CHAPTER 9 ✰

98 10 2
                                    

Rissa berjalan kaki dengan penuh rasa amarah,lagi lagi mengingatkan muka kerek affan.Sebuah superbike hitam berhenti betul betul ditepinya.Rissa hanya jeling sekilas.

" tunggu apa lagi? naiklah ! " ujar affan

" taknak ! tadi awak suruh saya jalan kaki kan?" jeling rissa sambil silang tangan ke dada.Affan mengeluh kasar.

" kau nak semua tahu ke yang kau menumpang di rumah aku? lagi pun aku suruh kau jalan sekerat je kan..yang kau rajin sangat jalan sampai sini kenapa? ke kau memang berminat nak jalan kaki sampai rumah" kata affan dengan nada dingin.

" memang saya rajin sangat nak jalan kaki sampai rumah.So sekarang ni tepi sikit saya nak lalu" balasnya sambil meneruskan langkahnya.

" eh eh minah ni kan.Oi minah ! " jerit affan geram.

" kau jangan nak berlagak.Kau naik sekarang! " rissa mengecil mata melihat wajah bengis affan.

" apa? kau ingat aku kesian dekat kau? memang tak.Kalau aku bagi kau jalan kaki nanti tak pasal pasal telinga aku kena pulas dengan mummy.Kau jangan nak mengada naik sekarang ! " Rissa hentak kaki tanda protes.Superbike affan di dekatinya.Mereka terus pulang ke mansion.

••

" Assalamualaikum !" laung rissa.

" Waalaikumussalam,eh anak anak mummy dah balik.Mari masuk" jawab aisyah sambil memaut lembut bahu rissa.

" mummy..kak leesa tak pergi kerja ke?" soal affan bingung.Kebiasaan waktu begini hanya tinggal mummynya sahaja di rumah tapi bila melihat kereta mewah kakaknya elok ter parking di garaj membuatkannya tertanya tanya.Aisyah mengeluh kecil.

" kak leesa ada dekat atas.Aathif pergilah pujuk kakak turun makan.Tak pun bawa makanan naik ke bilik terus" rissa hanya diam mendengar tiada niat untuk menyampuk.

" akak sakit ke mummy?" aisyah geleng kecil.

" dia dah tahu soal elvin." affan mengeluh kecil.

" takpelah nanti aathif pujuk kakak..Aathif naik bersihkan diri dulu" pamitnya dengan segaris senyuman.Aisyah hanya memandang saja belakang anaknya.

" mummy..rissa pun nak naik mandi dulu..nanti rissa turun tolong mummy masak" aisyah senyum kecil.

" mummy dah siap masak sayang.Takpe mummy tunggu kamu turun lepas tu kita makan sama sama okey?" tepi kepala rissa diusap lembut.

" baik mummy" senyumnya lalu mula melangkah ke arah bilik tidurnya.

TOK ! TOK !

" akak..aathif masuk ea" pintu tebal itu ditolak.Fuh nasib tak kunci.Dulang ditangan dipegang kemas.

Leesa hanya memandang kosong ke arah adiknya.Tiada senyuman dibibir.Matanya pula bengkak akibat menangis terlalu lama.

" aathif ada bawa makanan untuk akak.Mummy cakap akak tak makan dari pagi" dulang berisi makanan diletakkan di atas meja tepi katil.

" Akak.." tangan kecil kakaknya digenggam erat.Leesa hanya memandang.

" aathif tahu akak kuat.Kuat untuk menerima takdir yang telah tuhan tuliskan.Kumbang bukan seekor kak..mungkin berat untuk akak menerimanya tapi aathif tahu akak seorang yang kuat.Senyumlah sikit" hidung mancung leesa dicuit.Leesa senyum segaris.

" patutlah elvin seakan menjauh dari akak rupa rupanya.." leesa memejam matanya erat.

" shuh..dah jangan fikirkan soal tu lagi.Sekarang ni akak harus fokus dengan diri akak dan kerjaya akak"Tangan kakaknya di dalam genggaman diusap lembut.

MY SUGAR DADDY KING MAFIAWhere stories live. Discover now