"Awak, saya penat. Please stop." rayu Anaqi.
"Lepas ni, tak payah lah balik sini. Pergi berkepit dengan perempuan tu"
"Cukup!!"" tengking Anaqi. Aniq yang sedang tidur nyenyak, menangis kerana jeritan Anaqi.
"Sudahlah, saya rasa menyesal kahwin dengan awak dan saya rasa pelik, macam manalah saya boleh suka pada orang yang kejam dan tak setia seperti awak." selangkah Suraya menapak, Anaqi bersuara.
"Kau memang nak bebas sangat ke??" tanya Anaqi.
"Oh, awak dah berjaya fikir? Nampaknya awak memang nak hidup terus dengan permaisuri Elly tu. Silakan."
☆★★☆
Empat bulan berlalu. Suraya menyelak-nyelak media sosialnya. Tiba-tiba dia terjumpa akaun Elly. Segala benda yang di muat naik ialah gambarnya bersama Anaqi yang sedang tersenyum. Melancong ke sana, ke sini bersama-sama. Captions pula banyak perkataan bahagia. Bahagia lah sangat. Kandung anak luar nikah, rampas laki orang, memang bahagia. Sekarang ni Anaqi tu 100% milik Elly. Bukan lagi suami Suraya. Suraya tak menyesal. Kebebasan seperti inilah yang dia inginkan. Dan dia tinggal di rumah Puan Zubaidah, ibunya.
"Aniq anak ibu,.. Aniq kena kuat sebab Aniq dah tak boleh duduk dengan ayah lagi. Aniq bila besar nanti, jangan sebelahi ayah. Ayah Aniq dari dulu sampai sekarang jahat. Jadi, Aniq jangan jadi macam ayah, ya?" ujar Suraya kepada anaknya. Aniq tersenyum.
☆★★☆
"You ... termenung apa? Makanlah. Nanti sejuk makanan tu." tegur Elly. Anaqi terus tersedar dari lamunan.
Anaqi teringatkan Aniq. Dah lama sangat dia tak jumpa anak lelakinya itu.
"I ingat... I nak jumpa anak I lah weekend ni."
Kata-kata tersebut amat mengejutkan Elly.
"What? How about me? I nak kena tinggal sendiri dekat rumah ni?"
"You ikut lah kalau macam tu."
"No! I tak boleh sentuh anak you!" bantah Elly.
"You tak payah lah sentuh. You duduk dalam kereta saja."
☆★★☆
"You pergilah. I tunggu." apabila Anaqi keluar dari kereta, Elly terus mencapai sebuah botol mineral. Dia memasukkan suatu serbuk kemudian dia menutup botol minuman tersebut.
"Done" Elly tertawa kecil. "My dear, lepas ni nasib you akan terbela. Akan ada lelaki yang menanggung you. Sabar ya, my dear." Elly mengusap perutnya yang sarat.
☆★★☆
Anaqi mengangkat Aniq ke pangkuannya. Sejurus melihat muka Anagi, maka meraunglah Aniq Syazwan.
Suraya melirikkan mata ke arah Aniq. 'Good job, my son.'desis Suraya.
Puan Zubaidah terus mengambil Aniq. Aniq pun berhenti menangis lantas ketawa.
"Hm, nampak sangat tak suka tu Aniq. Jaga lah hati bapak kau tu sikit, walaupun dia tak pernah jaga hati mak kau" perli Puan Zubaidah.
Tersentap Anaqi. Tak apalah, dapat tengok muka pun jadilah.
"Saya minta diri dulu, umi."
YOU ARE READING
THE CRUEL HUSBAND
Short Story"Anak yang dia kandung tu anak kamu!" - Puan Afiqah. "Macam mana mak tahu dan pasti itu anak Anaqi?" - Uwais Anaqi. Suraya terpaksa melalui rumah tangganya yang terlalu banyak pancaroba. Suaminya Anaqi, langsung tidak sayangkannya. "Haikal ni, anak...