Aku mengemas barang barang dan mengisinya ke dalam beg. Seokjin pun buat benda yang sama. Hari ini merupakam hari bahagia untuk aku. Iaitu hari keluarnya aku dari hospital.
Woozi menolong apa yang patut. Aku bersyukur betul sebab omma dan appa aku dulu ambik dia sebagai anak angkat. Yelah dia dah tak ada omma appa. Tinggal dengan nenek yang tak berapa nak kuat untuk jaga dia.
"Annyeong."
Semua mata memandang pintu. Yein masuk dengan muka cemberutnya. Yein masih lengkap dengan baju hospital.
"Apesal ni Yein?" Seokjin mengusap kepala adiknya itu. Uish hyung, aku nak jugak ~
"Yelah kan oppa dengan Jungkook dah nak keluar hospital. Yein tak boleh lagi." Yein memuncungkan mulut.
Comel je.
Yein jangan sampai aku buat surat untuk kau macam Jungkook 7 tahun. Nanti aku tulis surat sebagai Jungkook 17 tahun, terkejut kau.
"Padan muka kau. Aku dah nak balik." Aku tersenyum. Menambahkan kecemburuan Yein.
"Kisah apa aku. Kau tak ada pun, surat surat kau ada. Boleh aku teringatkan kau." Yein tersengih.
Terus aku diam. Ei bab surat tu sungguh aku pun nak sondol perut aku sendiri dengan penyodok tanah. Apehal aku boleh sangkut dengan Yein ni dulu?
"Telinga dia merah balik lah." Woozi menegur. Aku pun buat tak endah dan menyambung mengemas barang dan katil.
"Alahai Jungkook ah. Kalau nak jadi adik ipar hyung, boleh je. Lagi hyung suka." Seokjin mengusik. Menambahkan kemerahan pipi aku yang comel.
"Ei, Jungkook dengan Yein?" Aku membuat muka geli.
"Eh eh Jungkook. Kau tak nak, biar bagi aku je jadi adik ipar hyung. Menyesal kau nanti." Woozi aku pandang dengan pandangan -ambik-lah-kalau-berani.
Eh eh aku suka Yein ke.
"Haha. Kalau nak Yein. Hantarlah cincin dengan hadiah lamaran cepat cepat." Seokjin masih mahu mengusik aku.
"Hadiah apa? Haa aku tahu nak bagi kau hadiah apa Yein. Aku bagi special untuk kau. Kau boleh gunakan tiap tiap hari." Aku tersengih jahat.
"Apa dia?" Yein menyoal.
"Penyapu. Kau kan suka penyapu. Pagi pagi kau buat date dengan dia. Kau keluar kelas pun kau bawak dia sekali." Aku tergelak lepas tu.
"Eii kau ni lah. Tak romantik langsung!" Bentak Yein. Seokjin dan Woozi hanya tersengih.
"Habis kau nak aku romantik dengan kau ke? Nanti penyapu kau marah aku pulak." Dan bantal pun melekat kat muka aku.
Aku hanya tersengih dan membaling semula bantal yang dibaling Yein kearah katil Seokjin.
"Aduiyai. Korang janganlah gaduh gaduh. Nanti kahwin jugak karang." Woozi bersuara.
"Eii tak!" Aku dan Yein menjerit serentak.
"Haha kau ni lah.." kata kata Woozi berhenti apabila seseorang membuka pintu bilik.
"Uh?" Aku terpempan melihat Ilhoon yang diiringi tiga orang polis. Muka ilhoon tampak sedih.
"Jungkook ah.." nama aku dipanggil. Aku hanya memandang kosong wajah ilhoon.
Woozi sudah kebelakang. Seokjin dan Yein sudah bangun menghadap appa mereka.
"Saya mintak maaf Jungkook ah. Saya bersalah. Sungguh saya mintak maaf. Tapi.. tapi saya tahu Jungkook tak akan maafkan saya. Ni.. ni Jungkook. Ambillah ni." Ilhoon menghulurkan sebuah kotak sederhana besar dan sepucuk surat.
"Hak Jungkook."
Aku membuka kotak tu dan sebuah rantai menyapa pandangan aku. Spontan aku menangis. Rantai omma.
"Tu surat pemindahan harta. Semua harta appa Jungkook, saya serahkan balik. Saya mintak maaf Jungkook." Ilhoon turut menangis.
"Appa.." Seokjin merapati ilhoon. Yein hanya kaku di tempat tadi. Mata mereka pun dah mula merah.
"Appa mintak maaf Seokjin, Yein.. appa salah selama ni. Maafkan appa. Lepas ni kita tak jumpa dah. Appa akan dapat hukuman atas apa yang appa dah buat. Appa nak Seokjin jaga Yein baik baik. Appa nak anak anak appa bahagia. Jangan jadi macam appa tau. Yein.. mari sini, nak." Ilhoon bersuara namun tersekat sekat kerana menangis.
Yein merapati ilhoon dengan teragak agak. Ilhoon pun memeluk mereka dengam tangisan yang semakin menggila. Aku hanya tengok. Ilhoon mencium dahi Seokjin dan Yein sebelum melepaskan pelukan.
"Jungkook.. mari sini kejap." Ilhoon memanggil aku perlahan.
Aku tak banyak cakap. Aku terus merapati ilhoon dan aku dipeluknya pula. Dengan perlahan aku membalas pelukan ilhoon.
"Saya mintak maaf sekali lagi Jungkook. Saya mintak maaf." Bahu aku diusap usap.
"Ne." Aku menjawab pendek dan pelukan dilepaskan.
"Bye Seokjin.. Yein. Jungkook, Woozi. Maafkan saya." Ilhoon terus ditarik keluar dengan perlahan oleh dua orang polis tadi. Yang seorang lagi sempat ditahan Seokjin.
"Appa saya dijatuhkan hukuman apa?" Seokjin bertanya.
"Hukuman gantung sampai mati dengan kes membunuh dan cubaan membunuh." Habis je cakap, polis tersebut keluar.
Aku hanya mampu memandang Seokjin yang makin menangis dan memeluk Yein yang bertambah sebak.
Ilhoon.. akhirnya kau terima balasan kau.
"Woozi kau meh sini. Aku sondol kau karang. Kau meh sini cepat." Aku panggil Woozi dan sebaik sahaja budak tu rapat ke arah aku, aku pun peluk dia erat erat. Haa nah ambik.
~
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...