Author POV
"Maafkan saya makcik Ann. Saya dah datang dengan bekalan makanan" kata seorang lelaki yang tiba dengan motornya. Dia berjalan ke arah Evelyn dan wanita tua itu.
"Baguslah kamu sudah datang dengan selamat, Amin. Makcik dah mula risau yang kamu datang lewat hari ni" balas wanita tua itu sambil tersenyum.
Mata Evelyn melirik ke arah Amin dan sedar bahawa dia akhirnya menjumpai calon pertama yang ingin dia rekrut.
"Ah kejap ya, awak ni Amin...Amin Zuhairi kan?" Evelyn pantas bertanya.
"Ya saya...bukan selalu orang luar panggil saya Amin...just guna nickname orang luar bagi" respon Amin yang berasa curiga dengan kehadiran Evelyn.
"O-oh sebenarnya saya memang datang nak jumpa dengan awak, Amin...ada sesuatu saya ingin beritahu" Evelyn berkata lagi.
"Beritahu? Beritahulah cepat...saya sibuk ni"Kata Amin sambil mengangkat kotak dari motornya.
"Okay macam ni...saya Evelyn dan saya daripada agensi bernama Bureau of Justitia. Saya ialah salah seorang penyelaras di sana dan saya nak rekrut awak untuk pasukan baru agensi kami" Jelas Evelyn dengan satu per satu.
"Hurm pasukan? Maaflah, saya tak berminat...saya lebih gerak sendiri. I'm the leader of myself" balas Amin dengan mudah.
"Tapi Amin...awak belum tahu sepenuhnya pasal pasukan ni dan kemahiran yang awak ada memang akan menyumbang banyak kepada pasukan" Kata Evelyn.
"Saya rasa saya tak perlu ulang apa saya kata tadi. Saya, tidak, berminat. Lagi pun saya sudah ada kerja disini, tolong penduduk-penduduk di sini" Tegas Amin.
"Ya saya tahu tu...awaklah The Modern Robin Hood...saya tahu semua aktiviti awak daripada profil" Kata Evelyn yang menarik perhatian Amin.
"Profil? Awak stalk saya ke? Oh atau so call agensi awak tu yang buat kerja stalking tu?" Tanya Amin.
"Y-yeah daripada agensi...kami memang akan mencari beberapa orang yang talented untuk dipilih untuk masuk ke agensi kami" Terang Evelyn.
"Dan saya nak tanya...how you buat semua ni? I mean, mencuri seorang diri? Tak bahaya ke?" Tanya Evelyn.
"What? Kau still tak percaya aku yang curi semua barang ni seorang diri? Faces can be deceving okay?" Balas Amin dengan nada annoyed.
"Haih yelah-yelah I believe you then. But tolonglah cuba consider pasal offer tadi. Kami sekarang memang perlukan pertolongan kau" Evelyn berkata namun Amin hanya berdiam diri sahaja.
"Kau balik jelah dulu, dah lewat dah ni...aku mungkin akan fikirkan...atau tak" Amin berkata dan menyambung kerjannya.
Evelyn yang mendengar respon Amin itu hanya mampu mengangguk kepalanya dan pulang ke tempat penginapannya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amin POV
Setelah aku angkat semua kotak, aku pergi berjumpa dengan makcik Ann. "Makcik...saya dah selesai angkat semua barang...ada apa-apa ke yang penduduk lain perlukan?" Aku bertanya.
"Ini lebih daripada cukup, Amin. Kami tak tahu bagaimana mahu membalas jasa kamu ni." Makcik Ann berterima kasih. Sejujurnya, tidak perlu pun...aku just suka apa aku dah buat untuk mereka.
"Takde apa sangatlah acik...memang Amin pun dah lama buat so macam ini dah biasa je. Jangan risau, asalkan makcik dengan penduduk yang lain cukup bekalan sehinggalah kita dapat keluarkan kawasan ni daripada mimpi buruk ni" kataku sambil tersenyum.
"Sebenarnya makcik nak tanya pasal gadis yang datang ke sini tadi, kamu kenal ke dia?" tanya Makcik Ann.
"Evelyn tadi tu? Hurm sebenarnya Amin pun tak kenal dia but somehow dia kenal Amin sebab dia daripada sebuah agensi...katanya perlukan Amin untuk join pasukan dia...tak tahulah pasukan apa but entahlah."terangku.
"Pasukan ya? Hurm tak tahulah tapi naluri makcik mengatakan yang si Evelyn ni baik orangnya, sudah pasti agensi dia datang tu baik...mana tahu agensi rahsia ke" Kata Makcik Ann sambil ketawa.
"Haih gitu pulak acik ni...tu dah macam cerita fiction dah ni. Tapi entahlah, mungkin Amin akan fikir-fikirkan dulu tapi...Amin nak settlekan geng samseng tu dulu daripada sini" Kataku. Itulah tujuan aku ke sini, aku nak halau geng samseng yang acah berkuasa penuh kat sini.
"Haih acik tahu kamu mahu menolong tapi mungkin ini arah tuju baru kamu? Agensi Evelyn mungkin boleh tolong dengan situasi kamu tu" Makcik Ann tambah.
Situasi aku? Ya, aku mungkin sedang menolong orang tapi aku pun ada masalah sendiri juga. Semua aktiviti aku, sudah pasti ada rekod jenayah dalam sistem. Satu rekod jenayah pun sudah cukup menghalang impian aku daripada menjadi kenyataan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Evelyn POV
"So, kau bagitahu aku sekarang yang ada kawasan perumahan tersorok yang ada geng samseng jaga?" Rakan sekerja aku, Mira terkejut apabila mendengar kisah aku harini.
"Yep dan aku pun dah jumpa si Amin Zuhairi tu...rupanya dia tu mencuri untuk tolong penduduk-penduduk kat sana" tambahku lagi.
"dan si Amin kata dia nak consider dulu pasal offer joining the team...haih parah gini" keluhku
"Ish tak boleh cepat mengalah Eve! Kau kena pujuk juga si Amin tu" Kata Mira.
"Ye...sebab tu aku cuba lagi esok sampai dapat. Tapi somehow ada benda yang halang si Amin tu daripada setuju. Aku rasa mesti ada kaitan dengan kawasan perumahan dengan geng samseng." Kataku.
"Hurm macam tu rupanya. Mungkin kau kena dig in lagi pasal Amin ni...mungkin pasal keluarga atau cita-cita dia ke?" Cadang Mira.
"Haah ea...kau ni nampak je angau je melebih tapi function juga" usikku lalu ketawa.
"Ish kau ni menyempat lagi...biarlah and goodluck pujuk si Amin Zuhairi" kata Mira dan kami pun menamatkan panggilan video.
Cuba siasat pasal Amin dengan lebih mendalam? Boleh juga untuk tahu punca tu. Tapi aku rasa aku perlu bantuan agensi untuk isu geng samseng tu since dia pun antara sebab Amin taknak setuju dengan offer.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung...
YOU ARE READING
Mission: Code 3011
FanfictionSatu misi khas dan bahaya, tujuh individu telah dicalonkan untuk direkrut dan membentuk satu pasukan elit. Sejarah lama mengenai mereka telah menjadi penentu pemilihan calon untuk misi khas tersebut. Misi sulit yang diberi nama Code 3011 Mission. Mi...