wanita Arogan

196 5 0
                                    

Pov Fiona Aprilia

Aku berjalan dengan memikul karung untuk menyimpan botol plastik,memungut botol plastik sudah menjadi harian aku.

Namun hari ini sedikit berbeza kerana aku tanpa sengaja membuat seseorang jatuh,seorang wanita putih berhidung mancung dengan rambut kuning terduduk di atas jalan.

Aku dengan perasaan bersalah menghulurkan tangan kananku untuk membantu wanita itu,namun tangan aku di tepis kasar.

"Don't touch me with your dirty hands"
Ujar wanita itu kuat sehingga orang-orang melihat kearah kami.

Aku sedar diri dengan keadaan aku sekarang ni,membuat aku menurun tangan aku dengan perasaan sedih dan malu.aku melihat wanita itu berdiri dari jatuhnya,aku fikir wanita ini lebih tinggi dari aku kerana badannya ramping.ternyata tingginya hanya paras dada aku,aku tak  tahu dia terlalu pendek atau aku?yang terlalu tinggi.

Saat ini wanita itu mendongak melihat aku dan melihat kaki aku sampai ubun kepala aku.
Dan jujur aku tak biasa dengan tatapan wanita itu yang terlalu tajam dan tatapan wanita itu menatap geli kearah aku membuat aku tertunduk malu.
Aku tak tahu kenapa takdir terlalu kejam sehingga menghadirkan seorang wanita Arogan di hadapanku.

"Sorry"
Hanya kata itu yang keluar dari mulutku,dari segi baju wanita itu boleh nampak wanita ni bukan orang biasa-biasa.
Aku tahu baju yang terlekat di baju wanita itu bukan harga seringgit tapi selangit.aku merasa kerdil di hadapannya.

"little girl look at me"aik kalau tak silap little girl tu maksudnya 'perempuan kecil?'bukan ka dia yang pendek sekarang ini?.
Aku menarik nafas aku cuba berani menatap wanita itu, dengan perasaan berdebar.

Kini mata kami berdua bertantangan,ada aliran elektrik merenjat seluruh tubuh aku saat mata kami berdua bertantangan,aku tak tahu apa maksud perasaan ini.
Tapi yang jelas perasaan ini pertama kali bagi aku.

Wanita itu merenung mata aku dan melihat seluruh muka aku.

"follow me"ujar wanita itu dan menarik paksa tangan aku sehingga membuat karung yang aku pikul jatuh.
Aku cuba mengeraskan badan aku tapi tarikan wanita itu kuat ditambah lagi badan aku lemas kerana dari semalam belum makan.
Aku hanya pasrah mengikut wanita itu hingga kami berdua sampai di depan kereta mewah yang aku tak tau apa jenama kereta itu.
Wanita itu membuka pintu kereta dan menolak kasar badan longlaiku masuk dalam perut kereta.

Wanita itu menutup kasar pintu kereta dan memandu kereta,aku tak tau mana wanita ini membawa aku.
Aku hanya pasrah

Budak CintaWhere stories live. Discover now