Bab 7

23 12 1
                                    

         SUDAH sebulan Amelia dan Khairil duduk berasingan di dalam rumah banglo berlainan blok.

          Amelia pasti akan menyibukkan diri dengan membelek buku-buku di atas rak lama milik keluarga Khairil yang tersedia khusus untuk tetamu. 

        Setelah sebulan hidup berdikari tinggal di dalam blok tetamu sendirian, Amelia akan mencari masa untuk meluangkan waktu dengan membelek helaian demi helaian buku berlainan genre untuk mempelajari ilmu baru. Daripada harus membuang-buang waktu melakukan hal-hal yang tak berfaedah.

         Kadang-kadang, Khairil yang akan guide dan menjadi guru buat Amelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Kadang-kadang, Khairil yang akan guide dan menjadi guru buat Amelia. Memandangkan gadis itu tidak seperti murid-murid sekolah yang belajar subjek teras seperti pendidikan jasmani, matematik, sains, fizik yang mempunyai buku teks tersendiri keluaran sekolah.

          Gadis remaja itu hanya menguasai ilmu dari buku-buku katalog, sastera, majalah, filosofi, novel dan penjelajahan negara.

         Yelah, takkan tetamu nak baca buku teks budak sekolah kan? Yang ada di rak buku blok itu, cuma buku-buku yang dapat menarik perhatian tetamu sahaja. Bila ada peluang, Amelia akan cuba untuk menguasai bahasa Melayu dan Inggeris melalui petikan dari buku-buku tersebut. Jika ada petikan yang mempunyai unsur sains dan matematik, itu akan menjadi ilmu bonus buat Amelia.

TUK !

        Amelia terus memaling wajah ke arah tingkap.

TUK !

        Satu lagi ketulan batu kecil dibaling. Serba-serbi mencuri perhatian Amelia.

       Gadis itu terus berlari menyapa ke arah tingkap dan meninggalkan niatnya dari terus membaca buku.

       Gadis itu terus berlari menyapa ke arah tingkap dan meninggalkan niatnya dari terus membaca buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Daun tingkap dibuka, menyedut udara malam yang segar.

         Senyuman terukir melihat sosok budak remaja lelaki sedang berdiri di luar balkoni bangunan sebelah. Berdepanan dengan balkoni bilik Amelia.

         Budak lelaki itu menyandar tubuh santai di pagar besi yang menjadi penghadang untuk balkoni biliknya.

        "Nak ngadu, boleh?...", pujuk Khairil, manja.

ForestWhere stories live. Discover now