CHAPTER 5 ✰

87 7 0
                                    


Leesa melangkah panjang masuk ke dalam markas kepunyaan daddynya adam tapi diketuai oleh elvin.Sebut saja nama lelaki itu terus membuatkan hatinya membuak rindu terhadap sang jejaka pujaan hatinya.Leesa hanya mengenakan dress berlengan pendek paras lutut rambutnya pula di biar lepas.

Walau sudah ditegur berulang kali oleh kedua orang tuanya ketahuilah leesa tetap dengan kedegilan dan keras kepala.Normal lah manusia bukan sekali tegur terus berubah mendadak ia juga perlukan masa.Tapi jangan terlalu lama untuk mengambil 'masa' itu.

Pengawal yang berjaga di muka pintu itu mula menunduk hormat setelah nampak bayang cik muda anak atasan mereka.leesa hanya tersenyum nipis salah satu sikapnya mudah bermesra dengan orang sekeliling dan tidak mengira darjat seseorang itu.

Sampai saja di ruangan kerja lelaki itu leesa mula mengetuk pintu.Dengar saja laungan dari dalam dia terus menolak pintu tebal itu dengan senyuman lebar di bibir.

" Hello handsome !" sapanya ceria.Elvin hanya memandang kosong bersama kening terangkat ke atas.Leesa mula mencebik bibir melihat reaksi lelaki itu.

" kau buat apa datang sini" soal elvin tanpa memandang wajah yang sudah masam mencuka itu.

" saja.. datang nak tengok abang elvin..leesa rindu" rengeknya manja.Elvin mengeluh kecil.

" kau takde kerja ke? hotel kau macam mana?" leesa membelek belek kukunya.Dia mula memandang wajah elvin dengan muka malasnya.

" rilex..abang elvin sekarang kan masuk waktu lunch habis lunch nanti leesa pergilah balik hotel" elvin hanya diam.Tangan kekarnya laju menekan keyboard menyalin maklumat maklumat penting dan barang barang senjata yang baru sahaja tiba.

" eh abang elvin nak pergi mana?" soal leesa hairan melihat jejaka itu mula bangun dari duduknya sambil menyarung kembali kot officenya di badan.

"balik office" leesa ternganga.Dia mula menghembus nafas cuba untuk bersabar.

" tap-tapi leesa baru sampai kut.." elvin memandang sekilas wajah leesa sambil cekap memakai jam di pergelangan tangannya.

" aku tak suruh kau datang pun"

"abang ni kenapa ? selalu nak mengelak dengan leesa.Leesa ada buat salah ke dengan abang?" wajahnya sayu menatap wajah tegang elvin.

" kau takde buat salah cuma..kau datang di waktu yang salah..aku kena pergi sekarang.Take care dear.." kepala leesa di usap lembut.Leesa hanya memerhati saja langkah elvin yang sudah keluar dari bilik itu.Bibirnya di kepam rapat elak daripada tersenyum atau terjerit gembira.

" Take care dear" Ayat itu bagai pita rosak asyik berlegar legar dikepalanya.Arghhh! suara kasar elvin mula terngiang ngiang di telinganya.Leesa mula mengeletis gedik sambil berlari anak keluar dari bilik kerja elvin.

Wajahnya tidak pudar dari terus tersenyum.Dengar saja ayat keramat itu dari elvin terus moodnya berubah menjadikan ia seorang ceria dan periang.Hebat betul penangan si elvin ni.

••

Hasya dan si kembar hanya menatap sayu memandang ke arah arissa yang elok tidur beralaskan lengannya di atas permukaan meja.Kini sudah masuk waktu rehat dan mereka bercadang untuk berehat di dalam kelas juga.Siap saja membeli makanan mereka terus naik ke atas untuk menemani arissa.Walau sudah di tegah oleh rissa hasya and si kembar tetap ingin menemaninya.

Mereka tahu rissa sedang menahan sakit.Setiap kali dia bergerak pasti dia berdesis sakit sambil mengerut wajahnya menahan kepedihan kulit di belakangnya.Sudah berkali kali si kembar bertanya punca kesakitan itu tapi hanya gelengan yang rissa berikan tapi hasya tahu rissa cuba untuk sembunyikan dari si kembar cukup dia sahaja yang tahu.

MY SUGAR DADDY KING MAFIAWhere stories live. Discover now