CHAPTER 2 ✰

109 8 0
                                    

" arissa sayang..sini dekat abah" arissa mula menapak kecil ke arah sang ayah yang sedang duduk di sofa.Dia hanya memandang kosong ke arah dua wajah yang sedang menatap ke arahnya

" ini arissa,anak sulung aku dan arwah amira" puan murni hanya senyum saja.

" cantik..jadi kau sudah beritahu perkara sebenar kepadanya tentang kita?" soal puan murni dengan tatapan redupnya.Encik kamal mengeluh kecil.

" arissa..Abah ada sesuatu nak cakap dengan kamu.Abah harap kamu dapat terima.Mulai sekarang puan murni adalah ibu kamu dan maisarah pula kakak kamu.Walau kamu berdua sebaya tetapi maisarah lebih tua berbanding kamu.

Sarah di tepi ibunya hanya memandang jengkel ke arah arissa.Tidak kuasa dia hendak memanggil gadis itu dengan gelaran 'Adik'

" tua tiga bulan je kut" bisik gadis itu.Puan murni mula menepuk perlahan peha sang anak sambil menjengilkan matanya.Sarah hanya mencebik bibir lalu menjeling tajam melihat arissa yang kelihatan bingung itu.

" jadi..abah dan puan murni dah kahwin?" soal gadis itu polos.Lihat saja anggukan dari sang ayah arissa hanya tersenyum nipis.

" ibu..abah dah tak sayangkan kita" bisik hati kecilnya.

" hoi !" bahunya ditepuk dari arah belakang.

" opocot ! aww..sakitlah.." hasya mula diserang rasa bersalah setelah melihat raut wajah sahabatnya yang berkerut menahan sakit itu.

"arissa..sakit sangat ke? aku tepuk slow je..sorry lah" dia mula memegang tangan arissa ingin memujuk gadis itu.

" takpe..aku tahu niat kau nak bergurau" ucapnya lalu tersenyum nipis.Salah dia juga siapa suruh termenung jauh tentang masa lalu tak pasal pasal dapat penyakit.

" tapi sakit sangat ke? aku tengok muka kau tu macam tengah tahan sakit..atau kau kena pukul lagi ke arissa?" soal hasya dengan suara tegasnya.Wajahnya serius menatap wajah yang mula menunduk itu.

" aku tak kira balik sekolah nanti aku nak kau kemas baju baju kau and kau ikut aku balik.Stay rumah aku.TITIK !" ucap gadis itu dengan perasaan marah.Sudah berkali kali dia mengajak arissa untuk tinggal bersamanya tetapi arissa tetap berkeras masih nak stay dalam rumah neraka itu.

" hasya..aku taknak susahkan kau..cukuplah kau sudi berkawan dengan aku itu pun aku dah bersyukur sangat sangat." tangan hasya digenggamnya.Walau hasya berpangkat tengku malah dia seorang yang berhati baik dan tidak memilih kawan lagi lagi orang biasa seperti arissa.

" haih arissa..aku kesian dekat kau.Sampai bila kau nak jadi hamba diaorang? kau tak penat ke arissa" wajah cantik arissa di tatap sayu.Arissa hanya senyum segaris.

" itu rumah arwah abah aku..aku sayang nak keluar dari rumah tu.."

Encik kamal meninggal dunia kerana serangan jantung pada dia berusia 15 tahun.Jadi sekarang dia anak yatim piatu.Family lain? kedua ibu bapanya anak tunggal dan masing masing sudah tidak mempunyai ibu dan ayah.Sedih kan?

" kalau macam tu kau halau dua ekor tu keluar" cadang hasya dengan wajah geram.

" ish ! tak baiklah..macam mana pun dia tetap ibu tiri aku,dari aku kecil sampai besar dia jaga aku tak salah kalau aku balas jasa dia kan?" hasya menjulingkan matanya.Mengapakah hati sahabatnya ini terlalu baik? tidak boleh kah hati itu menjadi keras sedikit?

" haa memang dia jaga kau dari kecil" jeling hasya tajam."Itu bukan jaga namanya itu dera ! kau kena dera dengan dia dari kecil sampai besar tau.Kau sedar tak arissa yang kau bukan sahaja kena dera dari segi fizikal tapi ini berkaitan juga dengan mental kau.Aku yang tengok kau hari hari macam ni pun boleh nak jadi gila tahu? lagi lagi kesan berbirat dan lebam dekat badan kau.Aku punya gila tu kalau boleh nak tikam dua manusia yang berperangai syaitan tu !" ujar haysa dengan panjang lebarnya.Dadanya berombak laju seakan menahan amarah.Anak rambut yang terjuntai di dahi di raup ke belakang.

MY SUGAR DADDY KING MAFIAWhere stories live. Discover now