SERI 34

7.9K 345 38
                                    

"Tolonggg!!!" Seri masih berusaha untuk bersuara. Berharap agar ada sesiapa akan mendengar jeritannya. Dia sudah mula tenggelam timbul dalam air kolam. Entah berapa banyak sudah air masuk ke dalam mulutnya.

Makcik Hasnah mengesat peluh didahinya. Dia memandang ke arah hujung taman. Pelik pula kenapa Seri tak muncul-muncul lagi. Ada 4 biji pasu lagi dekat situ yang dia belum angkat lagi. Apa pulak lah budak Seri tu buat lama sangat dekat gazebo tu.

Terdetik hati untuk melihat, makcik Hasnah terus keluar dari taman bunga. Mahu juga dia melihat macam mana Seri menghias gazebo di sebelah sana. Tentu saja akan nampak lebih berseri kawasan gazebo tu nanti dengan bunga dahlia. Macam pelik je dia rasakan bila Ethan tiba-tiba rajin pula nak belikan bunga dahlia banyak macam tu. Kenapa bunga dahlia? Dah sama je dengan nama Seri Dahlia tu. Hihi.

Makcik Hasnah terus keluar ke kawasan kolam renang. Selalunya dekat kolam ni, Ethan je yang selalu mandi. Dulu kalau masih ada Atilia, memang mereka laki bini yang akan mandi sebab mereka yang pembantu ni semua tak tahu berenang. Pengawal pulak hanya di benarkan berada di hadapan mahligai saja kerana kawasan belakang kolam ini di kira agak privacy juga. 

Kadang-kadang tak sengaja juga terlihat Ethan bermesra dengan Atilia dekat kolam ni dulu. Sebab tu mereka akan sedaya upaya untuk tidak keluar ke kawasan belakang ini kalau Ethan dan Atilia mandi di sini. 

"To...tolong....." Suara Seri semakin lemah dan tidak kedengaran. Dia semakin hampir hendak tenggelam ke dalam kolam.

Ketika makcik Hasnah sudah berada berdekatan dengan kolam, telinganya mendengar seperti bunyi kocakan air yang kuat datang dari arah kolam. Dan dan mata makcik Hasnah terus terbeliak luas bila dia ternampak ada sepasang tangan yang sedang timbul di permukaan air, namun kepala sudah tidak nampak lagi.

Ya Allah! Seri ke tu? Cemas usah di kata makcik Hasnah ketika ini.

"Ya Allah! Seri! Seri!!!" Makcik Hasnah sudah menangis. Tidak tahu macam mana dia nak tolong. Dia tak pandai nak berenang.

"Tolongggg!!!! Junnn!!! Tolonggggg!!!" Makcik Hasnah menjerit sekuat hati di situ. Dia semakin panik bila melihat tangan Seri sudah semakin tenggelam dan nampak tapak tangannya saja lagi timbul di situ.

Pembantu lain yang berada di dapur termasuk Jun, terkocoh-kocoh berlari ke belakang bila mendengar suara jeritan makcik Hasnah. Masing-masing tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

"Kenapa ni mak long?" Soal Jun pura-pura terkejut.

"Jun! Tolong Seri Jun.. tolong...." Semakin kuat makcik Hasnah menangis sambil menunjuk ke arah Seri di tengah kolam.

"Apa? Seri?" Soal Jun lagi sambil memandang ke arah kolam. Pura-pura terkejut.

"Aduh! Seri lemas ke mak long?"

"Ya Allah, siapa boleh tolong ni.. Seri!!!!!" Makcik Hasnah sudah mengongoi menangis di situ bila tangan Seri sudah tidak kelihatan lagi di permukaan air. Hanya bayang tubuhnya yang samar-samar kelihatan semakin tenggelam ke dasar kolam.

"Siapa nak tolong? Mana ada orang pandai berenang kat sini mak long!" Jawab Jun tanpa perasaan simpati.

"Ya Allah! Seriii.... call tuan cepat!!!" Pinta makcik Hasnah lagi.

"Hisy, nanti tuan marah lah mak long. Kan waktu kerja pula ni" Jun menegah. Dia berharap agar Ethan tidak balik awal hari ini.

"Seri... " Makcik Hasnah sudah terduduk di tebing kolam. Tangannya mengocak-ngocak air kolam seolah-olah cuba untuk mencapai Seri yang sudah tenggelam di dalam sana.

"Mak long ni, jangan lah nak merintih macam ni. Bukan kita nak minta pun benda nak jadi. Lagi pun takkan kita nak gadaikan nyawa sendiri nak selamatkan dia" Jun bertinggung di sisi makcik Hasnah yang menangis tersedu-sedu di situ.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now