bandar Amerika

210 6 0
                                    

Kegelapan malam menyelimuti bandar Amerika,disertai hujan deras membasahi muka bumi.

Suasana bandar masih terlihat sibuk,kenderaan berlalu lalang di atas jalanraya.
Dan ada juga beberapa orang memakai payung dan juga baju hujan berlalu lalang.

Namun ada seorang perempuan bermuka pucat tanpa payung maupun baju hujan yang melindunginya dari derasnya hujan.
Hanya baju jens yang melekat di badannya,matanya tertujuh kearah depan kaca kedai roti.
Di tangannya ia menggengam duit berwarna ungu,ia tak dapat membelinya kerana duit yang ia genggam bukan transaksi sah di negara itu.

Hujan membasahi mukanya dan juga seluruh badannya sehingga ia betul-betul basah,hujan di Kalah itu seakan mentertawakan nasibnya.
Perempuan itu hanya menunduk dan mengepalkan duit rm100 itu di genggamannya yang membuatkan duit itu kusut dan basah hanya menunggu duit itu koyak kerana basah.

Perempuan itu berlalu pergi dari depan kedai roti dengan tatapan sendu.
Ia tak berhenti-henti bergumam sendiri dengan makian yang ia tujuhkan untuk dirinya sendiri, sepanjang jalan ia bercakap dan memaki dalam bahasa Melayu sehingga membuat orang-orang yang berlalu lalang melihat kearahnya dengan tatapan pelik dan tidak terkecuali ada juga yang melihatnya dengan tatapan jijik kerana berfikir ia adalah pengemis.memang benar dia pengemis kerana sekarang ia sedang membongkar sampai besar di celah bangunan yang berdiri bersebelahan.

Di pinggir bandar dan juga tempat ia membongkar sampah ada beberapa pengemis sedang tidur di dalam kotak serupa kucing yang dibuang penjaganya.

"Heiii"

Seseorang memanggil perempuan itu yang sedang membongkar sampah,bau sampah yang menyentuh hidungnya ia hiraukan kerana perutnya lebih penting.
Perempuan itu keluar dari sampah besar mencari arah suara itu,namun ia tak melihat pemilik suara itu dan menyambung membongkar sampah kembali.

"Heiii come here girl"

Ucap seseorang itu kembali namun suara itu mendekat kearahnya yang sedang membongkar sampah.
Perempuan itu keluar dari sampah memastikan pemilik suara itu kerana setuasi cela bandar itu sangat gelap hanya lampu jalan raya sahaja namun cahaya samar-samar.

Kini pemilik suara itu ada di depannya.
Ternyata pemilik suara itu seorang perempuan remaja mungkin dalam lingkungan umur16, badannya sangat kurus mukanya cengkung rambut kuning perangnya kusut seperti sarang burung.
Di tangannya ada dua bungkus roti,bibir pucat perempuan itu tersenyum ramah.

"Let's eat together,
I happen to have two loaves of bread"
Ujar perempuan remaja itu dan menunjukkan kearah kotak besar yang dibuat khemah,untuk makan bersama.

Perempuan itu yang sudah kelaparan hanya mengangguk mengiyakan kerana ia benar-benar kelaparan.
Hingga segan dan malunya ia buang jauh-jauh.

Perempuan itu mengikuti langkah kaki perempuan remaja itu menujuh kearah kotak besar sebagai tempat berteduh.
Kini mereka berdua sudah sampai di depan kotak besar yang parasnya mencecah dada perempuan itu.
Remaja perempuan itu masuk dengan senyuman dibibirnya,namun perempuan yang kelaparan itu hanya berdiri di depan kotak ia ragu kotak itu mampu menampung dua orang perempuan yang sudah besar.

Sis, don't think too much, let's go in"ujar remaja perempuan itu dan memberi ruang untuk ia masuk.
Perempuan itu tersenyum warkward dan masuk di dalam kotak besar.

"Well this is for you"ujar remaja perempuan itu dan menghulurkan satu bungkus roti.
Perempuan itu menyambut dengan senyuman tulusnya dan mengucap syukur kerana tuhan masih memperhatikannya meskipun ia telah membuat dosa besar kerana telah membunuh kedua ibubapa angkatnya.

"Thanks so much"ujar perempuan itu warkward kerana ia tak berapa pandai berbahasa Inggeris.
Remaja perempuan itu hanya tersenyum dan membuka bungkusan roti di sertai perempuan itu yang terlihat terburu-buru membuka plastik roti kerana ia begitu lapar.

"My name is Clara"ujar remaja perempuan itu dan menghulurkan tangannya, perempuan disebelahnya begitu lahap memakan roti sehingga roti itu hanya tinggal setengah.
Perempuan itu berhenti makan dan melihat huluran tangan perempuan remaja itu.
Perempuan itu tersengih dan menyambut mesra tangan remaja perempuan itu.

"Hello Clara,My name Fiona Aprilia.
Nice to meet you"
Ujar Fiona dan melepaskan tangannya dan menyambung makan dengan begitu lahap.
Clara hanya tersenyum sambil melihat Fiona makan begitu lahap,di tangan kirinya memegang roti yang hanya dimakan setengah.

Melihat Fiona di hadapannya sudah habis makan namun sepertinya ia masih lapar, Clara dengan baik hatinya memberi rotinya yang hanya ia makan setengah sahaja.

"You still look hungry Fiona"ujar Clara tanpa tapis kerana ia hanya ingin berkata apa yang ia lihat di hadapannya.

"Hihihi"Fiona hanya tersengih dan menahan malunya di hadapan Clara.

'imejku rosak di hadapan Clara"gumam Fiona dalam hati.sambil membuang muka menyorok pipinya yang memerah.

Budak CintaWhere stories live. Discover now