Bab 4

21 17 17
                                    

       SETELAH siap berpakaian rapi dengan mengenakan baju formal Tadika Kemas. Navya duduk mencangkung di hadapan muka kaca televisyen. Punat remote kontrol ditekan. Terpapar terus satu siaran di muka kaca televisyen.

       Mulanya niat Navya hanya untuk melihat siaran kartun. Tetapi, siaran lain pula yang keluar.

       Berbintang mata Navya melihat Tan Sri Khairil sedang berucap dalam sidang dewan rakyat bersama ahli kabinet yang lain. Siaran ulangan itu ditonton kembali oleh Navya.

        "Look, Daddy was there !", sorak teruja gadis kecil berumur 5 tahun itu. Matanya marak melihat sosok elegant ayahnya yang berpakaian rapi di kaca televisyen.

      "Dalam banyak-banyak pakcik tua kat sana, Daddy yang paling hensem ! Like a prince charming...", remote kontrol digenggam teruja.

       Navya berfikir untuk mengikut jejak langkah ayahnya apabila dia sudah menaiki tangga dewasa nanti. Menjadi seorang wanita yang berani dan berpendirian tegas. Serta mengenakan baju yang elegan dan kemas setiap masa.

       Melihat sahaja Tan Sri Khairil berucap di sidang parlimen, itu sudah cukup membuat hati si gadis kecil melonjak gembira dan terselit rasa bangga pada ayah kandungnya.

       "Seiring dengan perkembangan kontemporari negara yang masih dijalankan di era futuristik ini, kita dapat lihat 98% rakyat sudah tidak merasa terbeban lagi dengan isu pekerjaan yang menguras tenaga mereka seiring dengan produk-produk baru ya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Seiring dengan perkembangan kontemporari negara yang masih dijalankan di era futuristik ini, kita dapat lihat 98% rakyat sudah tidak merasa terbeban lagi dengan isu pekerjaan yang menguras tenaga mereka seiring dengan produk-produk baru yang sudah dilancarkan. Dibina khas untuk kemudahan rakyat. Begitu juga dengan landskap negara yang semakin memperlihatkan prestasi yang sangat memberangsangkan, seiring mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi semenjak 10 tahun yang lalu semenjak saya berkhidmat sebagai Menteri kemodenan negara."

       Gadis kecil itu hendak bingkas memanggil Puan Sri Amelia. Tetapi melihat ibunya sedang sibuk menyiapkan bekal untuk dia di dapur, Navya tidak sampai hati untuk menganggu.

       Puan Sri Amelia menyapu jem nutella strawberry pada kepingan roti. Dia tahu buah-buahan adalah kegemaran Navya. Jadi, dia hendak memasukkan jem coklat bersama gabungan buah strawberry ke dalam satu kepingan roti.

      Baru sahaja Puan Sri Amelia hendak menyimpan pisau pencalit jem ke dalam singki, fokusnya tertangkap pada satu mangkuk tingkat yang masih terletak rapi di atas meja.

       "Lupa,.. Lunch Khairil...", dahi ditepuk. Gara-gara terlalu banyak benda yang dia fikir, sampai terlupa sajian lunch untuk encik suami tertinggal pulak dah.




      Tan Sri Khairil berucap lagi dalam kaca televisyen, "Bukan itu sahaja, malah pelabur asing semakin meningkat sebanyak 85.2 peratus berbanding tempatan sebanyak 75.2 peratus. Kesan perkembangan kontemporari negara telah menyumbang sebanyak 70 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Seiring itu, projek yang diadakan setiap tahun telah meningkatkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara."

ForestWhere stories live. Discover now