CHAPTER 7 ✰

84 4 0
                                    

Sudah 2 minggu rissa menetap di mansion milik adam ayah kepada affan dan leesa.Kehadirannya juga sudah diketahui oleh adam dan aisyah.Mereka dapat terima dengan hati terbuka dan berasa kasihan terhadap arissa yang bernasib malang itu.Yang paling bengang sekali tentulah si affan yang tidak menyangka bahawa daddy dan mummynya dapat menerima begitu sahaja dengan kehadiran arissa di dalam mansion itu.Sedangkan gadis itu masih baru sahaja dikenali.

" rissa..dah siap?" soal leesa sambil memandang ke arah gadis yang asyik termenung di kerusi batu luar rumah.Tersentak sedikit gadis itu dibuatnya.

" pergi mana kak?"soalnya hairan.

" kita orang nak pergi ambil mummy and daddy kat airport..haa sekali dengan mama papa rayhan juga" rissa garu alis keningnya..dia taknak ikut sebab segan tapi apa pula kata leesa nanti..kalau dia setuju untuk ikut nanti apa pula kata si affan tu..sudahlah selama dia tinggal di sini lelaki itu tidak pernah berhenti cari pasal dengannya.

" er..takpe ke kalau rissa ikut?" soalnya segan

" eh takde apalah..lagi pun mummy tak sabar nak jumpa dengan awak tau" kata leesa dengan ketawa kecilnya.

" kalau macam tu..rissa naik tukar baju dulu ye" leesa hanya angguk kepala dengan senyuman nipis.

affan memandang tajam ke arah kakaknya yang sesuka hati mengajak arissa.

" apa?" soal leesa sambil berpeluk tubuh.Bukannya dia tidak perasan dengan renungan tajam si adiknya itu.

Affan mula berlalu pergi tinggalkan sang kakak dengan wajah bengis.tiada guna dia nak bertekak dengan kakak yang keras kepala macam leesa itu

••

" mummy !" teriak leesa sambil berlari memeluk aisyah.Adam di sisi hanya geleng kepala.Rayhan pula maju ke arah mama dan papanya.Tubuh tegapnya dipeluk erat oleh aiman.Si kecil ryna pula sudah mendepa tangannya ke arah rayhan ingin didukung.

Affan mula menyalami tangan aisyah dan adam.rissa juga turut menyalami tangan aisyah.Aisyah senyum lebar melihat kegugupan pada wajah gadis itu..

" rissa kan?" rissa angguk kecil

" cantik..." pipi rissa diusap lembut.Affan hanya menjulingkan matanya melihat adegan itu.

" macam mana tidur rumah mummy? selesa tak?" tanya aisyah dengan wajah kekal dengan senyuman manisnya.

Rissa tercengang.Mummy? leesa sudah tersengih sengih melihat wajah bingung rissa.

" alhamdulillah..rissa selesa je aunty.." jawabnya sambil menunduk.Satu dia malu dua dia segan tiga dia takut. haih !

Sungguh cantik mummy affan ni..dengan pakaian tertutup tudung labuh cantik pula tu...kata hati rissa.

" apa aunty pula..panggil mummy okey? mummy dah anggap rissa macam anak mummy...dah jom balik mummy ada hal penting nak bincang dengan kamu semua" kata aisyah sambil tersenyum lebar memandang wajah suaminya.Liya dan aiman hanya senyum. mereka sudah tahu apa yang cuba aisyah sampaikan.

••

" Apa anak angkat? but why she mummy?" soal affan tak puas hati.Rayhan disamping hanya diam.Liya dan aiman turut ada membincang soal anak angkat aisyah.

" leesa setuju dengan mummy" kata leesa dengan senyuman.Tangan kecil rissa di genggam erat.Sejuk !

" ini keputusan mummy..daddy pun dah setuju dengan mummy kenapa aathif nak halang pula" kata aisyah dengan wajah bengang.

" mummy...kita belum cukup lama kenal perempuan ni..takkan sesuka hati mummy nak ambil orang luar masuk dalam keluarga kita? mummy sendiri pun tahu kan risikonya?" rissa hanya menunduk takut.Semua berpunca dari dia.

MY SUGAR DADDY KING MAFIAWhere stories live. Discover now