Jungkook's POV.
Akhirnya hari ini hari persekolahan setelah dua hari bercuti. Aku sudah mula geli apabila terbayangkan wajah2 enam lelaki itu nanti.
Lagi lagi.. Yoongi.
Hmm. Aku patut buat malu2 ke? Atau buat macam tak ada apa yang berlaku? Atau cuba2 jarakkan diri pada dia? Atau buat macam biasa?
"ish. Zuriat. Aku eii tak boleh blah." Aku tersengih sendiri.
Tiba-tiba bahuku dilanggar seseorang menyebabkan span bra didalam baju aku bergerak dan aku rasa benda alah itu senget ke tepi.
Tanpa menghiraukan sekeliling, aku cepat membetulkannya sambil batuk2. Jadi orang akan ingat aku batuk sampai sakit2 dada.
"Yah Jeon Jungkook." Oh? Baru aku perasan yang ada 3 org pelajar perempuan sedang berdiri sambil buat lagak model.
Aku buat-buat dungu.
"Jeon.. Jungkook.. Hmm. Aku nak bagi peringatan sikit. Kalau kau tak ikut apa yang aku cakap. Nahas." Dengan muka yang dizalimkan, perempuan itu bergerak perlahan menghadapi aku.
"Mwo?" Aku bertanya. Lepas tu buat2 dungu lagi.
"Aku nak kau jangan rampas Seokjin aku. Kau tak berhak. Seokjin aku punya." Habis sahaja dia bercakap, aku tergelak terkekeh.
Pftt. Siapa aku nak Seokjin woi.
"Apasal kau gelak. Kau tak takut ke aku cakap ni?!" Gadis itu menjerit selepas melihat reaksi aku tadi.
"Takut? Eii takutnya kita. Kita nak lari lah. Takut~" aku sengaja membuat riak takut lepas tu buat muka dungu semula.
"Aku tak hingin lah Seokjin kau tu." And then aku blah. Tak kuasa aku nak bertengkar mulut dengan yeoja tu. Eii tak kuasa you know.
"Yah Jeon Jungkook!!"
Walaupun aku dengar yeoja tu duk menjerit panggil aku, aku tetap jalan dengan muka yang happy. Haha aku tahu dia tertekan sbb aku macam tak kisah dia tu macam mana. Lantak kau lah. Kau gangster sekolah ke, suka buli org yang suka Seokjin ke, lantak.
Aku mahu terus ke kelas. Sebaik sahaja aku membelok di satu selekoh ni, aku terlanggar seseorang menyebabkan buku yang dipegang org itu terjatuh di kaki aku.
Aku mencapainya dan ingin memukangkannya semula.
"Mianhaeyo. Say.." Terus percakapan aku terhenti.
Lelaki tu.
"Je.. je.. Jebon."
"Ne?" Lelaki itu membuat muka pelik.
Eh?! Aku terus tekup mulut. Apa yang aku cakap ni?! Aku tak sedar!
"Mianhaeyo, saya tak tengok depan waktu jalan. Joseongeyo." Aku tunduk 90° darjah.
Jebon tu! Adik appa aku!
"oh tak mengapa. Kamu boleh balik kelas."
Dengan pantas aku bergerak ke kelas. Langsung tak pandang belakang. Serta merta hati aku terasa panas membahang apabila mengenangkan wajah tidak bersalah adik appa tadi.
"Long time not see.. " Aku tersengih jahat.
Tunggulah wahai jebon tak guna. Aku akan pastikan yang hidup kau merana. Atau aku akan naikkan pangkat kau tak lama lagi. Iaitu pangkat mendiang.
Muahahahahaha.!!
"Jungkook~."
Seperti biasa, waktu aku gelak jahat, mesti ada yang mengacau. Eii. Wajah Jimin aku pandang tanda tidak puas hati.
"Omo. Omo. Jungkook marah." Aku lihat lelaki itu tiba-tiba menjarakkan sikit dari aku.
"Mana yang lain ?" Aku bertanya.
"Dekat kelas. Saya pergi tandas tadi. Jom jalan sama-sama."
Tanpa dipersetujui, Jimin berjalan beriringan aku sambil tersenyum-senyum.
Hmm akulah. Budak pendek nii memang nak kena. Aku lebih selesa jalan sebelah Namjoon sebab dia tinggi melangit dan boleh menjelaskan aura keperempuanan aku
Yelah. Aku ni tinggi. 178 cm. Aku rasa ramai perempuan yang susah nak capai tinggi macam ni. So aku rasa mesti ada sesetengah yang pelik kalau aku tinggi dari perempuan normal yang lain.
Hmm tapi nak pelik sangat kenapa kan?
"wuuu~ awek cun sudah mari~"
Hampir gugur organ-organ aku apabila terdengar ayat itu. Gelilah.
"Perkenalkan. My Girlfriend." Dengan selambanya Jimin membuat pengumuman.
Aku cepat-cepat duduk di tempat aku.
"Blah la kau." Tanpa disangka, kertas, pensil dan yang sekutu dengannya dibaling ke arah Jimin.
"Yah! Yah! Aku main-main je. Aku bertukar jadi ultraman karang!" Jimin sudah siap sedia membuat gaya ultraman yang hendak meng'fire' musuhnya.
"Aku boleh bertukar jadi ironman!" Hoseok tidak mahu ketinggalan. Dia nak mengarut juga.
"Aku.. sailormoon~" Namjoon pula sudah membuat lagak pari-pari dan mengundang tawa satu kelas
"Aku nak jadi teletubies!" Aku tergelak dengan apa yang dicakapkan oleh Taehyung itu. Apa benda wei, teletubies?
"Yoongi? Kau nak jadi apa?" Jimin bertanya.
"Swag~...zzzz" habis saja berswag. Terus tertidur dengan bergayanya. Aduiyai.
"Dah dah mengarut je tahu. Bukan nak baca buku ke apa. Duduk diam-diam." Seokjin bersuara menyebabkan yang lain mengeluh.
"Ala. Bukan senang nak main-main." Jimin bersuara.
Aku dari tadi dengan muka dungu aku. Melihatkan mereka berbalahan secara manja-manja.
Aku serba sedikit berasa gembira.
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanficJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...