SERI 48

8K 299 26
                                    

"Apa kau nak Bakri?" Soal Puan Hidayah lemah. Sungguh dia sudah menangis saat ni bila melihat Bakri berdiri di situ.

Bakri hanya ketawa sebelum dia duduk bertinggung di hadapan Puan Hidayah. Rahang isterinya dicengkam dengan kasar.

"Aku rindulah dengan kau Dayah. Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang? Sunyi lah kat rumah tu" 

Puan Hidayah hanya memandang tajam ke arah Bakri. Sakit di hati usah di kata saat ini bila melihat wajah menjengkelkan suaminya itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni Bakri? Kenapa?" Soal Puan Hidayah lirih. Rasa sebak menghimpit dada.

Bakri ketawa lagi. Kepala digeleng berkali-kali.

"Kenapa ye? Hmmm..." Bakri menunduk memandang lantai sebelum pandangan dihala semula ke muka Puan Hidayah.

"Sebab aku sakit hati sangat dengan Razak tu kau tahu!" Mata Bakri sudah memerah. 

"Apa yang Razak dah buat pada kau? Dia anggap kau macam adik dia sendiri. Apa saja keperluan kau, dia penuhi"

"Huh, kau ingat dengan semua itu, rasa sakit hati aku ni akan terubat ke Dayah?"

"Jadi apa yang kau nak? Razak dah lama meninggal Bakri. Apa lagi yang tak langsai antara kau dengan dia?" 

"Memang ada yang tak langsai! Ada!" Tengking Bakri kuat.

"Apa dia?" Soal Puan Hidayah mahu tahu.

"Cinta isteri aku!"

Terkedu Puan Hidayah mendengar. Begitu juga dengan Seri.

"A-apa maksud kau ni Bakri?" Soal Puan Hidayah tidak faham.

"Kau betul-betul nak tahu ke Dayah? Kau sanggup ke dengar kenyataan yang akan aku cakap ni nanti?" Soal Bakri dengan mata memerah.

Puan Hidayah sudah teresak-esak menangis di situ. 

"Cakap Bakri. Apa yang aku tak tahu antara kau dengan arwah Razak" Pinta Puan Hidayah lagi.

"Baik. Kau dengar sini Dayah. Mungkin kau tak pernah tahu akan sikap laki kau yang satu ni. Laki yang anggap macam tuhan tu dulu. Yang kau puji, yang kau sanjung sebagai suami mithali tu, sebenarnya syaitan bertopengkan manusia!"

"Apa maksud kau ni Bakri?" Puan Hidayah sangat terkejut mendengar kata-kata Bakri.

Bakri bingkas berdiri. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang.

"Aku bermati-matian bekerja dengan Razak demi nak kumpul duit nak senangkan bini aku. Sampai aku lupa erti penat lelah. Razak hantar aku keluar bekerja ke kawasan yang jauh, tapi dalam masa yang sama, dia kata pada kau yang dia juga keluar bekerja di luar kawasan. Tanpa kau tahu, dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri aku" Wajah Bakri jelas nampak tegang.

"Apa kau cakap ni Bakri!?" Puan Hidayah sudah melengking. Tak mungkin suaminya berkelakuan seperti itu. 

Bakri ketawa kuat.

"Kau memang tak percayakan? Macam tu jugaklah dengan aku Dayah. Aku anggap Razak tu adalah majikan yang baik, bertanggungjawab, dan aku pun letakkan kepercayaan pada dia untuk tolong tengok-tengokkan isteri aku bila aku tak ada. Tapi rupa-rupanya, hubungan mereka sudah jauh tersasar. Dan sudah beberapa kali mereka terlanjur sampailah aku sendiri yang menangkap mereka berdua sedang berasmara dalam bilik. Bilik tempat tidur aku dan isteri aku Dayah!"

"Allahuakbar!!!!" Puan Hidayah sudah meraung di situ. 

Seri pula sudah menangis tanpa henti mendengar cerita Bakri. Benarkah ayah yang dia sayang berperangai seperti itu? Ya Allah....

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now