Bab 5

22 15 5
                                    

      KHAIRIL memegang erat tangan mulus Amelia. Membawa gadis remaja berambut panjang ginger red itu berlari bersama keluar dari dalam hutan belantara.

 Membawa gadis remaja berambut panjang ginger red itu berlari bersama keluar dari dalam hutan belantara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "A- aww..."

        Kepala terus dipaling ke belakang seraya mendengar suara mengaduh sang gadis itu.

       "Awak okey ke?", pintas Khairil. Risau melihat gadis cantik di hadapannya itu sedang mengaduh kesakitan apabila kakinya terpijak satu ranting tajam ketika mereka sedang dalam pelarian hendak keluar dari hutan itu.

       Cepat-cepat Khairil berlutut dan memeriksa bahagian luka. Tumit kaki Amelia diperiksa penuh teliti.

         "Lah, kaki awak berdarah ni. Awak masih boleh tahan ke untuk lari?", Tegur Khairil sambil menatap ke dalam anak mata hazel Amelia.

        Tanpa menunggu respon gadis itu, Khairil terus mengoyakkan kain baju bahagian lengannya. Amelia terkedu. Kalau bukan kerana kecuaiannya, Khairil tidak perlu sampai nak koyakkan baju dia sendiri semata untuk rawat lukanya. Gadis itu mulai rasa serba salah.

        Cebisan kain baju Khairil dibalut pada luka di tumit kaki Amelia. Walau Amelia ada mendesis sedikit kesakitan.

        Amelia hanya menatap wajah lelaki yang kini sedang berusaha merawatnya. Satu senyuman kecil tergaris di wajah comot Amelia.

        Khairil tersedar, wanita itu sedang tersenyum dan merenung wajahnya ketika dia sedang sibuk merawat kakinya.

         "Awak senyum dekat saya eh?"

         Cepat-cepat Amelia mematikan senyuman. Bibir diketap malu. Khairil tersenyum nakal melihat rona merah yang tiba-tiba muncul di pipi gadis itu.

        Khairil segera bingkas berdiri dan langsung mengucup pipi merah Amelia. Membuatkan gadis sifar akal itu membulat mata akibat terkejut dengan tindakan melulu Khairil.

        Tercelik-celik mata Amelia menatap jejaka remaja di hadapannya. Wajahnya bertambah merah menahan malu.

       "S-sorry. A-awak comel sangat."

       Amelia mengusap perlahan pipinya yang masih berbekas dengan ciuman Khairil. Senyuman canggung terleret di bibir.

        "Awak boleh jalan ke tak ni? Cuba awak berdiri. Saya tolong awak. Slow-slow eh, nanti jatuh..."

        Amelia menatap kaku huluran tangan Khairil dengan riak wajah kosong. Masih tertanya-tanya, apa yang budak lelaki itu mahukan darinya?

        Daun kering di atas jalan dikutip. Lalu dihulur pada Khairil.

         "Asal awak bagi saya daun kering pulak?"

         Khairil menepuk dahinya apabila sakan terlupa pada seorang gadis jelita di hadapannya itu.

ForestWhere stories live. Discover now