boronan

404 5 0
                                    

Seorang perempuan berlumuran darah di baju kuningnya berlari memasuki ladang sawit yang menjulang tinggi dan mempunyai daun lebat menutup permukaan atas,sehingga membuat di dalam ladang sawit gelap.

Bunyi siren polis terdengar samar kerana ia sudah terlalu dalam memasuki ladang sawit.
Membuat kaki telanjangnya banyak terkena duri sawit, hingga mengeluarkan darah segar namun ia tak menghiraukannya ia terus lari dan lari.

Ia menyorok tatkalah sudah menyeberang ladang sawit kerana di hadapannya sudah terlihat jalanraya.
Di jalanraya terlihat beberapa motor Honda polis berlalu lalang.

Setelah motor Honda polis pergi ia keluar dari tempat ia bersorok di balik pokok besar sawit.
Di pinggir ada sebuah pondok dan ada kereta lori terparking kemas di pinggir jalan raya.
Perempuan itu berjalan kearah lori dengan cara bersorok-sorok kerana takut kantoi kerana di dalam pondok ada seorang lelaki sedang menghisap rokok.

Kini perempuan itu sudah ada di depan pintu pemandu, perempuan itu membuka pintu ia mengeluh lega kerana lori itu tak terkunci,ia masuk dengan berhati-hati mencoba tak mengeluarkan suara.
Ternyata kunci lori juga ada di situ tanpa banyak masa perempuan itu menghidupkan lori sehingga lelaki dalam pondok sedar dan mencoba menghentikan niat perempuan itu.namun usahanya sia-sia kerana perempuan itu susah menjalankan lori itu meninggal ladang sawit.

__

Selama perjalana pergi ke airport. perempuan itu singgah disebuah kedai baju berdekatan tempat tujuannya,perempuan itu memakai topeng dan menyediakan pistol elegalnya yang ia beli secara gelap dengan seorang gengster yang menjual belikan dadah.
Sebenarnya peluru pistol itu sudah habis ia pakai saat membunuh kedua pasangan yang menjaganya selama 12tahun.kenapa sanggup sekali ia membunuh? dengan orang yang menjaganya tak kenang budi? Ya perempuan itu memang tak kenang budi dan kejam,namun semua takkan terjadi jika tak ada alasan.

Plan pembunuhan sudah ia rancang sejak ia berumur 10tahun kerana dendam adik kandungnya dibunuh dengan cara menenggelamkannya di kolam renang.dan di manipulasi seolah-olah adiknya mati kerana lemas dan alasan mereka kerana mereka sibuk dan tak sedar.ia yang menjadi saksi hanya menjadi penonton kerana tidak dapat berbuat banyak,lagipun bukti yang ia ucapkan begitu mudah di manipulasikan oleh kedua ibubapa angkatnya dan hakim itu juga sudah di suap pakai Nasi eh salah pakai duit Haram.

Ya fifa Aprilia adik kandungnya mereka berdua sudah ditinggal mati oleh kedua ibu bapa kandungnya semasa Fiona Aprilia berumur 7 tahun dan adiknya fifa Aprilia berumur 6 tahun mereka berdua hanya berpaut satu tahun sahaja.

Dan selama ia tinggal di rumah ibubapa angkatnya,ia bagaikan bernaung di atas bumbung neraka dengan kedua pasangan iblis bermuka manusia.ya orang luar takkan perna berfikir kedua ibubapa angkatnya adalah psekopat
Kerana mereka berdua berbakat sekali dalam bab manipulasi,di tempat umum bagaikan keluarga harmoni,namun mereka tidak perna sedar dari balik baju besar lengan panjang ada parut dan luka-luka di dalam baju.

Perempuan itu keluar dari kereta dan menujuh kearah kedai baju, dengan baju yang berlumuran darah yang sudah kering namun bau hanyir masih tercium jelas.
Sesampainya di depan kedai ia masuk mujur di dalam tiada pembeli kerana jam baru menunjukkan 6 pagi.
Perempuan itu mengambil sehelai baju kemeja putih dan seluar slack dan ingin pergi namun ia berhenti tatkala seorang makcik berteriak,namun makcik itu berhenti berteriak saat perempuan itu mengangkat pistol di hadapan makcik itu.

"Berteriak atau mati?"
Ujar perempuan itu datar dan matanya melihat kearah baju jeket jens terpasang kemas di badan patung lelaki.
Tanpa banyak masa perempuan itu mengambil baju dari badan patung dan keluar dari kedai baju itu.

Perempuan itu segera menuju kearah lori kerana ia tahu makcik itu menelefon polis.

__

Kini ia sudah sampai di airport, tiket penerbangan sudah ia beli beberapa hari lalu.
Ia pergi mencari tandas untuk menukar baju, setelah menukar baju ia membuang pistol yang penuh darah itu di sampah tandas.

Budak CintaWhere stories live. Discover now