BAB 3

43 2 0
                                    

Suraya dan Anaqi sudah tiba di rumah baharu mereka.

"Saya tidur bilik sebelah"

"Tidur dalam master bedroom ni." pintas Anaqi. Suraya menurut.

Suraya membuka tudungnya dan membiarkan rambutnya lepas. Dia bangkit dari kerusi dan tiba-tiba Anaqi menolaknya ke dinding.

"Hei, Suraya. Kau dengar sini. Aku tak suka kau langsung pun. Aku tak bahagia pun. Aku kahwin ni pun sebab terpaksa!" Anaqi memandang mata Suraya. "Just for fun." Kemudian Anaqi masuk ke dalam bilik air. Air mata Suraya mengalir laju menuruni pipi. Hatinya terasa hiba. Rupanya selama ini dia yang syok sendiri. Anaqi tak sedikit pun suka pada dia.

☆★★☆

Suraya meletakkan hidangan terakhir di atas meja. Tiba-tiba kedengaran bunyi orang menapak turun dari tangga.

Anaqi lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja biru cair. Sebelum Anaqi melangkah keluar dari rumah, dia berkata "aku makan kat luar." Kemudian Anaqi hilang dari pandangan.

Dada Suraya terasa sempit dan susah untuk bernafas. "Sabar, Suraya. Sabar," Suraya cuba menenangkan dirinya. Tetapi dia kalah dengan kesedihan. Air matanya tetap gugur.

☆★★☆

"Hoi, perempuan. Kau tak masak ke?" tanya Anaqi sebaik sahaja turun dari tangga.

"Tak." jawab Suraya dengan berani.

"Kau tak tau ke tanggungjawab kau tu?!" tanya Anaqi lagi dengan kasar.

"Habistu, kalau saya dah masak, ada awak nak makan? Tak ada kan? Dah tiga kali saya masak, tapi awak tak makan. Kalau awak suka sangat masakan kat kedai tu, awak kahwinlah dengan tukang masak tul" Suraya bangkit dari sofa.

Pang!!!

"Kau berani lawan aku?!" jerkah Anaqi. Suraya sudah terduduk di atas sofa memegang pipinya. 

"Kau ikut aku sekarang!!" Anaqi menarik tangan Suraya. 

☆★★☆

"Kau nak pergi mana ?" tanya Anaqi apabila melihat Suraya memakai blaus dan seluar Palazo sama warna bersama tudung bawal.

"Kerja." Suraya menjawab sambil menggigil-gigil. Trauma dengan kejadian dua hari yang lepas.

"Okey, aku izinkan. Aku pun tak suka kalau kau asyik habiskan duit aku." balas Anaqi bongkak.

☆★★☆

"Oh, wow! Pengantin baru ajak kita lunch!" kata Maisarah dengan teruja.

"Bahagia tak? Mesti bahagia, kan? Aku pun tak sabar nak kahwin. Tapi tak tahu lagi bila?" kata Safirah pula.

"Eleh! Tunang pun belum! " balas Farah.

Suraya hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Dia tidak mahu menceritakan perihal rumah tangganya sekarang. Dia masih mampu pendam. "Eh, dengar cerita, Maisarah Delisha dah dipinang Umar. Betul ke?" tanya Suraya.

Maisarah menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. Terserlah cincin yang tersarung di jari manis.

"Blushing lah tu!" sakat Safirah.

"Suraya, kau okey ke? Nampak macam pucat lah muka tu." tanya Farah.

"Terkurang make-up mungkin." balas Suraya.

3 bulan kemudian.

-Assalamualaikum mak.

-Waalaikumussalam, Suraya.

Suraya menghantar mesej yang mengejutkan pada Puan Afiqah.

-Su dah pregnant 3 bulan, mak.

-Apa? Alhamdulillah!

Tetapi Suraya amatlah takut untuk memberitahu Anaqi. Takut dia diapa-apakan.dan kandungan akan terjejas. Tapi Anaqi ada hak untuk tahu.

Setelah penat memikirkannya, Suraya pun baring di atas sofa dan tertidur

☆★★☆

Keesokan paginya, sewaktu Suraya hendak keluar dari rumah, Anaqi menegur, "Kenapa muka kau nampak pucat? Lain macam saja." kemudian Anaqi pun masuk ke dalam keretanya kemudian beredar.

Suraya terdiam. Dia tak tahu bila dia patut bagitahu Anaqi.

THE CRUEL HUSBANDWhere stories live. Discover now