♠️Chapter 3♠️

38 5 0
                                    

Author POV

Keesokkan harinya, Evelyn pergi ke kawasan perumahan tersorok itu semula untuk berjumpa dengan Amin semula. Namun begitu, sebaik sahaja dia tiba, dia terlihat Amin dengan beberapa orang sepertinya terlibat dengan geng samseng.

"Tch! Kau lagi budak! Berani ea kau datang ke sini" kata ketua geng samseng kepada Amin.

Amin yang sedang memegang kayu basebal itu hanya tersenyum miring. "Ohh kau rupanya yang buat onar kat sini ea? Kau yang buat hidup penduduk-penduduk kat sini merana!" Marah Amin.#

"Heh ini memang kawasan aku dan sesiapa je yang duduk disini haruslah jadi hamba-hamba abdi aku...ini tanah aku!" Balas si ketua geng samseng itu lagi.

"Maaflah tapi setahu saya, ini tanah kerajaan, bukan tanah hak milik sendiri" Evelyn mencelah dan berdiri di sebelah Amin.

"Kau ni siapa pula!? Menyibuk saja! Kau bawa geng kau ea budak!" Marah ketua geng samseng itu.

"Apa yang kau buat kat sini? Bahaya lah" Bisik Amin kepada Evelyn.

"Aku datang sini nak tolong kaulah, apa lagi" Balas Evelyn.

"Aku tak perlukan pertolongan kaulah. Aku boleh buat seorang, selama ni pun aku yang kerjakan geng tu" kata Amin dengan nada menahan marah.

Sebelum mereka sedar, konco-konco geng samseng tersebut telah menyerang hendap kedua-dua Amin dan Evelyn daripada belakang. Kedua-dua rebah jatuh ke tanah. Namun begitu, Amin pantas bangkit semula untuk bermula.

"Kau ingat, kau bawak banyak konco-konco kau ke sini...aku takut!? Heh, lambat lagi!" Marah Amin tetapi ketua geng samseng itu hanya ketawa sahaja.

"Oh, aku tahu je kau berani tapi sudah pastinya kau akan kalah! Serang mereka!" Arah ketua geng samseng dan kesemua konco berlari ke arah Amin dan Evelyn.

Amin yang sudah bersedia dengan kayu baseballnya untuk berlari manakala Evelyn bangun dan sepertinya sedang menelefon seseorang melalui earpiecenya. "Pergi dari sini, Evelyn! Kau akan tercedera!" Arah Amin dan pantas membalas menyerang konco-konco geng samseng tersebut.

"Patutnya dah sampai sekarang...nampaknya aku kena berlawan juga dulu" Evelyn berkata dan terus pegir menolong Amin berlawan dengan menggunakan ilmu seni mempertahankan dirinya. 

Amin yang sedang sibuk berlawan terkejut melihat kemahiran berlawan Evelyn itu sehingga tidak sedar akan kehadiran seseorang di belakangnya. "Amin! Hati-hati!" Jerit Evelyn dan pantas menapis serangan hendap itu.

Amin yang masih keliru dengan situasi itu tersedar dan pantas mengambil semula posisinya. Satu hayunan kayu baseballnya pun sudah cukup untuk menjatuhkan tiga individu, apatah lagi enam orang? Sudah tentu boleh.

"Tch! tak boleh pakai! Biar aku jelah yang settlekan ni!" Marah si ketua geng samseng itu lalu mengeluarkan pistolnya dan bersedia untuk mengacukan pistol ke arah Amin dari jarak jauh.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Mission: Code 3011Where stories live. Discover now