Author POV
Dengan Amin yang sudah setuju untuk menyertai pasukan itu, Evelyn meneruskan perjalanannya ke Pahang untuk merekrut calon kedua bersama Amin.
"Jadi kesemua calon termasuk aku ada tujuh orang lah ya" Amin bertanya.
"Yep betul tu...dan pasukan korang ni akan menjadi pasukan pertama untuk cawangan baru di sini" kata Evelyn yang fokus memandu.
"Ohh...jadi calon kedua yang kita nak cari ni, siapa pulak?" Amin bertanya lagi.
"Hah! Calon seterusnya namanya ialah Hazwan Zafri. Ada fail pasal dia dalam beg hitam tu" kata Evelyn dan tunjuk ke arah sebuah beg hitam.
Amin pantas mengambil beg hitam tersebut dan mengambil sebuah fail dengan nama Hazwan Zafri tertulis padanya. "Hurm...Hazwan Zafri ea...duduk Pahang and dia budak Medic...and ehh? Crime dia? Awat detail sangat ni" Amin bertanya.
"Well agensi Bureau of Justitia ni banyak connection since agensi ni berperingkat sampai ke antarabangsa...senang kata semua negara ada satu cawangan so sistem profiling memang detail sampai ke lubang cacing" Terang Evelyn.
"Wow, korang lagi menakutkan daripada FBI...ke korang ni ada hubungan FBI juga?" Amin bertanya.
"Ada je but tak sangat since dia jaga cawangan US sahaja" Balas Evelyn.
Amin hanya meng'Oh'kan saja kepada respon Evelyn itu dan sambung membaca fail biodata milik Hazwan tersebut.
"Hurm crime dia...curi masuk dalam lab dengan bilik mayat untuk illegal experiments? Mak ai, psiko ke apa mamat ni?" Tanya Amin yang sudah berasa gerun.
"Well...mungkin dia macam kau juga, ada alasan sendiri so baik kita dengar daripada dia sendiri" Kata Evelyn sambil ketawa.
"Sakat aku nampak..."Kata Amin sambil menjeling tetapi Evelyn hanya ketawa lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
??? POV
Haih kurang bahan lagi...minggu ni saja aku dah tiga kali pergi hospital. Hurm, nampaknya aku kena pergi lagilah ni. Aku pantas mengambil lab coat aku dan bersiap untuk ke hospital. Aku memang perlukan some bahan daripada lab untuk sambung eksperimen aku.
Eksperimen apa yang mungkin korang tertanya tanya? Adalah, ini rahsia aku. "Another trip to the hospital? Here I go"
SKIP...
Ah settle parking kereta and tinggal siapkan diri je. Name tag? Dah. Kaca mata? Dah. Sekarang aku kena cepat-cepat masuk sekarang since harini banyak pesakit datang untuk suntikan so no one will notice me. Dengan pantas aku keluar daripada kereta dan sebelum aku dapat masuk ke dalam bangunan hospital, aku terlanggar seseorang.
YOU ARE READING
Mission: Code 3011
FanfictionSatu misi khas dan bahaya, tujuh individu telah dicalonkan untuk direkrut dan membentuk satu pasukan elit. Sejarah lama mengenai mereka telah menjadi penentu pemilihan calon untuk misi khas tersebut. Misi sulit yang diberi nama Code 3011 Mission. Mi...