.

Skrin telefon digesek dan dia memasukkan kata laluan. Dia dan Seri memang berkongsi kata laluan yang sama. Gallery dibuka dan banyak terpampang gambar-gambar dia bersama dengan Seri di situ. Gambar ketika makan, ketika jalan-jalan di tepi tasik, semuanya Seri simpan di situ.

Seketika Fakrul ukir senyum kecil. Mengenangkan apa yang sudah terjadi, hatinya diruntun sebak. Dia menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan. Meskipun kalau benar Seri sudah meniduri lelaki lain, dia cuba untuk pejamkan mata untuk tidak mahu mengingati kerana dia sedar dia benar-benar cintakan Seri.

"Where are you sayang? Please, tolong balik semula ke pangkuan abang.. abang akan maafkan apa yang telah Seri buat. Abang tak mampu nak hidup macam ni, tanpa Seri.." Fakrul teresak halus.

Dan dia terus-terusan tenggelam dalam emosinya mengenangkan Seri tanpa henti.

________________

Seri menapak keluar dari bilik. Dengan langkah perlahan, dia melangkah ke arah ruang tamu. Dia memerhati seketika sekitar ruang tamu yang sangat luas ini. Rekaan yang sangat moden dan unik. Kalau tengok dari rupa mahligai ni, bukan calang-calang orang yang mampu hendak membina mahligai semewah ini. Dan dia tak rasa yang Ethan tu hanya buat kerja biasa-biasa saja.

"Hai.." Teguran satu suara menyentakkan Seri yang leka memerhati dekorasi mahligai ini. Lantas dia menoleh.

"Err hai.." Seri tundukkan kepala bila melihat lelaki yang bernama Ray berdiri di situ. Lelaki ini pun tak kurang juga kacak wajahnya. Lebih kurang macam Ethan. Wajah lelaki Itali.

"Macam mana kaki kau?" Soal Ray ingin tahu.

"Dah okay sikit" Balas Seri sambil menunduk.

"Baguslah kalau macam tu. Aku Ray, saudara Ethan" Ray memperkenalkan diri.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now