BAB 6

34 1 0
                                    

"Su okey tak? Mak cuma tak nak Su rasa terseksa," Puan Afiqah memandang Suraya dengan sayu.

Suraya yang terlantar di atas katil hospital hanya mampu mengalirkan air mata. Dia rasa terseksa apabila tinggal serumah dengan Anaqi. Tetapi dalam masa yang sama dia sangat sayangkan Anaqi walaupun dia tahu perasaan tersebut tiada pada Anaqi.

"Sua tak tahu mak. Bagi Su masa untuk fikirkan." lirih suara Suraya membalas.

☆★★☆
"Kaki perempuan betul! Konon suka aku. Hampeh! Isteri dekat rumah pun tak terjaga. Dah lah ada perempuan lain" bebel Farah sendirian di dalam keretanya. Dia baru sahaja lepas berjumpa dengan Anaqi. Tiba-tiba telefon Farah berdering. Raut wajahnya yang berkerut, terus ceria apabila melibat nama yang tertera di skrin telefon.

"Assalamualaikum, Fauzan,"

☆★★☆
Di wad.

"Apa?!" jerit Maisarah, Farah dan Safirah serentak.

"Seriously..? Mak mertua kau yang cadang benda macam tu???"

"Ya... Tapi aku tahu tu semua untuk kebaikan aku..." mata Suraya mula berkaca. "Jadi aku minta pendapat korang..."

"Entah lah. Aku... tak tahu" Safirah mengangkat bahu.

"Seramnya cerita kau, Suraya.. Aku bersimpati." kata Maisarah pula.

"Aku rasa kau patut berpisah saja dengan dia" celah Farah. Suraya yang tadinya menunduk segera memanggung kepala.

"Kau jangan salah faham. Aku bukannya nak hancurkan rumah tangga kau. For your own sake. Aku tahu mesti perit untuk kita meninggalkan sesuatu yang kita sayang" tegas Farah".

"Aku tak nak ganggu emosi kau. Nah, jangan lupa datang." Dia menyerahkan tiga keping kad kepada rakan-rakannya itu. Kemudian dia beredar.

"Yeah... Kitorang takde hak nak masuk campur. Sorry," Safirah memujuk.

"Tak... Tak apa" Suraya menyeka air matanya yang mengalir.

"Kau kenapa, Maisarah ?" Safirah bertanya kepada Maisarah yang kelihatan terkejut.

"Tengok... kad kau orang." balas Maisarah. Safirah segera membuka sampul surat tersebut.

"What?!" teriak Safirah.

☆★★☆

"Macam mana, Su?" tanya Puan Afiqah.

"Su... tak tahu. Su rasa terseksa tapi hati ni berat nak melepaskan." keluh Suraya.

Anaqi yang berada di luar wad Suraya mengeluh. Dia tak sayangkan Suraya. Tapi dia tak nak lepaskan Suraya. Tiba-tiba dia terfikir tentang anak yang dikandung Suraya. Dia tahu tu anak dia tapi dia tak nak mengaku. Dia terbayang muka bayi yang. akan dilahirkan oleh Suraya. Pasti comel. Suraya sememangnya cantik tetapi....

"Anaqi? Buat apa depan pintu ni? Dah, mak nak balik. Esok, Suraya discharge. Mak nak dia duduk dengan mak." usai berkata, Puan Afiqah pun berlalu pergi.

'Mak... Anaqi tak tahu apa yang Anaqi perlu buat!' hati Anaqi menjerit.

THE CRUEL HUSBANDWhere stories live. Discover now