Chapter 9

7.5K 900 149
                                    

"Jungkook."

Pantas aku menoleh memandang anak mata Seokjin iaitu seatmate aku. Aku tak bersuara nyahut malah menunggu ayat yang bakal dilontarkan mamat handsome giloss itu.

"Awak okey?" Tanyanya tiba-tiba.

"Apa yang tak okaynya. Saya okay. Waeyo?" Aku tanya balik disertai muka pelik.

"Tak adalah. Saya takut awak tak selesa lepas tahu saya ni.. oppa awak."

Ya aku terkejut beruk seperti biasa. Janganlah sebut oppa-oppa nii. Entah kenapa aku rasa geli semacam mungkin sebab aku ni lelaki. Aish.

"Tak apa. Saya okay. Tapi janganlah sebut oppa tu. saya tak selesa." Aku menyuarakan perasaan.

"Oh mianhae buat awak malu. Malu ya?" Seokjin mengangkat kening. Menambahkan tahap kejelesan aku trhadap kehensemannya.

"Bukan malu... " Tapi Geli! Aku hanya mampu menyambung ayat aku dalam hati.

"Habis tu?"

Dia tanya pulak dah. Karang aku pinjam power si Taehyung kang. Aku jadi teletubies pastu aku tembak dia dengan sesungut satu yang dekat atas kepala tu. Tapi aku tak tau berfungsi ke tak sesungut tu.

"Aa~"

"JEON JUNGKOOK!!"

Okay belum sempat aku nak cakap and then muncullah makhluk yang tak jemu sebut nama aku. Siapa lagi. Jimin lah.

"Jungkook~~" Jimin menyebut lagi bersama alunan melodi yang tak berapa baik. Kedengaran kesedihan dan kemerajukan. (Jangan guna dalam spm noh).

"Awak nii kenapa?" Aku bertanya.

"Namjoon kata awak tak suka saya! Saya marah and nak bertukar ultraman pastu tak jadi sebab dia cakap you got no jams! Dia fire sya dulu! Jungkook! Jimin sedih. Jimin merajuk!" ceritanya dengan muka ala-ala kesedihan melampau.

Aku? Aku rasa muka aku tengah mempamerkan muka dungu sekarang.

"Aish tak swaglah beb. Takkan nak nangis depan yeoja. Memang you got nn.." belum sempat Yoongi menghabiskan ayatnya, Jimin bangun lalu meletakkan jari di bibir Yoongi. (Oww YoonMin.)

"Shh. Tak baik tak baik. Tak baik cakap macam tu. Mak tak ajar. Shh." Jimin mengeleng-geleng.

"Yah." Pantas Yoongi menepis tangan Jimin.

"Memang mak tak ajar. Namjoon ajar." Jari telunjuk Yoongi menghala lelaki yang sedang berdiri dan kelihatan buat-buat dungu, Namjoon.

"Nam.. Joon!!" Jimin menekup mukanya. Haiyaa. Ada potensi menjadi pondan.

"Aigoo. Yah Jungkook. Awak tolong pujuk dialah. Mencemarkan telinga saya." Namjoon bersuara.

Aku blur sekejap. Lalu aku pandang wajah Jimin.

"Jimin ah. Janganlah sedih. Saya suka je awak. Tak payah risau." Okay ayat tu pun dah berat aku nak luahkan. Dan mata aku menyapa wajah Jimin yang beransur-ansur ceria seperti ada pelangi diatas kepala.

"Jinjja?! Jj.. jjungkk.. jungkook~" Jimin membuat muka terharu.

" Taehyung! Kau pegang aku cepat. Pegang aku. Sebelum aku peluk Jungkook!" Jerit Jimin sambil menghayun hayunkan tangannya kepada Taehyung.

Apakah?

dan bukan Taehyung sahaja yang memegang Jimin, Yoongi dan Namjoon juga tidak melepaskan peluang menghalang Jimin.

"Mana Hoseok?" Aku terus tukar topik malas nak layan perangai gila-gila Jimin.

"Oh hoseok? Dia pergi bilik rawatan. Katanya sakit perut." Taehyung menjawab persoalan aku.

"Oh begitu."

"Awak risau ke?" Tanya Seokjin.

"Mestilah saya risaukan chingu saya."

"Oppa!" Tiba-tiba...

"Sudah muncul makhluk ituu~ mahu lari~" Yoongi bersuara lalu melangkah menuju ke mejanya dan boom. Zzzz.

"Seokjin oppa! Jom temankan Joo beli aiskrim balik nanti?" Kata Guk Joo dengan muka gediknya.

"Aei! Kau ni umur berapa?" Namjoon melenting. Meluat dengan gaya Guk Joo yang terlampau gilakan Seokjin.

"Saya cakap dengan namjoon oppa ke?" Guk Joo memandang sinis wajah Namjoon.

"Eii kau tak payah nak beroppa dengan aku. Kau tu boleh label sebagai nenek aku kau tau tak." Namjoon membidas.

"Seokjin oppa! Tengok Namjoon ni."
Adu Guk Joo.

Adui. Menyampah.

"Saya dah tak larat nak tengok dia." Jawab Seokjin malas.

"Oh kalau macam tu tengoklah Guk Joo selalu." Katanya sambil memintal rambut.

"Err lebih baik saya teruskan tengok Namjoon. Tak mencemarkan mata." Kata Seokjin lalu memandang Namjoon dan mereka saling membalas aegyo.

"Apa maksud opp.. huh? ni siapa oppa? Kenapa dia duduk sebelah oppa? Kenapa yeoja oppa?" Gukjoo memandang aku. Aku pandang dia.

Memang dia tak perasan aku. Sebab dia dari kelas kedua.

"Oh. Bakal wife oppa."

Okay ni bukan terkejut beruk malah babun atau kingkong dan yang sekutu dengannya. Hyung~

"Mwo?! Sampai hati oppa!!" Jerit Gukjoo.

"Laa sampai dah ke dia? Jemputlah dia masuk." Seloroh Namjoon membuatkan Gukjoo memandang sinis lalu berlari keluar.

"Eii. Kau tak rimas ke?" Tanya Namjoon. Kelihatan Jimin dan Taehyung sudah berlawan aegyo. Ermm.

"Opkos laa wei." Kata Seokjin.

Aku hanya boleh mempamerkan senyuman. Haha.

School Mission. [학교 미션]Where stories live. Discover now