BAB 1

75 2 0
                                    

"Assalamualaikum, Farah" tegur Maisarah. Farah yang sedang termenung memandang langit pun menoleh.

"Ini tadi ada budak form 2 lelaki bagi aku surat ni untuk sampaikan dekat kau. Bila aku tanya siapa yang bagi, dia kata yang orang tu tak izinkan untuk beritahu. Nah lah. Aku nak pergi dorm nak kemas loker." terang Maisarah panjang lebar.

"Okey. Terima kasih." ucap Farah. Dia membuka sampul surat tersebut apabila Maisarah, rakan karibnya sudah hilang dari pandangan.

"Apa?" tanya Farah sendiri.

Assalamualaikum Farah. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meluahkan perasaan saya. Dalam diam, saya dah simpan perasaan ni dari form 1 lagi. Saya tahu apa yang saya buat ni salah. Hantar-hantar surat. Tapi saya dah tak boleh pendam perasaan ni sendiri lagi. Saya harap awak mempunyai perasaan yang sama.

Yours sincerely, pengawas jawatan tertinggi.

"Pengawas? Jawatan tertinggi? Mestilah upper form kalau jawatan tertinggi. Hah!" Farah memasukkan semula surat tersebut ke dalam sampulnya.

"Eh, sekejap...Ketua pengawas! Umar!"

☆★★☆

"Suraya,kau nak tahu tak.."Farah menepuk bahu Suraya. Suraya juga ialah best friendnya. Suraya mengangkat keningnya. "Ada orang bagi aku surat." keluh Farah.

"Siapa bagi?" tanya Suraya penuh minat.

"Emm...Tulisan kat surat tu kata 'pengawas jawatan tertinggi'. Kau rasa siapa? Aku rasa...Umar."

"Apa?!!" Suraya menjerit. Farah menekup mulut rakannya itu.

"Shh! Diamlah!" arah Farah.

"Wei,serious lah?Kalau Maisarah dengar,mesti dia merajuk?"kata Suraya pula. "Nasib baik dia dah pergi surau dengan Safirah."

"Jangan bagitahu Maisarah tau." pesan Farah.

"Okey." kata Suraya.

☆★★☆

"Wei,kau orang rasa bila kita dapat result SPM?" tanya Suraya.

"Minggu depan." balas Safirah kemudian menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

"Uish! Seriuslah? Cepatnya!" kata Maisarah. Maisarah,Safirah,Suraya dan Farah berbual-bual di dalam sebuah restoran terkenal.

"Baguslah. Aku tak sabar nak tahu. Lagipun, aku rindu sekolah." kata Farah sambil tersenyum.

"Eleh,kau pandai. Boleh lah cakap macam tu."Maisarah menjuihkan bibir. Mereka pun ketawa.

☆★★☆

"Tak sabar nak tahu keputusan walaupun berdebar-debar." kata Safirah.

"Whatever.." Maisarah menjulingkan matanya ke atas.

"Dah, jom duduk"ajak Suraya.

"Pelajar yang berjaya mendapat straight A, iaitu 10A, Farah Khadijah dan Umar Al-Qayyum! Tahniah! Sila naik ke atas pentas!" umum seorang cikgu.

"Weh,tahniah!"

"Tahniah!"

"Pandai betul!"

Dewan bergema dengan tepukan dan ucapan tahniah. Farah dan Umar berdiri di sebelah pengetua sekolah itu sambil menguntum senyuman.

Apabila mereka semua bersurai, empat sekawan itu pun terserempak dengan Umar dan Anaqi.

"Hai, Farah. Tahniah. Kawan-kawan awak pun, tahniah juga." ucap Umar. Dia dan Anaqi pun beredar. Suraya memandang Farah sambil tersenyum-senyum.

"Apa? Pantang nampak Anaqi, mulut tu macam dah terkoyak. Senyum saja." tegur Farah.

"Kenapa Umar tegur kau? Sebut nama pula tu." Maisarah bertanya.

"Tu soalan ke cemburu?" kata Suraya kemudian ketawa. Farah memicit pipi Maisarah.

"Kau jangan risaulah. Aku tak ambil pun Umar tu."

THE CRUEL HUSBANDWhere stories live. Discover now