SERI 💞 Special Chapter 1

7.5K 327 49
                                    

10 tahun berlalu...

"Tuan-tuan dan puan-puan, kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terima kasih kerana memilih penerbangan Malaysia Airlines sebagai penerbangan pilihan anda"

Sebaik saja kapal terbang mendarat di landasan, Fakrul tarik nafas lega. Senyuman diukir. 10 tahun dia tinggalkan bumi Malaysia sejak berhijrah ke Dubai. Dan hari ini, dia kembali semula ke tanahair. Demi untuk berjumpa dengan keluarganya dan..

Fakrul menoleh ke sebelah. Wajah manis Elena dipandang. Dia kembali kerana mahu melangsungkan perkahwinan bersama dengan Elena, gadis Malaysia yang dikenalinya ketika bekerja di Dubai. Sudah 2 tahun mereka menjalin hubungan kasih. Dan sudah tiba masanya untuk dia memikirkan akan hidupnya pula. Di saat menginjak usia 38 tahun pada tahun ini, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya.

"Dah sampai. Jom" Fakrul bingkas bangun.

Elena angguk dan ukir senyum. Rindunya dengan Malaysia. Keluarganya sudah 12 tahun berhijrah dan menetap di Dubai. Elena bangun dan menapak menghampiri Fakrul yang setia menantinya.

Mereka melangkah keluar dari perut pesawat dan terus menghala masuk ke dalam bangunan terminal. Langkah kaki terus di atur menuju ke tempat mengambil bagasi.

Hampir 15 minit menunggu, Fakrul terus mencapai bagasi dia dan Elena.

"I hantar you balik dulu El" Fakrul bersuara. Hari ini Pak Daus datang menjemput mereka.

Elena angguk. Sungguh dia sendiri tak sabar mahu menemui keluarga Fakrul. Bakal keluarga mertuanya.

"Assalamualaikum pakcik" Fakrul menghampiri Pak Daus dan terus menyalami tangan lelaki itu penuh hormat. Pemandu yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya.

"Waalaikumussalam Fakrul. Ya Allah lama sungguh kita tak berjumpa. Nampak makin handsome sekarang ye" Puji pak Daus tersengih.

"Hisy, saya ni sama je macam dulu pakcik. Mana ada makin handsome. Pakcik apa khabar?" Fakrul ketawa kecil.

"Pakcik alhamdulillah sihat. Ni siapa?" Pak Daus melihat ke arah seorang gadis manis yang berdiri di sisi Fakrul.

"Oh, lupa pulak. Kenalkan ni Elena, bakal isteri saya"

"Bakal isteri? Alhamdulillah. Balik-balik terus bawa bakal isteri ya" Seloroh pak Daus.

"Dah sampai jodoh pakcik walaupun dah lama bergelar duda ni" Fakrul ukir senyum. Sudah 10 tahun dia setia membawa gelaran duda.

"Eloklah tu. Ada jugak orang tolong uruskan makan minum kamu, ye tak?"

"A'ah betul lah tu pakcik" Fakrul hanya mengiakan.

Elena pula hanya diam dan tersenyum mendengar bicara kedua lelaki itu.

"Ni nak balik rumah terus ke? Mama kamu tu dah tak sabar nak jumpa dengan kamu"

"Hantar Elena balik rumah dia dulu pakcik. Lepas tu baru kita balik"

"Oh okay" Pak Daus terus saja memandu meninggalkan kawasan lapangan terbang.

30 minit memandu, kereta dipandu Pak Daus tiba di hadapan rumah keluarga Elena yang di jaga oleh orang gaji yang memang diupah oleh ayahnya selama mereka tidak berada di Malaysia. Fakrul terus keluar dari perut kereta mahu mengambil bagasi Elena di bonet belakang.

"Terima kasih pakcik" ucap Elena sebelum dia keluar dari perut kereta.

Fakrul terus menyorong bagasi Elena menghala ke pintu pagar.

"You masuklah. Rest cukup-cukup. Malam nanti I datang jemput, kita keluar makan. You mesti rindu dengan masakan Malaysia kan?" Fakrul tersengih.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now