Chapter 37

5.2K 739 12
                                    

Aku bangun dan bersandar pada tiang katil. Malam itu tiba tiba aku susah nak tidur. Seokjin pulak masih belum bangun sejak siang tadi. Woozi sudah balik ke rumah.

Kepala aku ligat memikirkan nasib aku. Hasrat aku nak tengok ilhoon dihukum akan tercapai ke tak hah? Aku nak dia kena hukuman setimpal ke atasnya. Baru dia tahu.

Yein. Macam manalah dia sekarang? Aku tak tahu pun pasal dia lepas kejadian dekat kilang tu. Harap dia okay.

Lagi satu. Punya lama aku tak jumpa budak budak mengarut sepanjang masa iaitu Yoongi, Jimin, Taehyung, Hoseok, dan Namjoon. Apa khabar diorang?

Tengah aku syok mengelamun, seorang nurse masuk. Aku hanya pandang tak berkelip dan nurse itu tersenyum.

"Jungkook. Kenapa tak tidur lagi? Kamu kena banyak rehat sebab badan kamu kan baru terima darah baru. Tak boleh gerak banyak."

Ayat nurse tu buat aku pelik sikit. Apa maksud dia darah baru? Ada orang derma darah kat aku ke?

"Darah baru?" Aku menyoal.

"Ya darah baru. Adik kamu yang dermakan. Sanggup dia derma walaupun masa pam darah tu menangis meraung semua ada." Nurse tu tergelak kecil mungkin terimbas kembali kejadian tu.

"Adik? Nama apa?"

"Woozi tak silap. Ha yelah Woozi." Kata nurse tu sebelum keluar selepas usai buat sesuatu di mesin sebelah aku. Entah aku tak tahu.

"Woozi, woozi. Patutlah kau asyik cakap kau sayang aku. Haih nanti aku sayang kau balik." Aku pasti kalau aku tuturkan ayat akhir tu Woozi akan menangis.

"Jungkook ah?"

Aku berpaling. Eh Seokjin bangun? Aku tengok dia sudah bangun dan turut bersandar di tiang katil.

"Hyung.."

"Jungkook tak apa apa?" Seokjin bertanya.

"Tak apa. Jungkook okay." Hakikatnya nak aku pergi lempang si Seokjin tu ada ke pulak pergi tanya ok ke tak. Habis tu yang tangan, kepala, kaki aku yang berbalut ni?

"Hyung mintak maaf." Seokjin menunduk.

"Uhm? Waeyo?" Aku menyoal.

"Sebab appa hyung dah bunuh orang tersayang Jungkook."Suara Seokjin kedengaran lemah.

"Appa hyung yang buat. Bukan hyung." Aku tersengih.

"Tapi hyung tetap rasa bersalah."

Karang aku buat kau kena pindah ICU pulak nanti. Bukan salah kau la!

"Hmm hyung! Apa pendapat hyung tengok Jungkook versi lelaki ni?" Aku mengendahkan kata2 dia tadi.

"Comel macam dulu." Seokjin tersengih.

"Hyung suka Jungkook lelaki ke, Jungkook perempuan?" Aku mengangkat kening.

"Versi perempuan." Jawab Seokjin selamba.

"Haha, nanti kan hyung, apalah budak berlima tu cakap kalau dah nampak Jungkook yang sebenar."

"Gilalah diorang lagi lagi.."

"JIMIN!" kami menjerit serentak. Dan kami ketawa apabila terbayangkan apa akan jadi pada Jimin nanti.

School Mission. [학교 미션]Where stories live. Discover now