SERI 15

6.9K 315 17
                                    

Fakrul duduk termenung di tepi taman permainan malam ini. Sudah dua minggu sejak kehilangan Seri, dia hanya banyak mendiamkan diri. Darwina pula semenjak bekerja di syarikat Puan Hidayah dan sudah menyandang jawatan Seri, semakin naik kepala sekarang ini. Berlagak tidak tentu pasal. 

Nama saja ada isteri, tapi hidupnya langsung tidak terurus. Makan minum pun isteri tak jaga. Sibuk nak berdandan dan menayang tubuh dengan memakai pakaian tak cukup kain saban waktu bila keluar dari rumah. Fakrul lepaskan keluhan. 

Dia meraup rambutnya ke belakang. Fikirannya terasa bercelaru saja sejak beberapa hari ini. Telefon bimbit milik Seri dikeluarkan. Dan hanya dengan cara itu saja dia dapat melepaskan rindunya pada Seri. Sampai saat ini, Darwina masih lagi tidak tahu tentang telefon milik Seri yang berada dalam simpanannya ini. Dan dia tidak akan biarkan Darwina tahu sampai bila-bila.

Seketika, telefon bimbitnya berdering nyaring. Mata yang tadinya leka merenung gambar wallpaper di telefon bimbit Seri, terus teralih ke telefon nya sendiri. Melihat nama Darwina yang tertera di situ, Fakrul mendengus dan terus menjawab panggilan dari isterinya.

"Hmm, nak apa?" Soal Fakrul acuh tak acuh.

"Hello sayang, I tak balik malam ni" Ujar Darwina di hujung talian.

Fakrul jauhkan sedikit telefon bimbit dari telinganya bila mendengar bunyi bising dari talian. Dapat dia agak di mana keberadaan Darwina sekarang ini.

"Kau dekat kelab ke ni? Apahal kau tak balik hah!?" Jerkah Fakrul geram.

"Jangan nak jerit-jerit dekat I macam tu okay. I nak lepak dan tidur rumah kawan I malam ni" Balas Darwina tanpa memikirkan dirinya yang berstatus isteri orang.

"Aku tak izinkan! Kau mesti balik!" Fakrul menegah. Dah lupa agaknya di Darwina tu dia tu siapa.

"No! You tak ada hak nak larang I!" Darwina melawan. Sakit hati mendengar kata-kata Fakrul.

"Aku kata balik, balik! Aku tak izinkan! Kau faham ke tak?" Suara Fakrul sudah naik seoktaf.

"Hah! Do I care! Stupid!" Darwina terus mematikan talian.

Fakrul pula sudah ketap rahang menahan marah. Darwina memang betul-betul mencabar kesabarannya. Semakin tertekan dirasakannya sekarang ini dengan kelakuan Darwina. Lantas Fakrul terus berlalu dari situ mahu menghala ke arah kelab malam di mana tempat Darwina sedang berhibur sekarang ini.

Fakrul terus memandu laju keretanya menghala ke kelab malam. Dia terus keluar dari perut kereta bila melihat kereta Darwina ada di situ. Dengan wajah yang tegang, dia terus melangkah masuk ke dalam kelab yang malap itu. Bunyi bising dari dalam kelab sangat membingitkan telinga.

Fakrul melilau mencari kelibat Darwina. Dan pandangannya terus terhenti ke arah Darwina yang sedang leka menari berpelukan dengan seorang lelaki di hadapan sana. Serta-merta darah menyerbu naik ke kepala Fakrul. Dia terus meluru ke situ dan terus menumbuk muka lelaki yang sedang seronok memeluk dan meraba tubuh Darwina.

Buk!

Lelaki itu terus jatuh tersungkur. Darwina pula sudah terkejut melihat wajah bengis Fakrul di situ.

"You buat apa ni!?" Jerit Darwina.

"Kau ni memang bini jalang kan! Balik!!" Fakrul terus menarik tangan Darwina keluar dari situ.

"No! Lepaskan I! Jangan kacau I lah!" Darwina memukul tangan Fakrul yang mencengkam pergelangan tangannya.

Fakrul tidak mempedulikan Darwina yang meronta-ronta di belakangnya. Dia terus menarik Darwina dengan kasar keluar dari kawasan kelab.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now