Aku pandang Woozi yang tengah menyiapkan sarapan aku. Entah apa yang digaulkan dalam bubur tu pun aku tak tau. Wajah Woozi kelihatan happy.
"Woozi ah. Kau derma darah kat aku ke?" Woozi yang mendengar aku menyoal terus berpusing menghadap aku.
"Alaa takkan doktor dah bagitahu kau? Aku baru nak rahsiakan." Woozi mengeluh. Haih comel betul.
"Tak apalah. Aku nak cakap terima kasih kat kau. Kalau kau tak ada, aku pun mesti dah--"
"Tak payah mengarut. Nah makan. Ke nak aku suap? Boleh lah ea aku suap kau? Aku teringin lah." Woozi memotong.
"Erk.."
"Makan je lah Woozi nak suap tu. Hyung makan sendiri je ni hah." Seokjin bersuara lalu menyuap satu sudu bubur dalam mulut.
"Entah. Aku suap kau eh? Aku sayang kau ni Jungkook. Bolehlah." Woozi sudah membuat muka arnab.
"Haih yelah. Aaa." Aku menganga menunggu Woozi menyuap aku.
"Jajjan~"
Dan bermulalah sesi suap menyuap. Aku terasa macam budak kecik tapi Woozi ni terlampau happy pulak.
"Kau kena bagi makan habih tau. Baru badan kau kuat balik. Kau kan kena sihat sebab nanti omma ngan appa mesti sedih kau lemah macam ni. Nanti aku masakkan something untuk kau. Kau bertambah kuat nanti eh." Macam mulut seorang omma, Woozi membebel.
Seokjin hanya tersenyum. Tiba tiba dia menyuruh Woozi membuka televisyen. Untung aku dapat wad untuk dua pesakit ni.
Bukak je tv, berita semasa disiarkan.
"Layan je lah berita ni. Dah lama tak ambik tahu hal dunia." Seokjin bersuara. Aku dan Woozi bersetuju.
"Kau nak ayam ni sekali tak?" Tanya Woozi dan dia bermain main dengan isi ayam yang sudah dicarikkan dengan sudu.
"Boleh jugak."
Sesi suap menyuap masih diteruskan. Alahai nikmatnya hidup ada orang yang take care aku ni.
"Pengetua Sekolah yang terlibat dalam kes bunuh di Busan 3 tahun yang lalu berjaya dikesan dan dibawa ke mahkamah hari ini. Suspek dipercayai melarikan diri ke Jeju selepas dirinya dikesan 3 hari sebelumnya. Suspek juga..--"
Semua mata bulat tengok skrin. Wajah Ilhoon terpampang luas di kaca tv. Aku syukur sebab orang tak guna tu sudah ditangkap.
"Huh?" Aku memasang telinga lebih tajam.
".. suspek juga dipercayai menculik anak angkatnya sendiri sebelum menghumban ke gaung bersama kereta yang dinaiki. Namun, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di kepala, tangan dan badan. Beberapa saksi yang terlihat kejadian itu membuat laporan dan menghantar mangsa ke hospital berdekatan."
"Yein!" Ketiga tiga kami menjerit serentak. Aku lagi terkejut sebab tak sangka Yein dapat nasib yang sama dengan aku.
"Hyung nak cari Yein." Seokjin sudah turun dari katil namun sempat dihalang Woozi.
"Hyung jangan macam ni hyung. Kita tak tahu kat mana hospital dia kena hantar. Hyung jangan risau. Saya akan cari and kita melawat dia nanti sama sama." Woozi memaksa Seokjin yang kelihatan gelisah baring di katil semula.
"Yein ah.." Aku mengeluh. Kesiannya Yein. Sanggup jebon tak guna tu buat macam tu. Setakat humban kat gaung pun boleh selamat lagi lah. Jebon tu memang bodoh ke atau terbodoh secara tak sengaja hah?
~
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...