Aku bukak televisyen. Tapi benda tu yang tengok aku sekarang ni. Aku tiba tiba tak rasa nak tengok tv. Jadi aku termenung macam biasa sambil fikir masalah yang ada.
Aku terfikir dua kali. Betul ke tindakan aku nak berhenti menyamar? Kalau aku nak berhenti, aku sepatutnya tukar nama dari dulu lagi.
So, kalau aku berhenti, aku nak gunakan nama Jungkook lagi. Nanti orang pelik plus syak wasangka yang aku ni menyamar.
Apa yang patut aku buat?
Aku patut berhenti ke atau teruskan je penyamaran tu?
Jebon tu sahaja kan yang tau aku ni lelaki kat dalam sekolah tu? And then aku kan dah bagi warning kat dia?
So apa masalahnya? Baik aku menyamar terus jadi perempuan. Walaupun aku rimas.
Haa! Betul! Aku lupa gila. Okay okay satu hal ni penting! Aku lupa yang anak kandung dan anak angkat jebon tu ada kat sekolah yang sama! Ya. Aku patut terus jadi perempuan untuk elak budak dua orang tu tahu.
Hmm asalnya aku nak cadang buat surat berhenti sekolah. Lepas tu dah lama tu aku nak masuk semula tapi sebagai imej lelaki.
Hmm nampaknya tak jadilah. Aku baru teringat dia ada anak dekat sekolah tu. Nanti susah aku nak hapuskan adik appa kalau awal lagi diorang dah tahu identiti aku.
Oklah aku akan mintak tolong Seokjin hyung uruskan masalah ni. Dia mesti tolong sebab dia hyung aku atau dia anggap dia tu oppa aku.
"Telefon je lah." Aku mengambil telefon lalu mencari nombor si mamat handsome.
"Tak ada. Oh yela aku cuma ada nombor Yoongi." Aku mengeluh dengan anak mata memandang angka nombor Yoongi.
Hmm satu satunya yang aku ada nombor telefon daripada budak berenam tu. Aku dapat pun masa malam diorang ajak keluar makan burger tu.
Masa Yoongi mintak nak ke satu tempat mana entah, dia tertinggal telefon dekat jaket yang dia bagi aku tutup badan tu.
Aku saja check. Pastu terdetik nak curi nombor telefon dia. Hmm aku harap dia tak salah sangka aku suka dia waktu aku telefon untuk mintak tolong baiki paip tu.
"Nak telefon ke tak nak?" Ibu jari aku sudah bergerak ke atas ke bawah dekat atas skrin.
"Call je lah." Aku terus tekan tanda hijau. Tapi dalam sekelip mata..
"Jungkook!"
Terus aku tekan tanda merah. Mengamati suara yang kedengaran seperti sedang diculik.
"Itu suara.."
Tanpa lengah aku terus buka pintu rumah selepas memakai rambut palsu.
"Eh?"
"Jungkook! Betul awak nak berhenti?!" Yoongi menggoncang goncang bahu aku yang tak bersalah apa pun pada dia.
Aku diam. Memandang wajah Seokjin, Jimin, Hoseok, Namjoon, Taehyung silih berganti.
"Korang meh lah masuk dulu. Saya ada benda sikit nak cakap." Aku terus membuka pintu luas luas menjemput mereka masuk.
"Duduklah."
Semua duduk.
Diam.
Diam.
Lepas tu,
Diam lagi.
Diam sekejap..
"Jungkook, awak nak cakap apa?" Taehyung memecakhkan suasana.
"Oh. Uhm. Saya dah tukar fikiran. Saya tak jadi berhent.."
"Yeay! Akhirnya!" Jimin menjerit memotong percakapan aku.
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...