CHAPTER 8 ✰

87 6 3
                                    

Bangunan gah dihadapannya dipandang sinis.Kakinya terus melangkah masuk ke ruang lobi,pekerja di situ mula menunduk hormat apabila melihatnya.Maklumlah anak kepada pemilik syarikat turun haruslah bersikap baik dan saling menghormati.

" cik muda" sapa lyn selaku PA kepada elvin.

" elvin ada?" lyn senyum kekok.

" err tuan elvin..ada tapi..eh cik muda.." lyn mula berlari mengejar langkah leesa.

KLAK !

" maaf tuan..saya dah halang tapi" elvin angkat tangan tanda faham.

" saya minta diri dulu" pamit lyn.Leesa masih tergamam melihat pemandangan di hadapannya tikanya.Hatinya bagai ditusuk pisau.Perempuan itu hanya senyum sinis melihat riak wajah kecewa leesa.Tangannya masih kemas merangkul leher elvin.

" apa semua ni?" soalnya lemah.Yang paling menyakitkan perempuan tu elok saja duduk di atas riba elvin.Dan elvin juga turut memeluk erat pinggang perempuan itu.

" kau nak apa datang sini?" soal elvin dingin tanpa memandang wajah leesa.

" leesa ada something nak bincang dengan abang..dan hanya kita BERDUA" jelasnya.Dahlia hanya mencebik bibir.

" sorry..aku busy.." tajam matanya menikam wajah dahlia.Bukannya dia tidak nampak senyum sinis perempuan itu.

" busy? busy layan perempuan murah ni?" elvin memandang tajam ke arah leesa.

" jangan mulakan leesa..aku taknak gaduh dengan kau." kata elvin penuh amaran

" okey..tapi leesa nak abang jujur dengan leesa betul ke abang bukan beragama islam?" elvin tersentak.

" kenapa terkejut sebab leesa tahu? sampai bila abang elvin nak tipu leesa ha..abang sendiri pun tahu yang leesa sayang dan cinta abang kenapa abang bagi leesa harapan?" dahlia jeling meluat melihat wajah leesa yang sudah banjir dengan air mata.

" aku tak pernah bagi kau harapan.Kau sendiri yang berharap pada sesuatu yang belum pasti..jadi nak taknak kau kena terima" leesa angguk kecil.

" semudah itu abang cakap? habis tu apa pula kaitan abang dengan perempuan ni" elvin diam.Sakit hatinya melihat dahlia yang begitu manja di dalam pelukkan elvin.

" my girlfriend" leesa terpaku.Kepalanya digeleng berulang kali.Dahlia senyum sinis.Kepalanya disandar di dada elvin.

" suka lah kau perempuan..kau kena sedar elvin bukan agama islam jadi kau ingat kau boleh sehidup semati dengan dia?" kata leesa sinis.

" aku tak kisah janji aku dapat apa yang aku nak" balas dahlia sambil mengibas rambut panjangnya.Dengan pakaian tak cukup kainnya haih..buat sakit mata je tengok.

" kau sanggup ketepikan agama demi lelaki ni? kau sedar tak yang kau tu islam.Kau jangan nak malukan agama sendiri lah dahlia" kata leesa pedas.

" kau bercakap dengan cermin ke? kau nak ceramah orang tilik diri sendiri dulu.Pakaian pun tunggang langgang ada hati nak tegur aku" leesa terdiam.

" dalam islam takde istilah diri kena sempurna dulu baru tegur..Aku tegur kau sebab aku beragama islam walau pakaian aku tak lambangkan aku ni islam tapi hati aku masih sayang dan teguh pada agama aku sendiri." dahlia hanya juih bibir.

" suka hati lah kau nak cakap apa pun aku tetap dengan keputusan aku" leesa memandang tajam wajah selamba dahlia.

" dan kalau kau rasa kau ni alim sangat so kau boleh berambus dari sini.Bukan apa.. takut kau yang sakit hati nanti" kata dahlia tanpa memandang wajah leesa.Matanya hanya fokus pada bibir elvin.Tangan terus naik mengelus lembut rahang elvin hingga ke bibir.Cuba untuk menggoda lelaki itu.

MY SUGAR DADDY KING MAFIAWhere stories live. Discover now