Bab 6

22 13 4
                                    

       JERKAHAN Khairil membuat Amelia terkedu dan mati kata. Hatinya tersentak melihat budak lelaki remaja itu tertunduk di atas lantai bersama tangisan yang sudah pecah menyembab wajah.

        Khairil menggeleng kepala. "Tak !!! Aku tak percaya. Mama dengan Papa masih belum mati. Aku tak percaya !!!"

          Budak lelaki itu terus bingkas berlari menuju ke banglo usang yang sudah lama terbengkalai di sebelah rumah Makcik Yati.

          Budak lelaki itu terus bingkas berlari menuju ke banglo usang yang sudah lama terbengkalai di sebelah rumah Makcik Yati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "MAMA !!! PAPA !!!", Khairil melaung-laung memanggil dua insan itu seperti orang gila. Baju sudah habis basah lencun terkena air hujan.

         "Khairil !!!"

        Makcik Yati dan Amelia mengejar Khairil kerana terlalu panik melihat Khairil tidak lagi waras setelah mendengar khabar duka itu.

          Khairil terus menolak pintu rumah yang kian tampak reput dan lusuh. Dia menerjah ke dalam rumah banglo tidak berpenghuni itu setelah berjaya pecah masuk. Khairil berlari terhenjut-henjut memanggil orang tuanya dalam senak tangisan.

          "Khairil !!!", laung Makcik Yati.

           "MAMA !!! PAPA !!!"

        Makcik Yati segera menangkap tubuh lemah itu masuk ke dalam pelukannya. Melihat Khairil seakan tidak lagi waras, membuatkan wanita berusia itu panik dan turut bersimpati pada budak lelaki itu. Rambut basah Khairil di usap lembut.

          "Sudah-sudahlah, Khairil. Mama dengan Papa Khairil mesti tak nak tengok Khairil sedih macam ni. Tolonglah, terima hakikat. Doakan yang terbaik untuk Mama Papa kamu, ye nak...". pujuk Makcik Yati lagi. Air matanya turut mengalir melihat kejadian tak disangkal ini.

           "Khairil tak percaya, Makcik. Semua ni mustahil. Mama dengan Papa tak mungkin mati. Khairil belum tengok muka diorang buat kali terakhir. Khairil masih ada janji yang belum Khairil tunaikan dekat Mama Papa. Khairil nak salam, nak cium tangan diorang, Makcik..."

              Makcik Yati mengangguk kepala sambil mengalirkan air mata. Dia faham penderitaan yang dialami budak lelaki itu.

         Amelia membeku. Selalunya, dia akan nampak senyuman terukir di bibir Khairil dihari-hari biasa. Tapi kali ini berbeza. Buat pertama kali dia melihat budak lelaki itu hancur dalam air mata. 

         Hatinya remuk. Ingin sekali dia berjanji, akan menemani kesetiap hari-hari Khairil sehingga akhir hayat. Dia takkan biarkan air mata budak lelaki itu jatuh seperti apa yang dia tonton di depan matanya sekarang.

         Suasana menyepi dalam raung tangisan. 

        Hujan seperti tahu, ada hati yang sedang lara.





ForestWhere stories live. Discover now