"Hai, Faraaah!!" jerit Suraya apabila ternampak Farah di dalam bilik.
"Eh, Suraya!" Farah memeluk Suraya. Suraya membalas pelukannya. "Tidak sangka boleh tersama tempat belajar."
"Itu lah,kan?! Eh, tadi, aku nampak Anaqi!!!" jerit Suraya.
"OMG! Serious lah? Untung wei!" balasFarah.
5 Tahun kemudian.
"Hai, Farah. Keluarga aku ada buat malis makan kecil-kecilan sempena mak ayah aku pergi haji. Sabtu ni. Pagi, pukul 10 hingga 12. Kau ajaklah sesiapa ikut." jemput Anaqi sambil melemparkan senyuman manis.
"Oh, tahniah. In shaa Allah aku datang." balas Farah.
☆★★☆
"Kau ni, tudung tu dah cantik dah. Terjenguk-jenguk cermin kereta tu lagi buat apa?" Farah bercekak pinggang.
"Alah, kau ni Farah. Tiba-tiba ajak pergi rumah Anaqi. Berdebar-debarlah aku. Kena lah cantik." omel Suraya. "Eh, patutlah macam silau. Kau beli cincin? Cantik uuu. Beli ke orang bagi?"
"Ceyy...mestilah beli. Siapa nak bagi?" tanya Farah. Keningnya terangkat.
"Manalah tahu..." Suraya memuncung.
☆★★☆
"Terima kasih mak cik, sebab jemput kami. Semoga urusan mak cik untuk melaksanakan ibadah haji dipermudahkan..."ucap Suraya tersenyum manis.
"Kamu berdua ni kawan Anaqi, ya?" tanya Puan Afiqah.
"Betul, mak cik." Farah dan Suraya mengangguk. "Saya Suraya, ni kawan saya, Farah."
"Cantik kamu ni. Sopan-santun pulak tu. Single lagi ke?" tanya Puan Afiqah lagi. Soalannya diajukan kepada Suraya.
"Ya, mak cik. Single lagi." ujar Suraya. Puan Afiqah tersenyam-senyum.
"Baiklah, kami minta diri dulu."
☆★★☆
Anagi melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan ibunya, Puan Afiqah.
"Anaqi, mak tengok kawan kamu tu, mak rasa berkenan nak dijadikan menantu." tegur Puan Afiqah. Anaqi memanggung kepalanya.
"Dengan siapa, mak? Farah ke?" terpancar sinar harapan di wajah Anaqi.
"Eh, taklah. Dengan Suraya lah. Peramah betul orangnya. Lepastu, dia single lagi tau. Kawan dia tu, muka macam bini orang. Entah-entah tunang orang? Mak nampak ada cincin kat jari dia tu." terang Puan Afiqah panjang lebar.
'Macam mana boleh nampak muka macam bini orang?' desis Anaqi.
"Mak nak masuk meminang dialah. Untuk kamu." putus Puan Afiqah.
"Seriously, mak? Anaqi tak bermnat lah dengan dia." Anaqi cuba membantah.
"Haip! Tapi mak nak dia jadi menantu mak." Puan Afiqah berkeras. "Lusa, mak masuk meminang. Kalau terima...seminggu lepas mak dengan ayah balik daripada mengerjakan haji, akad nikah." putus Puan Afiqah lagi.
What?!!?
☆★★☆
"Alhamdulillah pihak perempuan terima pinangan kita. Waktu mak dan ayah pergi haji, kamu jangan nakal-nakal." kata Puan Afiqah apabila tiba di rumahnya. Tak fikir perasaan Anaqi langsung.
☆★★☆
"Dah dua minggu aku jadi tunang Anaqi, tapi dia tak tegur aku langsung. Kalau berselisih, muka dia masam saja." adu Suraya.
"Tapi kalau aku terserempak dengan dia, dia senyum pulak." balas Farah. Suraya memandangnya. "Eh, kau jangan fikir macam-macam pulak."
☆★★☆
"Aku terima nikahnya Suraya Aqilah binti Shafiq dengan mas kahwinnya RM500 tunai."
~~~
"Tahniah, Suraya!" ucap Maisarah.
"Aku tak sangka secepat ni kau akan berkahwin." kata Safirah.
"Sekarang, kau dah miliki Anaqi!!" kata Farah dengan gembira.
Suraya hanya mampu mengangguk. Dia tengok Anaqi macam betul-betul tak suka dia. Muka pun garang saja. Macam mana dia nak berumah tangga ni?
Semasa sesi bergambar, Suraya langsung tidak memandang mata Anaqi. Dia tidak berani.
Apabila Suraya dan Anaqi keluar dari dewan, Anaqi menggenggam tangan Suraya dengan kuat. Suraya cuba menarik tangannya, tetapi tidak berjaya. Matanya melirik ke arah Anaqi. 'Apahal mamat ni?' Tetapi apabila mata Anaqi melirik ke arah Suraya, Suraya menoleh ke hadapan semula.
'Aku takkan bahagiakan kau,' desis Anaqi.
YOU ARE READING
THE CRUEL HUSBAND
Cerita Pendek"Anak yang dia kandung tu anak kamu!" - Puan Afiqah. "Macam mana mak tahu dan pasti itu anak Anaqi?" - Uwais Anaqi. Suraya terpaksa melalui rumah tangganya yang terlalu banyak pancaroba. Suaminya Anaqi, langsung tidak sayangkannya. "Haikal ni, anak...