SERI 26

7.1K 316 26
                                    

Sebaik saja tiba di hadapan mahligai yang sudah hampir 3 bulan ditinggalkannya itu, Atilia ukir senyum. Selepas Ethan tak nak layan dia dekat pejabat tadi, dia terus saja datang ke sini. Jangan Ethan fikir dia akan terus berdiam diri macam tu saja. Sekarang hatinya benar-benar mahu kembali semula pada Ethan. Mahu kembali jadi ratu dalam mahligai ini.

Enjin kereta di matikan. Dia kemudian melangkah keluar dari perut kereta dan berdiri di hadapan pagar besar itu sambil memerhati ke arah mahligai yang pernah dihuninya hampir 2 tahun lamanya. Dia pernah jadi ratu dalam mahligai indah ini dulu. Cuma dia saja yang tak reti nak menghargai. 

Selepas hubungannya dengan Tan Sri Zaman terputus sebab dia kena serang dengan isteri orang tua itu beberapa hari yang lalu, Atilia nekad mahu merebut kembali hati bekas suaminya. Dia mahu menebus semua kesalahannya dan mahu membina semula hubungan mereka. Dia tahu, Ethan terlalu cintakan dan sayangkan dia. Mana mungkin semudah itu Ethan nak lupakan dia.

Argh lelaki! Biasalah, tak nak kalah dengan ego. Mulut kata benci, tapi hati kata lain. Semakin melebar senyuman Atilia bila memikirkan semua itu. Memikirkan yang dia akan kembali menjadi ratu dalam mahligai ini nanti. Dan kali ini, dia tidak akan lari lagi dari sini kalau Ethan mahu rujuk semula dengannya. Dia rela dikurung di sini, asalkan mendapat belaian sepenuhnya dari Ethan.

Ethan yang cukup sempurna. Tak kurang satu pun sebenarnya. Rupa, harta semua ada. Kenapalah dia bodoh sangat berlaku curang dengan Ethan sebelum ini. Harapnya Ethan masih lagi keseorangan sekarang ini dan tidak mencari pengganti dirinya. Dia pernah terserempak dengan Ray selepas sebulan mereka bercerai dulu. Ray kata diri Ethan tak terurus dan hanya duduk berkurung dalam mahligai ini. Merana kerana penceraian mereka.

Dan itu semakin menambahkan keyakinan dalam dirinya yang Ethan memang benar-benar cintakan dia. Atilia menghampiri pintu pagar dan loceng ditekan berkali-kali. Menunggu pagar itu dibuka.

Makcik Hasnah yang kebetulan menyapu daun kering bersama dengan Seri di gazebo tepi mahligai, tergesa-gesa berlari ke arah pagar bila dia mendengar bunyi loceng ditekan. Seri pula terus terjengok-jengok mahu melihat siapa gerangan yang berada di luar pagar itu. Ada tetamu ke? Siapa?

"Eh, Puan. Ya Allah, lama dah tak nampak puan" Makcik Hasnah sedikit gembira melihat kedatangan Atilia yang tiba-tiba. 

"Makcik" Atilia ukir senyum.

Makcik Hasnah terus saja membuka pintu pagar untuk membenarkan Atilia masuk. Sebab setakat ini dia tak ada terima sebarang arahan dari Tuan Ethan untuk menghalang bekas isterinya datang ke sini. Jadi dia anggap, kedatangan Atilia masih di alu-alukan.

"Masuklah puan. Tapi tuan tak ada. Masih kerja" Makcik Hasnah terus mempelawa Atilia masuk.

Seri bersembunyi di sebalik tiang gazebo. Mata ralit melihat wanita yang nampak seksi dan bergaya yang berjalan beriringan dengan makcik Hasnah. Kenapa dia macam pernah nampak saja perempuan itu sebelum ini? Macam perempuan yang pernah bersama dengan Tan Sri Zaman masa dia berada di butik pengantin Mira dulu. Eh, takkan lah? Dia buat apa kat sini? Kenalan Ethan ke? Seri terus berfikir sendiri.

Atilia hela nafas disaat kakinya melangkah masuk ke dalam mahligai yang tersergam indah itu. Bagaikan terbayang-bayang kemesraannya dan Ethan di setiap penjuru mahligai itu. Atilia ukir senyum. Tiada apa yang berubah. Suasananya masih kekal dan cantik seperti sebelum ini.

"Jemput duduk puan. Makcik buatkan air sekejap" 

"Hmm, okay"

Makcik Hasnah terus berlalu ke dapur. Atilia pula berjalan di sekitar ruang tamu sambil menyentuh perhiasan-perhiasan di situ. Semuanya citarasa Ethan. Citarasa Ethan memang first class. Tak dapat dinafikan. Dan dia suka semuanya.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now