SERI 43

6.4K 325 20
                                    

Ethan, Ray dan Fakrul bersembunyi di sebalik pokok tidak jauh dari rumah Puan Hidayah. Malam ini mereka bertiga sudah merancang mahu menyelamatkan Puan Hidayah dari terus menjadi mangsa kekejaman Bakri. Selepas memastikan yang Bakri tiada di rumah, mereka bertiga terus bergerak ke sini.

Pengawal yang berkawal di rumah itu sudah semakin bertambah. Ada dalam lebih kurang 8 orang semuanya yang diupah oleh Bakri. Fakrul bergerak ke hadapan. Selepas dia lapangkan dada untuk lepaskan Seri perlahan-lahan pergi dari hatinya untuk beberapa hari ini, dia merasakan hidupnya lebih tenang. Dan sekarang dia sudah boleh bercakap baik-baik dengan Ethan. Kerana dia tahu, Ethan pasti akan dapat menjaga Seri dengan baik.

Tadi semasa di rumah, dia tidak tahu ke mana perginya Darwina. Namun dia dapat agak ke mana lagi perempuan murahan tu pergi selain dari kelab malam. Dia sendiri malas hendak ambil peduli lagi hal isterinya sekarang ini. Mereka berdua lebih banyak membuat hal masing-masing biarpun adakalanya Darwina tu seakan mahu mengongkongnya. Namun dia bukan lelaki bodoh yang hendak akur telunjuk isteri tanpa sebarang alasan.

Sikit masa lagi, dia pasti akan lepaskan Darwina. Tunggu semua hal sudah selesai nanti kerana buat masa sekarang dia masih perlu berada bersama dengan Darwina untuk membongkarkan segala kebenaran tentang fitnah yang sudah dibuat ke atas Seri. Kalaulah dia tak bertindak bodoh, sudah pasti dia hidup bahagia dengan Seri sekarang ini.

"Kau berdua tunggu sini. Aku cuba bercakap dengan pengawal tu dulu sebab mereka kenal dengan aku" Fakrul berbisik perlahan.

Ethan dan Ray angguk. Tidak membantah kata-kata Fakrul.

"Tunggu aku bagi isyarat nanti, baru kau berdua bertindak. Sebab ramai dekat situ nak kena hadap" Sambung Fakrul lagi.

Fakrul terus terhendap-hendap menghampiri rumah Puan Hidayah. Dia sendiri turut bimbangkan keselamatan ibu mertuanya itu. Entah apa agaknya khabar wanita itu, dia sendiri pun tidak tahu kerana terlalu sukar hendak masuk ke dalam rumah Puan Hidayah sekarang ini.

Fakrul berlagak biasa bila dia sudah berdiri di hadapan pagar rumah Puan Hidayah. Pengawal keselamatan yang berkawal di situ terus berhenti dan menghampiri pintu pagar.

"Boleh aku masuk?"

"Tak ada sebab untuk benarkan kau masuk. Bakri tak benarkan sesiapa masuk termasuk kau" Jawab pengawal itu keras.

Fakrul ketap gigi. Dia mendengus perlahan.

"Aku nak jumpa ibu mertua aku pun tak boleh ke? Sekejap je" Pinta Fakrul lagi. Dia sudah siap bersedia dengan pisau di tangannya kalau dia diserang.

"Lebih baik kau balik!" Arah pengawal itu lagi dan dia berlalu dari situ.

Fakrul hela nafas dalam. Bebola matanya bergerak ke sekeliling. Setelah dia memastikan yang seorang saja pengawal berada di kawasan pagar ini, dia terus saja memanjat naik pagar tinggi itu menyebabkan pengawal itu tadi terus menoleh semula ke belakang.

"Hoi!" Jerkah pengawal itu dan dia terus meluru ke arah Fakrul yang sudah melompat masuk ke dalam kawasan pagar.

Pengawal itu mengangkat pistolnya untuk menembak Fakrul, namun pistolnya terus terpelanting ke tanah bila Fakrul pantas membaling pisau ke arah pergelangan tangannya. Pengawal yang lain terus meluru ke situ bila mendengar bunyi bising datang dari arah hadapan rumah.

Fakrul dengan pantas membuka kunci pintu pagar dan memberi isyarat kepada Ethan dan Ray yang sudah bersedia menanti di situ. Ethan dan Ray dan terus meluru laju berlari masuk ke dalam kawasan rumah sebelum mereka berdepan dengan 7 orang pengawal di situ.

"Bagi tumbang semua" Arah Ethan lagi dan dia terus meluru ke arah salah seorang pengawal dan melepaskan tumbukan ke muka pengawal itu.

Fakrul turut berbuat perkara yang sama. Begitu juga dengan Ray. Mereka bertiga bertungkus -lumus menumbangkan kesemua pengawal itu. Mereka tidak boleh melengahkan masa, bimbang kalau Bakri pulang nanti.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now