SERI 12

6.5K 274 15
                                    

Seminggu semenjak kehilangan Seri tanpa khabar berita, Puan Hidayah lebih banyak termenung dan kurang bercakap. Kerja-kerja di pejabat juga sudah banyak yang tertangguh. Dia dihimpit penyesalan yang tak sudah bila mengenangkan kekejamannya pada Seri. Setiap hari dia merintih menyeru nama anaknya. 

Kesihatannya juga mula merosot. Makan minum tidak menentu. Bakri pula semakin kerap tidak berada di rumah semenjak seminggu ini. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu. 

Bakri yang keluar dari bilik, berhenti seketika bila dia memandang isterinya yang duduk termenung di ruang tamu. Dia dah lama cari peluang hendak bercakap perihal pejabat itu dengan isterinya. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia berbincang siapa yang akan mengambil alih urusan di pejabat tu. Sudah seminggu kerja-kerja isterinya dan juga kerja-kerja Seri tertangguh.

Dia sendiri pun tak habis fikir ke mana Seri menghilang. Langsung tidak dapat dijejaki kesannya di dalam hutan itu sehingga sekarang. Dia beranggapan mungkin saja anak tirinya itu sudah mati dibaham binatang buas. Setahu dia dalam hutan tu banyak harimau kumbang. Bakri hela nafas dalam dan dia menghampiri isterinya.

"Dayah" Bahu isterinya di sentuh perlahan dan dia labuhkan duduk di sebelah isterinya yang diam membisu itu.

"Sampai bila nak macam ni? Kita kena terima kalau Seri dah tak ada lagi dekat dunia ni" Bakri memujuk lembut.

Puan Hidayah menoleh dan memandang ke arah suaminya dengan pandangan tidak puas hati.

"Abang cakap apa ni? Siapa kata Seri dah mati? Abang ada bukti ke?" Bidas Puan Hidayah geram. Sesukahati saja nak kata anak dia mati.

"Tak, bukan macam tu maksud abang. Dah seminggu ni Dayah, kalau betul Seri masih hidup, ke mana dia pergi? Masakan orang boleh hidup dalam hutan tebal yang banyak binatang buas tu" Bakri mahu membuatkan isterinya faham.

Puan Hidayah menunduk. Emosinya mula terganggu lagi. 

"Seri tak mati abang... Seri tak mati..." Puan Hidayah merintih pilu sambil teresak-esak menangis.

"Ye, ye, tak apa lah kalau Dayah nak berfikiran macam tu. Abang tak paksa. Ni abang nak cakap sikit pasal hal dekat pejabat tu. Macam mana? Dah seminggu kerja-kerja Dayah dan Seri tertangguh tak ada sesiapa yang nak ambil alih"

Puan Hidayah hela nafas dalam. Dia tiada tenaga dan tidak dapat fokus hendak menguruskan urusan di pejabatnya itu. Mungkin dia perlu serahkan pada suaminya saja buat masa ini.

"Abang uruslah apa yang patut. Ambil alih buat sementara dulu tugas saya tu" Puan Hidayah tidak mahu berfikir panjang. Malas hendak menambahan sakit kepalanya nanti.

"Awak betul ke ni Dayah? Nanti apa pula kata staff sebab tak ada surat perlantikan untuk ambil urus jawatan awak tu. Abang tak nak la di kata ambil kesempatan pula nanti atas kesedihan Dayah ni. Abang ni cuma risau aje" Ujar Bakri lagi. 

"Takpa. Nanti saya maklumkan dengan Siti untuk buat surat perlantikan sementara tu. Saya tak boleh nak fokus buat masa ni"

Bakri angguk perlahan.

"Tak apa lah kalau macam tu. Abang ni okay saja kalau nak membantu. Syarikat tu kan hasil titik peluh dan usaha arwah suami Dayah dulu. Macam mana pulak jawatan Seri tu?" Soal Bakri lagi.

"Abang tanyalah Darwina, kalau dia nak bekerja, minta dia ambil alih tugas-tugas Seri dulu buat sementara" Putus Puan Hidayah lagi.

"Betul ke awak ni Dayah? Awak yakin dengan Darwina tu ke?" Soal Bakri sedikit terkejut. 

"Dia boleh je belajar nanti bang. Saya yakin dia boleh" 

"Dah kalau Dayah cakap macam tu, abang ikut aje. Nanti jangan lupa bagitahu dengan Siti. Abang tak nak staff bawahan pertikaikan hal ni nanti. Abang kalau boleh nak buat kerja dengan tenang dan aman damai. Dan inilah peluang Dayah nak berehat dulu dekat rumah"

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now