SERI 44

6.9K 318 13
                                    

Ray terus memakir kereta di kawasan garaj sebaik saja mereka sampai di dalam mahligai. Ethan terus saja keluar dan menuju ke pintu tempat duduk belakang untuk mengambil ibu mertuanya. Siti turut keluar dari kereta. Dia seakan terpaku seketika bila berada di sini. Dia tidak bermimpikah sekarang ini? Dalam hutan ada mahligai tersergam indah begini? Mulutnya hanya ternganga sampaikan sukar untuk ditutup.

"Mama, saya bawa mama masuk" Ethan terus tunduk dan mencempung Puan Hidayah keluar dari perut kereta.

"T-tuan, ini rumah siapa?" Soal Siti perlahan.

Ethan menoleh. 

"Rumah saya. Masuklah Siti. Nanti tukar pakaian awak" Kata Ethan lagi dan dia terus menghala ke pintu masuk. Ray mengekori di belakang bersama dengan Siti.

Puan Hidayah pula hanya memandang wajah Ethan dengan perasaan sebak sebelum matanya memerhati kawasan rumah yang sangat indah ini. Dia sendiri pun tak sangka dalam hutan ada rumah sebegini besar bak istana.

Ethan membawa Puan Hidayah masuk dan terus menghala ke sofa di ruang tamu. Puan Hidayah di dudukkan di situ.

"Ethan... terima kasih sebab selamatkan makcik. Makcik tak tahu apa yang sedang berlaku. Kenapa Ethan selamatkan makcik dan bawa makcik ke sini?" Soal Puan Hidayah perlahan.

Ethan hanya ukir senyum mendengar kata-kata ibu mertuanya. Kalaulah Puan Hidayah tahu yang anaknya sedang berada dalam mahligai ini, entah apa perasaannya nanti. 

"Mama duduk dulu. Nanti saya panggil seseorang untuk tolong bersihkan badan mama" Ethan mahu berlalu dari situ sebelum panggilan Puan Hidayah menghentikannya.

"Kenapa Ethan panggil makcik, mama?" Lirih Puan Hidayah bertanya.

"Nanti mama akan tahu jawapannya" Ethan terus berlalu ke dapur mahu memanggil makcik Hasnah untuk menunjukkan bilik kepada Siti dan menyediakan makan malam untuk mereka berdua. 

Kemudian Ethan terus bergegas naik ke atas mahu berjumpa dengan isterinya. Sungguh dia benar-benar tidak sabar mahu isterinya bertemu dengan Puan Hidayah. Tombol pintu di pulas perlahan dan dia melangkah masuk. Senyuman diukir tatkala melihat isterinya sedang menyisir rambut di hadapan cermin solek.

Seri menoleh bila mendengar bunyi daun pintu di buka dari luar. 

"Abang dah balik" Seri terus menghampiri suaminya. 

"Baru je sampai sayang" Pipi isteriya terus dikucup perlahan.

"Abang nak makan tak? Sayang panaskan lauk" Seri mahu berlalu keluar sebelum lengannya di sambar lembut oleh si suami.

"Hmmm, jap sayang. Abang ada benda nak bagitahu ni. Abang harap sayang tak terkejut nanti" Kedua-dua lengan Seri di pegang lembut. Tubuh isterinya di bawa berdiri menghadapnya.

"Apa dia abang? Macam serius je.. kenapa abang berpeluh-peluh ni?" Seri terus menyentuh anak rambut suaminya yang nampak basah itu.

"Cuaca panas, biasalah. Ni abang nak bagitahu, ada tetamu dekat bawah tu" 

Seri terus kerut dahi. Malam-malam ni tetamu mana pulak yang datang.

"Tetamu? Malam-malam ni?" Seketika wajah Seri bertukar tegang dan dia bercekak pinggang.

"Jangan cakap yang tetamu tu ex kuman abang. Memang haru dia nanti sayang hambat dengan penyapu" 

"Eh, bukanlah. Ke situ pulak fikir sayang ni. Buat apa abang nak bawa dia masuk ke sini lagi. Ni tetamu istimewa. Abang jamin, sayang pasti suka nanti" Tapak tangan ditekap ke pipi isterinya.

"Siapa abang? Buat saspen je lah. Sayang turunlah kalau macam tu nak tengok siapa lah tetamu istimewa abang tu" Seri mahu berlalu, namun Ethan menahan.

"Sayang, kejap..." Senyuman diukir buat isterinya. Wajah cantik itu ditatap lama.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now