Telefon aku berdering gedik minta diangkat. Nama yang tertera membuatkan aku sedikit pelik.
Yoongi.
"Yeoboseyo?"
Terdengar suara Yoongi dihujung talian setelah aku menjawab panggilan dia.
"Ne Yoongi. Waeyo?" Aku bertanya. Dah kenapa budak putih ni call aku malam malam?
"Kita jumpa sekejap?" Pinta Yoongi.
"Tapi saya.."
"Please." Yoongi merayu.
"Yelah." Nak tak nak aku ikut je lah. Sebenarnya nanti Woozi nak suruh teman dia tengok cerita hantu yang baru dia beli. Em lantaklah budak sorang tu.
"Taman biasa." Panggilan diputuskan.
Aku dengar macam ada yang serius. Ke kes macam Taehyung akan berulang pulak? Woah nak aku bawak plastik tak? Eh tak payahlah plastik tu untuk stok kalau dengar Jimin bercakap.
Aku bersiap. Rambut palsu aku pakai rapi dan diikat satu. Aku memakai baju tshirt yang agak besar berwarna pink lembut. Bhahaah.
Baru namanya perempuan.
Habis je bersiap, aku terus keluar dan menuju ke taman yang dimaksudkan Yoongi.
Dari jauh aku sudah nampak kelibat Yoongi yang sedang bermain buaian. Awalnya sampai. Entah entah masa dia telefon aku dia dah kat situ.
"Yoongi." Aku menyapa.
"Oh Jungkook." Dia berdiri. Menghadap aku.
Yoongi agak pendek dari aku. Aku biasa je cuma dia jelah yang nampak kekok tiba tiba.
"Kenapa ajak jumpa ni?" Aku terus bertanya.
"Uhm saya bosan duduk kat rumah."
"Oh kenapa tak ajak yang lain je keluar?" Aku tanya lagi. And aku tengok muka Yoongi sudah berona merah.
Eh apesalnya ni.
"Jungkook ah.."
"Em?" Aku pandang je mata dia. Tanda tanda nak jadi macam kes Taehyung makin terasa.
"Jungkook ah.."
"Cakap je lah!" Aku sengaja membentak dan..
"Woi aku cintakan kau!"
Heh? Mwoya~ kan dah kata. Aku tengok Yoongi kelihatan terkejut.
"Kenapa buat macm tu?! Dah tak romantik!" Bentak Yoongi.
"Yoongi ah."
"Saya tak rasa yang sama. Mianhae." Aku nak terus berpaling namun tangan aku tiba tiba direntap.
"Jungkook ah! Wae?" Yoongi bertanya.
"Saya tak bersedia nak bercinta."
Tuh ayat! Aku sendiri nak muntah dengar apa yang aku cakap.
"Tap.. tapi."
"Dah lah Yoongi. Banyak lagi gadis kat luar sana. Saya bukan yang terbaik." Aku memujuk.
"Tapi awaklah gadis pertama yang curi hati saya!" Yoongi menjerit. Terkejut beruk aku dibuatnya.
"Yoongi ah.."
"Jungkook! Tolonglah hargai perasaan saya ni!"
Haish budak putih ni. Aku rentap tangan aku balik dan terus berlari. Meninggalkan Yoongi dan menuju ke rumah kerana bimbang Woozi akan buka cerita hantu tu dulu!
~
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...