Bab 3

23 17 6
                                    

       JAM digital yang dilekat pada muka dinding, menunjukkan pukul 5:59 minit pagi. Hanya tinggal beberapa detik lagi angka jam bertukar.

     Navya membuka kedua matanya rawak dan terus bingkas duduk di atas katil dengan kaki melunjur. Bersama tubuh yang masih berselubung dalam selimut gebu.

      Seperti biasa, si gadis kecil ini tersenyum lebar untuk menantikan sesuatu yang membuat dia teruja setiap kali bangun pagi.

RRING !!!

      Jam digital berdering. Navya tersenyum teruja.

        "Yes !"

       Satu cahaya neon putih dan soft pink  bergerak sejalur di atas siling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Satu cahaya neon putih dan soft pink  bergerak sejalur di atas siling. Navya menatapnya seakan-akan meteor yang baru sahaja melintasi dunia.

      Seiring itu cahaya LED berbentuk bintang mula menonjol satu-persatu di atas siling. Mata Navya bersinar dengan replika bintang buatan ayahnya.

      Tiba-tiba, lampu mulai terbuka satu-persatu dari hujung ke hujung ruang. Navya semakin teruja apabila melihat lampu-lampu pastel menerangi biliknya.

      Navya segera bingkas dari katil bersama gaun tidur putih separas lutut. Gadis kecil itu menyapa ke arah pagar kaca yang menjadi penghadang tangga.

        Satu tabir besar di hujung bilik lekas mencuri perhatian gadis kecil itu.

        Navya terus berlari teruja menuruni satu persatu anak tangga. Lalu, berlari ke hadapan kain tabir yang lebar dan ketinggian separas dua tingkat biliknya.

     Saat yang dinanti-nantikan Navya Aurandelle. Senyumannya sejak tadi tak lekang di bibir. Seolah-olah ada satu tenaga asing yang merasuk dirinya hingga ia menjadi semangat pagi itu.

       Perlahan-lahan dua belahan tabir membuka tirai untuk pagi pertama di hari baru.

       Perlahan-lahan dua belahan tabir membuka tirai untuk pagi pertama di hari baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Kelihatan cahaya oren terus memancar ke dalam anak mata si gadis kecil. Navya tidak berkedip walau sedikit pun melihat fenomena yang dipenuhi dengan warna jingga lembut. Satu pemandangan seni dari syurga. Yang tak mampu dinikmati oleh orang-orang yang rugi.

ForestWhere stories live. Discover now