Arissa hanya memandang kosong ke arah jalan raya dengan berfikiran celaru..Kini dia seorang diri menunggu hujan berhenti di bus stop.Kawan kawannya yang lain sudah pulang bersama family mereka hanya tinggal dia seorang sahaja yang masih belum pulang.Ingin menaiki bas tapi dia tiada duit.Lagipun jalan kaki pergi dan balik sekolah sudah menjadi rutin sehariannya.
PIN !
Terhenjut bahu rissa akibat terkejut mendengar hon kereta yang elok berhenti dihadapannya.Turun saja cermin tingkap kereta di bahagian depan terserlah wajah rayhan dengan senyuman di bibir.
" marilah naik ! aku tolong hantarkan kau pulang" ajak nya dengan suara ditinggikan bagi melawan bunyi hujan yang lebat itu.Rissa hanya geleng kepala bersama senyuman kelat.Rayhan mengeluh kecil.Dia langsung keluar dari perut kereta dan berlari mendekati arissa yang sedang memeluk tubuh.Menahan kesejukkan.
" jomlah..lagipun hujan lebat ni nak tunggu hujan berhenti nanti lewat pulak kau sampai rumah"Ucap rayhan.Arissa masih diam.
" kau tak percayakan aku ke? anggap saja ini balasan sebab kau jumpa adik aku hari tu dan atas permohonan maaf.."Arissa mengerut dahi.
" maaf? atas sebab apa pulak?" soalnya bingung.Rayhan mati kata.Dalam hati sudah menyumpah seranah akibat terlepas cakap.
" sebab.. adik aku dah menyusahkan kau ha.." jawabnya dengan wajah penuh bersalah.Arissa tergelak kecil sambil geleng kepala.
" tak menyusahkan lah..lagi pun adik awak comel"rayhan hanya senyum sambil mengusap belakang tengkuknya.
" jadi..kau sudi tidak aku nak hantar kau balik ni?" soal rayhan lagi.
" baiklah kalau macam tu jom.." jawab arissa sambil senyum nipis.Rayhan sudah bersorak dalam hati.Akhirnya arissa setuju jua.Tak sia sia dia datang sekolah bawa kereta mewahnya dapat jugak dia tumpangkan arissa.
Sepasang mata tajam itu hanya merenung saja ke arah dua batang tubuh yang sedang rancak bersembang,hinggalah bayang kedua tubuh itu hilang masuk ke dalam kereta.Dia berdecit geram,stereng kereta di pukul kasar.
••
" terima kasih " ucap arissa ikhlas.
" sama sama" rayhan hanya senyum kecil sambil melirik ke arah arissa yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah.Baru sahaja dia ingin mengundur keretanya ke belakang sedikit dia di kejutkan dengan dua beg baju yang selamat mendarat di tanah betul betul di hadapan keretanya.Kemudian tubuh arissa pula diheret kasar oleh puan murni dan menolak tubuh kecil itu ke tanah.
" kau berambus dari rumah ni sekarang ! aku dah taknak tengok muka kau lagi.Kau jangan nak malukan aku dengan perangai bohsia kau tu.Kau dengan mak kau sama saja " herdik puan murni dengan wajah bengis.Sarah hanya senyum sinis memandang adegan itu.Dia menyandarkan badannya di muka pintu dan berpeluk tubuh.Tak sia sia dia memfitnah arissa berdua duaan dengan lelaki di dalam stor sekolah sebab itulah arissa balik lewat dari sekolah.
" makcik...rissa tak buat sumpah..itu semua fitnah..makcik tanyalah sarah dia sendiri nampak rissa dekat bus stop tengah tunggu hujan reda." kata arissa dengan berlinangan air mata.Sarah membulat mata.
" mak jangan dengar perempuan ni mak..dia ni penipu ! sarah nampak sendiri dia masuk dalam stor dengan lelaki tu mak ! takkanlah sarah nak tipu mak" sapuk sarah dengan wajah pura pura sedih.
" eh rissa ! ya allah kenapa ni..?" rayhan berlari anak mendapatkan arissa yang sedang melutut di tanah.Lengan rissa dipegang lembut untuk membantu gadis itu berdiri.Sarah sudah melopong besar melihat rayhan.Macam mana lelaki tu boleh sampai sini?
Puan murni yang memandang itu mula senyum sinis.Dia berpeluk tubuh sambil memandang wajah kacak rayhan.Kereta mewah lelaki itu dipandang sekilas.
" jadi kau lah lelaki tu ye? berapa kau bayar dia hm?" rayhan sudah mengerut dahi.Sungguh dia tak faham maksud puan murni.Sarah sudah meneguk air liur yang terasa kesat di kerongkong.
YOU ARE READING
MY SUGAR DADDY KING MAFIA
ActionSHORT STORY❗️*BOOK TWO* Psst: sudah baca jangan lupa komen and vote ! SLOW UPDATED⛔️ PERHATIAN 📌 Sila baca the king mafia book 1 terlebih dahulu.Maaf jika terdapat salah ejaan,tatabahasa,ayat dan sebagainya.Cerita ini 100% menggunakan idea kepala o...